Salam alaykum wa rahmatulaah wa barakatuh
Apa khabar kalian? Lama sungguh tak berjumpa. Rindu sama antum semua. Ahuahua.
Alhamdulillah aku dipanjangkan usia untuk menjengah masuk ke tarikh 2 Ramadhan tahun 2012 Masihi (teruk kan aku, guna Masihi instead of Hijrah, sebab aku tak ingat pun tahun ni berapa Hijrah! Tau-tau Awal Muharram nak cuti je kerja!). Puasa kali ni InsyaAllah aku nak buat anjakan paradigma. Tahun-tahun sebelum ni aku hanya sekadar berpuasa, baca Quran sikit-sikit (itu yang susah bukan main nak khatam tu!), gi terawih bila terasa mampu, dan... itu sahaja kot?
Kalau diikutkan aku bukanlah jenis individu yang mensia-siakan Ramadhan begitu sahaja, serius. Tulisan di atas adalah suatu understatement (cewah!). Tapi aku lihat diri aku ni bagaikan lalang, betapa bagus atau hampasnya aku mengikut zaman dan suasana, mostly suasana, atau dalam bahasa Jawa, environment. Dahulu pada zaman SMAPK, aku sangat rajin mengkhatamkan Al-Quran. Aku sanggup ponteng kelas prep untuk menghabiskan satu juz Al-Quran satu malam. Yup, aku hairan bgaimana zaman muda belia dulu aku ada tenaga sebanyak tu, bukan saja untuk menghabiskan bacaan yang panjang, tapi juga mampu untuk kekalkan konsentrasi, atau dalam bahasa Banjar, khusyuk dalam membaca. Sekarang aku rasa aku sudah tidak semampu itu.
Tapio sekarang bila aku melangkah kaki ke Monash, sudah lain ceritanya. Menjelang tahun ni, aku baru sedar betapa besar cabarannya menjadi pelajar Muslim di IPTS. Acap kali di institusi ini, Muslim adalah minoriti berbanding non-Muslim, tidak seperti di UIA. Maka untuk menjadi Muslim yangsuper, support system angat penting. Dahulu aku foundation di Taylors, tapi bilangan Muslim dalam kalangan scholars ramai, kami pun tinggal dan bergaul bersama, maka support system kami masih kuat. Bila sudah masuk degree, masing-masing sudah membawa diri ke Australia, New Zealand, USA, UK dan negara-negara yang sewaktu dengannya. Dan aku yang tidak fly ini, masuklah ke sebuah IPTS di Sunway ini.
Support system tu satu cerita jugak, tidak ramai Muslim di tempat belajar. Di tempat penginapan orang-orang rumah aku (ceh.. orang rumah? macam bini plak) semua Muslim tapi mereka bukan jenis kaki ke surau. In fact surau di tempat kami mati, tidak berfungsi. Selama sejak aku di bangku sekolah lagi, aku sering habiskan masa maghrib dan isyak di surau yang biasanya boleh menapak beberapa langkah dari rumah. Di SMAPK dulu, berapa langkahlah sangat dari dorm D07 tu nak ke masjid... Zaman Taylors dulu surau Casa Subang hanya beberapa tingkat turun tangga. Tapi di sini... suraunya mati. Masjidnya nak kena pergi Sunway Pyramid, kemudian menapak seberang jalan besar guna jejantas. Suau jihad kalau nak bermaghrib dan berisyak di masjid, belum masuk kekangan waktu untuk akademik aku yang mencekik.
Maka aku habiskan Ramadhan aku tahun lepas dengan bermaghrib, berisyak dan bertarawih di rumah. Of course itu bukan satu dosa, bukannya sembahyang tak sah duh. Tapi environmentnya sudah lain. Sembahnyang sendiri-sendiri tanpa jamaah, tanpa engagement dengan komuniti. Sementara nak tunggu isyak, instead of baca Quran, aku berlari-lari untuk menatap Facebook di laptop. Tarawih tidak terasa zouknya. Nak habiskan satu juz memanglah jauh panggang dari api.
Maka tahun ini insyaAllah aku ingin menapak ke surau yang baru siap di sebuah flat di belakang apartment aku. Kalau rajin insyaAllah akan menapak juga ke masjid Sunway, alang-alang bazaar Ramadhan pun sudah dekat sangat dengan masjid itu haha. Sedaya upaya akan aku luangkan masa walaupun semester keempat ini sangat berat. InsyaAllah.
Cuma agak sayang aku cuma mampu meluangkan dua hari Ramadhan ini di rumah. Cuti semester yang telah bermula sebulan yang lepas akan berakhir, Isnin ni dah nak masuk semester baru.
Paling best, sebulan ini telah aku bazirkan masa untuk buat assignment ringkas 1500 patah kata. Isnin ni nak kena hantar, haha. Moga dipermudahkan kerja.
Itu saja buat masa ini. Ramadhan Kareem buat antum semua.
Sekian wassalam.
Saturday, July 21, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
rindunye kan zaman smap....
baik betul..
Post a Comment