Saturday, April 4, 2009

The Blogging Season

Semenjak SPM meninggalkan kita jauh ke belakang (ke kita yang tinggalkan SPM jauh ke belakang?), aku tengok satu fenomena luar biasa telah menjelma dalam masyarakat bekas penuntut SMAPK 0408 zaman muasir ini... Haha fenomena apakah itu?

Fenomena keluarga bahagia?! Haha bukan, tu tajuk lagu lame SMAPK. Da lapuk dah. Tiada siapa lagi yang sanggup mendengar lagu tersebut, apatah lagi batch 0408 yg sumenye hanya pandai melayan lagu2 indie band saje zaman muasir ini. Hanya peminat tegar lagu2 oldies saje sanggup mendengarnya kini, haha. Sape la tu.

Fenomena pemanasan global?! Haha, mengarut2 saje la kamu ni. Yup, pemanasan global la salah satu sebab mengapa kempen Earth Hour 60 dijalankan seantero dunia kelmarin (er, bile tarikh dia eh, lupe lak). Malaysia pun sambut baik kempen tu. Aku pun off lampu gak mase kempen tu, tapi lampu jela. TV ngan laptop on lagi, huhu. Tapi aku ragu2 kalo ada budak2 SMAPK yg menyambut baik kempen tersebut. Kalo kat dorm tu, selagi kipas tak on no 5, memang tak sah. Pergh, walaupun malam tu sejuk tahap cipan, kipas tetap on no 5. Kesian aku. Mase mula2 sampai SMAPK mase bulan 2 2007, tu la pertama kali aku experience kipas no 5 pada malam yg sejuk tahap menggelatuk gigi. Pagi esoknye, fuh, cramp terus kaki aku walaupun pakai selimut empuk cap koperasi SMAPK yang berkualiti tinggi tersebut. Yela, sebelum ni mane aku reti dok kat asrama nih. Mase kat Sultan Muhammad dulu dok umah je. Malam2 kipas no 3 kira maximum la tu. Aku kan environmentalis. huhuhua. Tak macam budak SMAPK lain. Kalo musim exam tu, ha, memang tak sah kalo takde dorm yg tutup lampu se'awal' kol 3-4 pagi, haha. So isu fenomena pemanasan global sememangnya takde relevan langsung ngan fenomena SMAPK yang ingin saya bentangkan di sini whatsoever. (Wa panjangla perenggan aku ni. Tak sangke aku terel menulis. lalala)

Dahtu, apakah sebenarnya fenomena yang diperkatakan, yang saya omong2kan ini? Omong2 kosongkah? Oh tidak. Fenomena tersebut adalah...


FENOMENA BLOGGING!


Yup, fenomena blogging. Selama cuti ni aku mane reti blogging. Aku cume online kat YM je. Tu pun selalu invisible. Yela, kalo tak invisible kang, asyik2 kene ambush je ngan orang laen yang invisible. Tak aci la. haha.Tapi last2 akhirnya aku mengavailablekan diri aku dan merajinkan diri untuk berchichatting bersama rakan taulan sekalian, tak kira budak2 SMAPK mahupun kenalan2 lain. Dari situ la aku dapat tau betapa banyaknya budak SMAPK yang dah ade blog sekarang...

Antara blog yang aku dapat trace adalah tersenarai di bawah seperti yang berikut...


  1. Blog Khairul Hafidzi Subky
  2. Blog Keruk Sumari
  3. Blog Faiz Kyle XY
  4. Blog Hasnol Jack
  5. Blog Epu Nizam
  6. Blog aku (hahaha)

Haha, yang atas ni hanya list blog yang aku taw setakat ini saja. Rasa2nya banyak lagi tu. Munie Zahari pun ade blog gak, tapi kat frenster aje. Tatau la URL dia. Ada yang baru daftar akaun blogger tapi tak buat blog lagi. Cawakmok da janji blog dia in process. Haha, kepada mereka sume ni - cepat la sket wat blog tu, aku dah tak saba nak bace ni! Huhu.

Dala, setakat ni je la aku tules. Kalo ade sape2 yang tau blog2 graduan SMAPK 0408 yg len, pandai2 la rajinkan diri lapor kat komen aku kat bawah ni, haha.

Ok
Wassalam

0 comments: