Monday, June 1, 2009

Nasyid Belia Kebangsaan 2009 - Suatu Laporan

Salam alaykum tuan2 dan puan2 yang dikasehi sekalian.

Fes skali, maafkan la saye kerana lambat sangat update psl event nih. Nk tunggu event tu berlalu setengah bulan, barula saya ni terkedek2 nk tules report. Huhu. Apakan daya, kata oghang utagha, saya ni mmg baloq liat oghangnya. Nk tau apa mksd baloq liat pi la tanya oghang utagha sendighi. Insyaallah hangpa akan tau dgn sendighinya.

Oke2. So Festival Nasyid Hari Belia Kebangsaan 2009 ni dilangsungkan pd 13 Mei 2009. Waktu malam. Lokasinya kat MITC Melaka. MITC Melaka ni bole la dikatakan feymes sbg pusat konvensyen ala2 PWTC gitu, dan ade beberapa buah dewan di dalamnya. Hm, dalam dewan mana satu event nasyid ni diadakan, anda bertanya saya? Dewan paling canggihkah? Paling first classkah?

Haha. Jawapannya - diadakan di tempat parking kereta di sebelah bangunan tersebut.

Tapi xkesahlah. Mngkin penganjurnya nk buat konsep ala2 konsert gitu, kan? Konsert yg klas2 sumenye buat outdoor kan. Jom Heboh yg begitu vogue kan dibuat outdoor, haha.

A lot of aspect yg menjadikan nasyid belia ni gempak and berprestij. 1st skali PA systemnya. Mmg gempak. Serius gempak. Xpnh sy saksikan live PA camni. Xde kes mike rosak, n mike dia btol2 clear. Kalau ade masalah timbul pon disebabkan oleh peserta sendiri yg x pandai bajet mike btol2 smpi ade yg solonya tenggelam. Mmg ironi btol kalo nk dibandingkan dgn kualiti PA system nasyid sekolah kat Melaka. Nk tgk PA nasyid Melaka camne? Search sendiri kat youtube.






Jeles kan tgk PA system dia? hahah

Abg PA yg berdedikasi

Yg kedua, barisan hakimnya. Inilah kelebihan nasyid open bbndg nasyid sekolah. Hakimnya dari kalangan artis. Mereka profesional orangnya so insyaallah xtimbullah bias dlm penghakiman mereka.



Dari kiri: Aisyah, Farihin Abd Fatah, Siso Kopratasa



Cilok dari frenster Wardat. Tenkiu...

Cuma satu saja masalah dgn pertandingan kali ni. Perubahan syarat pada last2 menet. Setiap team dikehendaki membawa dua buah lagu. Tapi sejurus sebelum pertandingan dimulakan barulah mereka dimaklumkan untuk membawa satu lagu saja. Kemudian, lps beberapa team dh perform, tiba2 mereka umumkan sekali lagi bahawa peserta x dibenarkan membuat intro dan outro dan time limit sbyk 5 minit dikenakan.

Ya, mmg betul tindakan sebegitu ada rasionalnya. Pertandingan dijalankan waktu malam dan jika seua team membawa dua lagu, maka pertandingan akan habis pukul 3.00 pagi. Dan sume yg ada di situ akan jadi burung hantu.

TApi mengapa umumkan pertukaran syarat sebelum pertandingan dijalankan? Ini boleh menyebabkan peserta akan jadi kelam kabut kerana planning yg mereka telah buat semasa latihan terpaksa diubah on the spot. Apa salahnya sekurang2nya umumkan pada petang hari tersebut. Kerana pada sebelah petangnya, sesi souncheck diadakan dan semua team terlibat. Kalau perubahan diumumkan pd waktu soundcheck, at least sume team masih ada beberapa jam untuk membuat perubahan pd performance mereka.

Setiap negeri dalam Malaysia menghantar dua team untuk mewakili negeri masing2. Satu team lelaki, satu team perempuan. So sepatutnya ada 16x2= 32 team sumenye. But somehow hanya 23 team yg mengambil bahagian sume skali. Team yg sempat saya kenalpasti (ikot nombor giliran, no ganjil team lelaki, no genap team perempuan):




1. Wildan (Pulau Pinang)
2. Wardatul Maahad, Maahad SAS Jengka (Pahang)
3. Soutul Jihad, SMAP Labu (N. Sembilan)
4. Soutul Zahab, SMK Raja Ali + SMK Wangsa Maju 2 (KL)
5. Soul Al-Ghamidi, SAMT Hishamuddin Klang (Selangor)
6. Qurratu Ain (Pulau Pinang)
7. Soutul Azim, SMKA Sultan Muhammad (Melaka)
8. Wardatuddiniah, SMKA Sharifah Rodziah (Melaka)
9. Khairan, SBPI Kubang Pasu (Kedah)
10. Alwani (Terengganu)
11. Ar-Rayyan, SMKA Maahad Muar (Johor)
12. Raudhatul Sakinah (N. Sembilan)
13. Ar-Ridhwan (Terengganu)
14. Ainul Yaqin, Sekolah Raja Perempuan Taayah (Perak)
15. Soutul Nashihah, SMK Bukit Rangin (Pahang)
16. Tho'arul Jannah (Selangor)
17. Soutul Faizin, Sekolah Izzudin Shah (Perak)

Setakat itu saja yg saya tau. Dua team lg yg perform selepas tu yg saya tau - SMK Gombak Setia mewakili KL (agak kehairanan di sini, Gombak Setia kan dalam Selangor??) dan Soutul Naim dari Kelantan (team perempuan).






KEPUTUSAN





Kategori Lelaki
Johan - Ar-Rayyan (JOHOR)
Naib Johan - Soutul Jihad (N. SEMBILAN)
Ketiga - SMK Gombak Setia (KL)





Kategori Perempuan
Johan - Soutul Naim (KELANTAN)
Naib Johan - Wardatuddiniah (MELAKA)
Ketiga - Soutul Zahab (KL)



VIDEO PARA PEMENANG


Johan Lelaki - Ar-Rayyan
Second team pon boleh menang kbgsn. Aku tabik hormat sama hangpa!


Naib Johan Lelaki - Soutul Jihad


Ketiga Lelaki - SMK Gombak Setia
Nasyid R&B bai! Congrats to InHeart for their creativity!


Naib Johan Perempuan - Wardatuddiniah
Team tuan rumah. Congrats berjaya menebus kekalahan Festival n Antidadah...


Ketiga Perempuan - Soutul Zahab


VIDEO2 LAIN


Soutul Azim - SMKA Sultan Muhammad Melaka
Team tuan rumah and my former alma mater. Team ni dapat no 4


Soutul Faizin - Sekolah Izzudin Shah, Perak
Johan Nasyid Antidadah Kebangsaan 2007


Soul Al-Ghamidi - SAMT Hishamuddin Klang, Selangor
Yg ni plak, Johan Nasyid Antidadah 2008. Sikit punye hebat saingannya...


Soutul Nashihah - SMK Bukit Rangin, Pahang
Dah banyak kali wakil Pahang untuk Festival Nasyid Sekolah Kebangsaan


Khairan - SBPI Kubang Pasu, Kedah
Beberapa kali mewakili Kedah untuk antidadah


Ainul Yaqin - Sekolah Raja Perempuan Taayah, Perak


Wardatul Maahad - Maahad SAS Jengka, Pahang

2 comments:

Anonymous said...

Salam ziarah.

View Profile: Rantong™

Sumaiyah said...

ana budak taayah. bangga! wahaha