Thursday, September 29, 2011

Sebuah Kekaguman

Salam alaykum wa rahmatullah.

Malam yang hening. Detik jam di sudut kanan, sebelah bawah desktop sudah menunjukkan betapa larutnya malam dalam kegelapan. Sahabat sebilik di sebelah masih terjaga, maka tidaklah rasa terlalu kesunyian.

Dan kubelek laman sahabatku seorang ini.

Wah, sudah pandai bermain-main kamera gamaknya. Lihat gambar, aku tahu tidak cukup sekadar 'toying around' dengan setting di kamera; Kena pandai kemahiran manipulasi gambar juga. Pemanipulasian gambar secara tidak langsung sinonimlah dengan Adobe Photoshop yang sudah lama aku mahu kuasai, tetapi tidak pernah kesampaian.

Wah, memang kagum.

Dibubuhnya gambar di blognya. Halaman sungguh simplistik. Kata-kata yang diberikan pendek dan manis (nota: transliterasi langsung frasa Inggeris: short and sweet). Cukup mengundang rasa.

Jarang-jarang temui blog sebegini. Pabila jumpa, biasanya orang yang tidak dikenali. Maka kagumnya lain rupa.

Apatah lagi pabila yang empunya karya tersebut, pernah bertendang dengan kita sekelas suatu ketika dahulu?


*******

Haha. Sudah terlambat mungkin aku berkarya sebegitu. Dulu sangat eksaited mahu sebegitu rupa juga, tika masih banyak masa. Tapi apakan daya, kemahuan ada tapi usaha lampi adanya.

Apatah lagi pada fasa hidupku kini, yang mana masa mencemburui segalanya?

Ada yang lalui fasa hidupku sebegini juga, tapi masih utuh berkarya. Aku hulurkan salut buat mereka. Mereka adalah superhero ternama.


*******

Doakan aku untuk malam ini. Esok harus berpagi-pagi. Assignment berkumpulan pertama di bumi Monash harus dihantar sepagi-pagi yang mungkin.

Sekian, wassalam alaykum wa rahmatullah.

Sudah lama tak bubuh gambar sendiri, bubuhlah satu: Tangisan pepohon ditelan pembangunan.


0 comments: