Salam alaykum wa rahmatullah
Tarikh di kalendar menunjukkan hari ini sudah masuk hari ke-25 dalam bulan kedua pada tahun 2012 masihi. Memang tak logik jika dikatakan tahun baru akan berlangsung. Tahun baru masihi jangan cakaplah, sudah lama berlalu. Tahun baru Cina pun sama. Tahun baru Hijrah pun, dah puas disambut dengan selawatnya, pesta berarak dengan sepanduknya dan marhabannya.
Tapi masih ada lagi satu tahun baru yang belum bermula kawan-kawan.
Iaitu, tahun baru akademik aku di universiti :)
27 Februari akan bermula tahun kedua aku di Monash. Semester pertama tahun kedua, atau semester ketiga (gunalah istilah mana yang rasa selesa menurut citarasa anda). Penyeksaan selama 12 minggu akan bermula. Hoyeaaah!
Tahun lepas pun kena sekasa jugak sebenarnya. Heheh. Tap tahun ini lain macam rasanya. Aku masih terbayang wajah-wajah senior aku tahun lepas, betapa 'nikmat'nya mereka menghadapi tahun kedua. Nyam nyam hehe.
Dengar khabarnya tahun kedua kali ini akan 'dipermudahkan' silibusnya. Moga 'permudahan' ini benar-benar membantu dalam mempermudahan kami dalam selangkah menapak menuju ke destinasi di puncak tertinggi nanti.
Amin ya rabbal Alamin.
Salam alaykum wa rahmatullah
PS: Setan. 27 Februari jugak adalah deadline bagi sebuah assignment yang aku tak siap lagi :)
PSS: PerSetankan Segalanya!
Friday, February 24, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment