Ketika sang bayu sedang sibuk menghembus
Melayangkan dedaun yang kering tergugur
Menyentuh halus di pipi insan yang mengelamun melihat bulan
Dan ketika itulah titisan air mula menampakkan dirinya
Melembabkan muka bumi bertuah ini
Tiba-tiba terdengar suara panggilan
Suara yang menerjah semangat
Setiap makhluk ALLAH yang bernafas di bumi ini
Dan di situlah aku tersentak kuat dan tersedar
Bahawa syaitan sudah mula dibelenggu
Kerana itulah hikmah kedatangan Ramadhan Al-Mubarak
Ramadhan Kareem...
ii
Wahai tetamu Ramadhan!
Untukmu Rahmat dan Maghfirah
Air mata taubat
Dendangan tadarus
Selimut tarawih
Berbantal tahajjud!
Moga mewarisi jannah
Selamat Berpuasa
Moga Ramadhan ini memberi
1001 keberkatan dan kerahmatan kepada kita semua
:-)
Mohon maaf kalau ada buat salah
RAMADHAN KAREEM...
*******
Dua SMS yang kuterima bersempena kemuliaan Ramadhan yang datang bertandang. Yang pertama daripada taulan Taylor's. Tak pasti chain SMS ataupun mmg karangannya sendiri. Puitis. Kutulis semula dalam pemerengganan puisi agar lebih masyuk ;-) Perkataan tertentu diubah sedikit, yang lain-lainnya ori seperti yang ditulis.
Yang kedua drpd seorang hamba Allah SMAPK 0408. Juga kubuat pemerengganan puisi agar lebih masyuk ;-)
Tertarik dengan istilah Ramadhan Kareem... Sesuatu yang kurasakan baru dan segar berbanding Ramadhan Al-Mubarak yang acap kali didengar saban tahun. Juga kurasakan lebih syahdu dah mensuk ke kalbu, istilah itu :))
Syahdu sungguh Ramadhan ini. Ramadhan pertama di kolej. Ramadhan pertama dengan pelbagai tests dan assignment yang perlu dilangsaikan. Ramadhan pertama yang benar2 mencabar dengan suasana kolej yang penuh dengan dugaan itu, dugaan ini. Ramadhan pertama
Dan Ramadhan terakhir buat pelajar2 Timur Tengah di tanah air sebelum meneruskan perjuangan di Mesir dan Jordan. Buat mereka, selamat meneruskan perjuangan.
Rebutlah peluang Ramadhan kali ini untuk melakukan sesuatu yang lebih baik. Lagipun kita bukan lagi kanak2 sekolah. Dah besar panjang dah pun.
*******
Buat rakan dan taulan
Selamat menyambut Ramadhan
RAMADHAN KAREEM...
0 comments:
Post a Comment