Tuesday, October 30, 2012

Harapan

Salam alaykum wa rahmatullah.

Aku masih teringat saat aku membuka akaun blog di Blogger ini. Ia berlaku sejurus selepas SPM. Yang pasti ia bukan inisiatif sendiri, sebaliknya lebih kepada hasil "peer pressure" apabila rakan2 SMAPK sekalian masing-masing mahu membuka blog sendiri. Alhamdulillah, peer pressure yang ini adalah peer pressure yang positif! Bukannya seperti peer pressure untuk sama-sama membunuh diri dengan rokok, narkotik, mahupun merempit. Cumanya motivasi untuk terus berkaya itu tidak dapat sustain untuk jangka masa lama. "Kurang istiqamah," bak kata Ustaz Azhar Idurs (maaf aku pakai bantai je quote orang-orang feymes haha). Maka inilah saat-saat rajin aku masih terus berkarya di sini.

Apa motivasi aku kali ini? Peperiksaan. Examination.

Sekarang aku dalam musim peperiksaan akhir tahun. Petang tadi selesai examination klinikal yang berlangsung selama dua hari, Alhamdulillah. Namun perjalanan masih panjang - 5 November ada peperiksaan akhir tahun manakala 7 November pula ada peperiksaan yang menguji pengetahuan yang berjaya dikumpul sepanjang dua tahun.

Dulu aku pernah bicara tentang 'takat lebur' dalam nukilan aku sebelum ini. Dan kali ini isu takat lebur itu benar-benar merisaukan aku.

UPSR kencang. PMR kacang. Tiba-tiba aku mula struggle dan terkapai-kapai untuk SPM (Alhamdulillah rezeki keputusan yang baik bagiku). Masuk foundation, aku tewas dalam perlumbaan untuk primary target - mendapatkan tempat di Med School seberang laut, namun Alhamdulillah result masih cukup bagus untuk Med School di tanah airku sendiri.

Sekarang setelah berada di Med School di tanah air sendiri, takat lebur aku makin jauh jaraknya daripada suhu yang melanda. Theory paper memang menyakitkan kepala. Ketika orang lain semua gembira dengan result masing-masing aku hanya mampu menggelengkan kepala. Suasana study di universiti memang lain dari sekolah dan foundation, dan aku masih tidak mahir dalam bidang itu.

Aku menaruh harapan pada paper terakhir ini. Aku mahu melangkahkan kaki ke tahun berikutnya. Doakan aku agar aku tidak tersadung dek aral melintang di tengah jalan.

Ya Allah bantulah aku.

Monday, July 23, 2012

Percubaan berAndroid

Salam alaykum wa rahmatullah.

Alhamdulillah, ibu saya pemurah orangnya. Aku diberi peluang meminjam gajet Android ini untuk dibawa ke sana ke mari sepanjang bulan Ramadhan ini. Mudwh, ada QuranAndroid application diinstalkan, tak perlu membawa Quran hardcopy yang agak tebal itu ke sana ke mari. Boleh dipasang bookmark sekali.

Sementara itu baru tahu ada apps khas untuk blogspot. Dan inilah percubaan pertama.

Hari ini hari permulaan semester kedua tahun kedua. Tidak banyak perkara luar biasa berlaku. Cuma agak terkejut beberapa colleague bertanyakan khabar tentang kemalangan yang berlaku, walaupun sebelum ini mereka tidaklah begitu rapat dengan aku. Oh ya, kumpulan semester lepas masih dikekalkan.

Di rumah, sku berkenalan dengan dua orang housemate baru, dua orang warga Bangladesh menuntut ACCA di Sunway University.Dan juga roomate baruku, seorang warga Indonesia dari Jakarta, berdarah Ambon

Moga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang bermakna. Amin.

Sekian wassalam.

Saturday, July 21, 2012

Mencari Sebuah Inspirasi

Salam alaykum wa rahmatulaah wa barakatuh

Apa khabar kalian? Lama sungguh tak berjumpa. Rindu sama antum semua. Ahuahua.

Alhamdulillah aku dipanjangkan usia untuk menjengah masuk ke tarikh 2 Ramadhan tahun 2012 Masihi (teruk kan aku, guna Masihi instead of Hijrah, sebab aku tak ingat pun tahun ni berapa Hijrah! Tau-tau Awal Muharram nak cuti je kerja!). Puasa kali ni InsyaAllah aku nak buat anjakan paradigma. Tahun-tahun sebelum ni aku hanya sekadar berpuasa, baca Quran sikit-sikit (itu yang susah bukan main nak khatam tu!), gi terawih bila terasa mampu, dan... itu sahaja kot?

Kalau diikutkan aku bukanlah jenis individu yang mensia-siakan Ramadhan begitu sahaja, serius. Tulisan di atas adalah suatu understatement (cewah!). Tapi aku lihat diri aku ni bagaikan lalang, betapa bagus atau hampasnya aku mengikut zaman dan suasana, mostly suasana, atau dalam bahasa Jawa, environment. Dahulu pada zaman SMAPK, aku sangat rajin mengkhatamkan Al-Quran. Aku sanggup ponteng kelas prep untuk menghabiskan satu juz Al-Quran satu malam. Yup, aku hairan bgaimana zaman muda belia dulu aku ada tenaga sebanyak tu, bukan saja untuk menghabiskan bacaan yang panjang, tapi juga mampu untuk kekalkan konsentrasi, atau dalam bahasa Banjar, khusyuk dalam membaca. Sekarang aku rasa aku sudah tidak semampu itu.

Tapio sekarang bila aku melangkah kaki ke Monash, sudah lain ceritanya. Menjelang tahun ni, aku baru sedar betapa besar cabarannya menjadi pelajar Muslim di IPTS. Acap kali di institusi ini, Muslim adalah minoriti berbanding non-Muslim, tidak seperti di UIA. Maka untuk menjadi Muslim yangsuper, support system angat penting. Dahulu aku foundation di Taylors, tapi bilangan Muslim dalam kalangan scholars ramai, kami pun tinggal dan bergaul bersama, maka support system kami masih kuat. Bila sudah masuk degree, masing-masing sudah membawa diri ke Australia, New Zealand, USA, UK dan negara-negara yang sewaktu dengannya. Dan aku yang tidak fly ini, masuklah ke sebuah IPTS di Sunway ini.

Support system tu satu cerita jugak, tidak ramai Muslim di tempat belajar. Di tempat penginapan orang-orang rumah aku (ceh.. orang rumah? macam bini plak) semua Muslim tapi mereka bukan jenis kaki ke surau. In fact surau di tempat kami mati, tidak berfungsi. Selama sejak aku di bangku sekolah lagi, aku sering habiskan masa maghrib dan isyak di surau yang biasanya boleh menapak beberapa langkah dari rumah. Di SMAPK dulu, berapa langkahlah sangat dari dorm D07 tu nak ke masjid... Zaman Taylors dulu surau Casa Subang hanya beberapa tingkat turun tangga. Tapi di sini... suraunya mati. Masjidnya nak kena pergi Sunway Pyramid, kemudian menapak seberang jalan besar guna jejantas. Suau jihad kalau nak bermaghrib dan berisyak di masjid, belum masuk kekangan waktu untuk akademik aku yang mencekik.

Maka aku habiskan Ramadhan aku tahun lepas dengan bermaghrib, berisyak dan bertarawih di rumah. Of course itu bukan satu dosa, bukannya sembahyang tak sah duh. Tapi environmentnya sudah lain. Sembahnyang sendiri-sendiri tanpa jamaah, tanpa engagement dengan komuniti. Sementara nak tunggu isyak, instead of baca Quran, aku berlari-lari untuk menatap Facebook di laptop. Tarawih tidak terasa zouknya. Nak habiskan satu juz memanglah jauh panggang dari api.

Maka tahun ini insyaAllah aku ingin menapak ke surau yang baru siap di sebuah flat di belakang apartment aku. Kalau rajin insyaAllah akan menapak juga ke masjid Sunway, alang-alang bazaar Ramadhan pun sudah dekat sangat dengan masjid itu haha. Sedaya upaya akan aku luangkan masa walaupun semester keempat ini sangat berat. InsyaAllah.

Cuma agak sayang aku cuma mampu meluangkan dua hari Ramadhan ini di rumah. Cuti semester yang telah bermula sebulan yang lepas akan berakhir, Isnin ni dah nak masuk semester baru.

Paling best, sebulan ini telah aku bazirkan masa untuk buat assignment ringkas 1500 patah kata. Isnin ni nak kena hantar, haha. Moga dipermudahkan kerja.

Itu saja buat masa ini. Ramadhan Kareem buat antum semua.

Sekian wassalam.

Friday, February 24, 2012

Tahun baru bakal bermula

Salam alaykum wa rahmatullah

Tarikh di kalendar menunjukkan hari ini sudah masuk hari ke-25 dalam bulan kedua pada tahun 2012 masihi. Memang tak logik jika dikatakan tahun baru akan berlangsung. Tahun baru masihi jangan cakaplah, sudah lama berlalu. Tahun baru Cina pun sama. Tahun baru Hijrah pun, dah puas disambut dengan selawatnya, pesta berarak dengan sepanduknya dan marhabannya.

Tapi masih ada lagi satu tahun baru yang belum bermula kawan-kawan.

Iaitu, tahun baru akademik aku di universiti :)

27 Februari akan bermula tahun kedua aku di Monash. Semester pertama tahun kedua, atau semester ketiga (gunalah istilah mana yang rasa selesa menurut citarasa anda). Penyeksaan selama 12 minggu akan bermula. Hoyeaaah!

Tahun lepas pun kena sekasa jugak sebenarnya. Heheh. Tap tahun ini lain macam rasanya. Aku masih terbayang wajah-wajah senior aku tahun lepas, betapa 'nikmat'nya mereka menghadapi tahun kedua. Nyam nyam hehe.

Dengar khabarnya tahun kedua kali ini akan 'dipermudahkan' silibusnya. Moga 'permudahan' ini benar-benar membantu dalam mempermudahan kami dalam selangkah menapak menuju ke destinasi di puncak tertinggi nanti.

Amin ya rabbal Alamin.

Salam alaykum wa rahmatullah

PS: Setan. 27 Februari jugak adalah deadline bagi sebuah assignment yang aku tak siap lagi :)
PSS: PerSetankan Segalanya!

'Teks Syarahan' zaman tingkatan 4

Salam alaykum wa rahmatullah

Tak lama dulu semangat rajin aku tiba-tiba membara. Bosan melihat bilik aku yang bertimbun-timbun dengan buku-buku dan kertas-kertas yang dah tak relevan bagi aku dewasa ini.


Dewasa ini? Hahaha. Sedar tak sedar umur pun dah masuk 21 tahun. Tua gila.

Dalam semangat berkemas, aku terjumpa sebuah esei yang pernah aku tulis. Sebuah esei yang dengan segan silunya tersorok di muka belakang buku rampaian berkulit biru PKR warisan zaman SMAPK dahulukala. Bukan esei biasa.

Aku teringat lagi ketika aku tekun di meja kelas aku tingkatan 4 dulu. Period selepas itu English (aku tak ingat period apa pada masa itu, tapi yang pasti tiada cikgu di kelas), dan aku kena siapkan satu pembentangan Literature Component untuk dipresentkan ke seluruh kelas. Biasanya orang lain buat rangka isi sahaja, tapi aku ingat lagi betapa idea mencurah-curah saat itu sehinggakan habis satu setengah mukasurat di muka belakang buku latihan aku itu penuh dengan 'teks syarahan' untuk Literature Component. Dalam jangka masa setengah jam sahaja!


Namun akhirnya, teks itu tak berguna pun. Bila sudah berada di depan orang ramai, dengan semua mata bertumpu ke arah kita, semua yang dirancang hilang dalam kepala. Cakap pun mulalah nak terpelat dan tergagap. Haha.

