Wednesday, May 13, 2009

Nasyid Belia Kebangsaan 2009 - Suatu Preview

Salam alaykum tuan2 dan puan2.

Dengan berbesar hati, saya dengan ininya, mengisytiharkan bahawasanya, pada malam ini, akan berlangsunglah pertandingan Nasyid Belia Peringkat Kebangsaan bagi edisi tahun 2009...

Agak mengujakan. Hal ini kerana pertandingan tersebut diadakan di MITC Ayer Keroh, Melaka. Pergh! Saya berasa amat bertuah kerana pertandingan peringkat kebangsaan dilangsungkan di suatu tempat yang sangaaat la dekat dengan rumah saya. Naik kereta tak sampai 10 minit. Kalau merempit tak sampai 5 minit. Peluang keemas-emasan, hauhaha.

Saya tidaklah arif sangat tentang pertandingan ini. Namun maklumat awal mengatakan team2 yang hebat akan bertandang dan bertanding di negeri Hang Jebat ini.

Team negeri Perak, bagi kategori lelaki, akan diwakili oleh Soutul Faizin dari Sekolah Izzudin Shah. Ya tuan2 dan puan2. Johan Antidadah Kebangsaan 2007...


Johan Antidadah Kebangsaan 2007. Lagu Pertama


Derang jgk mewakili Perak untuk Tahun 2007.

Team Selangor bagi kategori lelaki, akan diwakili oleh team dari SMK Gombak Setia. Agak vogue di sini kerana mereka dilatih oleh... ha? Sape tu? Macam pernah dengar je nama mereka sebelum ini?? Ya, mereka dilatih oleh kumpulan InHeart!!

Kanak2 InHeart dalam kostum yg sungguh comel.

Sample nasyid Gombak Setia.


Heran cmne lagu ni berjalan jauh dari Melaka ke Gombak. Rupenye InHeart yg import!!



Melaka, bagi kategori perempuan akan diwakili oleh Wardatuddiniah dari SMKA Sharifah Rodziah. Kategori lelaki pula akan menyaksikan gabungan tenaga vokalis IPT dan percussionists Soutul Azim drpd SMKA Sultan Muhammad.

Xpasti dgn team2 laen. Tataw la sape wakil Kedah. Why Kedah? Vogue sgt ke Kedah tu? Hahaha. Jgn memaen. Johan pertandingan ni bagi edisi 2007 adalah... Al-Faradis dari SMKA Kedah.





Okelah. Cukup2 la tu preview. Insyaallah malam ni saye akan turun padang. Buat field report. Nantikan...

Wassalam.

0 comments: