Jika memori tidak menggagalkan aku (terjemahan: if my memory does not fail me) kali terakhir aku bermain catur secara kompetitif dalam pertandingan adalah pada pertengahan tahun 2008. Mungkin sekali bulan Julai, aku sudah kurang pasti.
Pertandingan itu pun pertandingan untuk budak-budak sekolah. MSSM peringkat negeri di Selayang. Dapat jugak melancong dan bersiar-siar, bebas dari sangkar dunia yang bernama asrama. Haha.
Selepas itu SPM. Dan selepas itu PLKN. Aku masih ingat betapa frustnya aku apabila ada pertandingan besar di Melaka, yang diadakan dalam tempoh aku dipenjarakan di PLKN selama 3 bulan. Haih. Dan selepas itu aku makin jauh dari dunia pertandingan. Main pun guna papan maya saja kat internet.
Hinggalah Alhamdulillah, aku dapat masuk pertandingan pertama aku sejak pertengahan tahun 2008 itu dua hari yang lepas, 4 Disember 2011.
Result taklah seberapa. Alhamdulillah dapat la menang 6 out of 8 rounds. Itu pun tak sangka dapat result macam tu. Dah lama kot tak main tournament! Mungkin nasib sebab main dalam pertandingan amatur. Kalau main dalam pertandingan terbuka mesti dah lama kena sembelih. Resultnya boleh tengok di sini.
Paling best dalam acara ni, aku dapat la jumpa a few member baru. Lepas ni boleh la buat geng kalau rasa gatal nak ke mana-mana event lagi. Tapi yang paling best, aku jumpa dua junior aku dari sekolah lama, SMKA Sultan Muhammad (sori SMAPK, heh). Round 5, aku main dengan salah seorang daripada diorang, dan aku tak cam langsung identiti dia. Last time aku jumpa dia tahun 2006, orangnya tembam dan pendek. La ni, dah hensem dah orangnya. Hahaha.
Awal-awal pagi, dewan masih kosong |
Menunggu pairing dikeluarkan |
Yang sudah selesai permainan awal |
Game terakhir dalam round terakhir di papan-papan atas. Tengok berapa besar crowd yang mengerumuni 0_0 |
Majlis penutup dan penyampaian hadiah |
Sekian Wassalam.
0 comments:
Post a Comment