Apa pun, sebelum aku buang buku tu jauh-jauh ke untuk kitar semula atau ke belakang rumah aku untuk dibakarsampahkan, aku nak arkibkan esei tu. Kenangan zaman kepala otak aku menulis lancar macam air sungai. Juga gambaran personaliti aku ketika usia aku masih mentah setahun jagung, pada usia 16 tahun.

Ataupun aku masih tidak berubah sejak itu?


*******


Assalamualaikum and good morning to our dearest teacher, Mrs Khairul Husna and every student present in this class. May all of us will be blesed by Allah for our activity today in this blissful morning. Alright, today, as we all know, we are required to make a presentation for our Literature Component . And in this presentation we are instructed to choose any short stories or poems that are included in the Literature Component Textbook for Form 4 students, and then discuss the aspects of that certain text that attract our attention, the aspect that make us like the text. Then we shall discuss the characters that we like in that text. And lastly, we shall discuss the moral values or lsson that we have learnt from the text of our own choice. So now, I will present you on the short story 'The Necklace' authored by Guy de Maupassant.

Why do I love the story? Well, frankly, I like this story because I am a person who is into English Literature. I really love it because, it is written in English, and not to mention its style of writing, which is very beautiful. After reading this story, I begin to imitate the linguistic aspect of this story, and this has improved my English a lot.

Okay, in this story, I really admired the character Mr Loisel, the husband of Mathilde Loisel, a humble middle-class people, working as a clerk at the French Ministry of Public Instruction. Why do I like him? Well, because he is such a humle and simple man. As a middle-cclass man, he is true to himself, that is, he never indulged, or even dream of indulging in a luxurious way of life, such as fine dining, big house or dwelling place, lavish furnitures, fashionable clothings and so on, which is synonymous to the upper-class society. In fact, he is satisfied living a simple way of life. Just look at how delighted he is when having a simple soup touret while dining with his wife, and how he does not mind eating it on a table decorated with only a piece of cloth already in use for three days.

Well secondly, Mr Loisel is known as a very loyal man. How do we prove this? He never ever leave his wife alone when she find herself in trouble losing her friend's necklace. Mr Loisel tried hard to find the necklace. He even draw out all his financial savings and borrowed money from a lot of people to buy a new necklace to replace the lost one. Well it doesn't end here; He even take up to three jobs in order to repay the debt worthing thousands of francs. All of this show how loyal, and not to mention, helpful he is to his wife.

Alright, that's all for Mr Loisel. Now moving on to the moral values of 'The Necklace'.

Now, what are the moral values, a lesson that can be obtained from the story? First of all, this story teaches us that honesty is the best policy. Well, you see, as depicted in this story, Mathilde Loisel never tell the truth that she actually lost the necklace to her friend. Imagine if she told the truth to her friend, she would have known earlier that the necklace is paste, and therefore, she would not have to suffer for 10 years to repay her debts of buying a new, genuine necklace to replace the paste necklace.

Next, as I have discussed earlier, is the value of loyalty. We have to be loyal to people who are close to us and help them whenever they are in vain. Just follow the example of Mr Loisel being loyal to Madame Loisel.

Lastly, I shall stress the value of gratefulness. We have to be grateful and accept whatever type of life fate have decided upon us. After all, it is the willing of God that we were born poor of rich. This is contrary to Mathilde because she always dreamed of luxurious lifestyle and what brings a bad consequence to her.

Well, that's all for my presentation of 'The Necklace'. Last of all, thank you everybody!

Assalamualaikum warahmatullah.


*******


Secara dasarnya begitulah. Tidak sempurna, ada kesalahan tatabahasa di sana sedikit dan di sinni sedikit. Itupun setelah beberapa tanda bacaan, pemerengganan dan satu vocab ditukar.

Cukuplah sekadar sebuah kenangan bahawa aku pernah menulis suatu hasil kerja seperti ini suatu ketika dahulu.

Setakat ini sahaja buat masa ini. Salam alaykum warahmatullah.