Tuesday, October 30, 2012

Harapan

Salam alaykum wa rahmatullah.

Aku masih teringat saat aku membuka akaun blog di Blogger ini. Ia berlaku sejurus selepas SPM. Yang pasti ia bukan inisiatif sendiri, sebaliknya lebih kepada hasil "peer pressure" apabila rakan2 SMAPK sekalian masing-masing mahu membuka blog sendiri. Alhamdulillah, peer pressure yang ini adalah peer pressure yang positif! Bukannya seperti peer pressure untuk sama-sama membunuh diri dengan rokok, narkotik, mahupun merempit. Cumanya motivasi untuk terus berkaya itu tidak dapat sustain untuk jangka masa lama. "Kurang istiqamah," bak kata Ustaz Azhar Idurs (maaf aku pakai bantai je quote orang-orang feymes haha). Maka inilah saat-saat rajin aku masih terus berkarya di sini.

Apa motivasi aku kali ini? Peperiksaan. Examination.

Sekarang aku dalam musim peperiksaan akhir tahun. Petang tadi selesai examination klinikal yang berlangsung selama dua hari, Alhamdulillah. Namun perjalanan masih panjang - 5 November ada peperiksaan akhir tahun manakala 7 November pula ada peperiksaan yang menguji pengetahuan yang berjaya dikumpul sepanjang dua tahun.

Dulu aku pernah bicara tentang 'takat lebur' dalam nukilan aku sebelum ini. Dan kali ini isu takat lebur itu benar-benar merisaukan aku.

UPSR kencang. PMR kacang. Tiba-tiba aku mula struggle dan terkapai-kapai untuk SPM (Alhamdulillah rezeki keputusan yang baik bagiku). Masuk foundation, aku tewas dalam perlumbaan untuk primary target - mendapatkan tempat di Med School seberang laut, namun Alhamdulillah result masih cukup bagus untuk Med School di tanah airku sendiri.

Sekarang setelah berada di Med School di tanah air sendiri, takat lebur aku makin jauh jaraknya daripada suhu yang melanda. Theory paper memang menyakitkan kepala. Ketika orang lain semua gembira dengan result masing-masing aku hanya mampu menggelengkan kepala. Suasana study di universiti memang lain dari sekolah dan foundation, dan aku masih tidak mahir dalam bidang itu.

Aku menaruh harapan pada paper terakhir ini. Aku mahu melangkahkan kaki ke tahun berikutnya. Doakan aku agar aku tidak tersadung dek aral melintang di tengah jalan.

Ya Allah bantulah aku.

0 comments: