Monday, May 25, 2009

Filem Sambutan Hari Guru SMAP Kajang 2008

Ahha! Akhirnya berjaya gak aku upload vid nih. Bangge2, kui2. Mane xnye, ponek2 aku split vid tu dua part, pas2 upload kat youtube, sedap2 jek youtube disablekan audio vid nih. Copyright infringement la, hape la. Mcm la aku untong besar carik makan drpd vid ni. Lain la recording2 company yg jual lagu2 nih. Walopun piracy melande dunia derang tetap buat duet juta2 seluruh dunia. Ah! Aku benci kapitalisma! Benci Amerika! Ahak2.



Filem Sambutan Hari Guru SMAPK 2008



Okeh guys. Enjoy~

Thursday, May 21, 2009

P for Parking!

P juga bermaksud pemurah, penyayang, pandai, pendeta, pendeklamasi sajak, perintis, penyangak, perasuah, penyamun, pembohong, pencuri, blablabla... dan juga politik. Hahaaha. Tapi hanya 4 kualiti terawal tu yg sesuai untuk mendeskripsikan aku. Kan kan kan? Ahahaha. Aku otak sains, so pendeklamasi sajak tu bukan aku la.

Alhamdulillah... akhirnye semalam dpt jgk lesen P. Xsia2 bapak aku belanje duet nk gi blajar driving kat skool driving tu. Dala mahal nak mampos. Kelas 8 jam nk amek lesen P tuh, termasuk pretest, termasuk fee test JPJ, total2 sume RM530. Ahaha. Terbakaq kocek bapak aku.

Er, skool driving korang ade semahal tu ke? Pasal aku dgr kat tmpt aku nih ni ade driving skool len yg lbey murah. Tataw la murah mne. Xla semahal RM530 wo. Dgn duet tu segala jenis hapekebende aku ble joli kat Mahkota Parade ngan Jaya Jusco. Tp aku bukan manusia boros sebegitu. Hua.

Aku belajaq driving ngan sorang cekgu Cina nih. Haha, dia mmg baek la, xde garang2 haha. Kalo mcm mak aku dulu, mak aku dpt cekgu ngan org kampong dia sndiri. Back in the 1980s. She owez tell me that the teacher is "garang nak mampos!". Hm, cmne la ghope cekgu tu ek. Ade misai lebat melentik2 mcm A Galak kah?

Belajar minimum 8 jam. Tp aku kan pandai. Ahhuhua perasan siot. So aku extend sampai 10 jam. Was2 masih merayap dlm diri, haaha. And then pretest. Instructor driving skool yg len plak test aku samada layak nk amek test JPJ ke tak. Pergh, instructor tu...Wa cakap same lu... Rasa cam nk speeding sampai 200km/j kasi lambung kt bukit. Dala muka serius. Silap sket asyek nk marah je kejenye. Aku xcukup angkat clutch dia marah. Aku tak masuk gear btol2 dia marah. Aku langgar lopak air pon dia marah. Marah3. hahaha. Tapi dia baek. Dia kasi aku pass, aha

Pas2 baru la test JPJ. On da fateful Monday 4 May 2009. Oh, did I mention that I failed the first test...??

Ahhahaha siot tol. First test aku cume lulus parking je. Tu pon naseb2 je, hakhak. Mase naek bukit tu btol2 nyaris. Mase nk parking atas bukit tu oke. Tp lps tekan minyak, naek sket clutch, aku nak turunkan brek, tiba2 kereta tak berganjak. Cpt2 aku tarik brek tangan balek. Pergh, selamat. Bayangkan kalo kereta yg x gerak tu tiba2 menggelongsor turun camne?? And everything went smoothly.

Then jalanraya. Pendekkan cite okeh? Aku makan pil! hahuhuah. Kat umah datok aku tanye, "Test kete camne? Pas ke Umno?". Ahhaha. Dengan bangganya aku jawab umno. Ironi btol hahah.

So burn la RM62. RM 50 nk apply balik test. RM12 tu nak beli test kad. RM12 untuk sekeping kad manila - berbaloi bukan?? Lebih mahal drpd pendrive 1 GB. Bek aku gune joli beli slurpee ngan cokelat kat 7 Eleven sebelah driving skool tuh.

Bapak aku kenal sorang driving instructor kat situ. So, sehari sebelum test kedua. 17 May 2009. Buat kelas 1 jam setengah. Intensif training kat jalan2 yg ditetapkan. Banyak gak la kene sound. Nk overtake lane tak pandai lagi. Penggunaan gear pon noob lagi. Amatur abesla aku! hahaha. Yela, kat umah aku sume kete automatik belaka. Nk wat cne, hahaha.

Esoknya test. Isnin 18 May. Alhamdulillah... Tester tu baek yg amat. Dia kasi 17/20. Cemerlang siot aku! Wahaha. Masa tu again kantoi gear. Ada satu jalan kat simpang tu agak curam. Bese aku blaja kalo sampai kat situ, turunkan gear 4 ke gear 3. Mase tu line clear, xde obstacle menghalang. But on the fateful testing day, kat jalan tu ade 2-3 kete kat depan. So aku terpaksa slow down tngah jalan yg curam tu. Pas2 bila aku nk tekan minyak...

Well, kalo dh slow down pas2 tekan minyak masa naek bukit pakai gear 3, wat du you expect? Tersengguk2 kete kancil aku tuh. Aku rase cam nk kentut je kete2 depan aku tuh. Derang la menyebabkan tester aku tu pangkah part penggunaan gear kat kertas ujian tester tuh. Tp sebbaek aku tetap pas! Haha syukran jazilan JPJ!

Lusa gi JPJ apply lesen P. It was really a breeze. KAt JPJ tuh berderet2 gile kaunter dia. Manusia yg datang pon of coz la berderet2. Again lebur RM60 duet bapak aku. Patot la JPJ kaya. Mak aku cite satu hari satu2 pejabat JPJ gain beribu2 ringgit hasil bayaran nk wat lesen2 n pelbagai urusan lg. So padan la JPJ ni sangat vurnerable kepada rasuah. Everyday they deal wit loads of ka-chings (duet la tu).

Okeh2. dalatu. Chow. Adios. Selamat jalan. Auf wiederschein (aku pakai tules je ntah btol ke tak). Wa nk merempit jap. Gune kete la, takkan gune moto kot. Xde kelas la moto2 nih.

Wassalam...
Blogged with the Flock Browser

Tuesday, May 19, 2009

Tahniah Generasiku!~~

Salam Alaykum!!

Mintak mahap la pada sume pihak kerana aku terlambat~. Result JPA and MARA da berzaman kuar, tp pos ni baru nak terpost kat laman maya blog aku nih. Haha. Nak wat cne. Aku kan slowmo. Haha. Bkn slowpoke ye. Aku x maen pokemon2 nih.

Papepon, di sini, dengan berbesar hatinya aku mengucapkan tahniah kpd sume student SMAPK0408 yang telah berjaya mem'fly'kn diri mereka untuk menelaah ilmu pengetahuan di seberang laut... Tahniah generasiku~~!!! Anda sume patut berbangga kerana anda sume telah terlibat dalam suatu pembikinan sejarah SMAPK... Tidak pernah ada batch sebelom ni yg menghasilkan seramai 45 orang pelajar yg dgn jayanya berjaya melangkah kaki ke oversea~.

I'm so proud of you guys...

So, statistically... 29.0 % pelajar SMAPK batch 0408 berjaya ke luar negara. Weh, hang nampak tak apa aku tules ni tuan2 puan2?

From Flock Photos
Dua Puluh Sembilan Peratus Beb~!! (Mamat tuh hanya aksesori semata)

Ketua PPS tersayang kita serta Ketua Exco BPPI kita yg senantiasa sehat telah berkolaborasi to compile the list of these lucky 45 and already posted them at SMAPK0408 Friendster Group. Hafidzi oso posted the list at his blogsite. So kat sini keje aku senang jela. Cilok.




JPA



-zulkhairi [jordan]-dentistry

-akma [egypt]-medic

-supriyati -medic

-zulaikha -medic

-hayatun [jepun]-engin

-sy zulaikha -architecture

-farihin [jordan]-medic

-qutaibah [jepun]-engin -hasbullah [jepun]-engin

-azizul [jepun]-engin

-afiq -medic

-syafiq r0slan [jepun]-engin

-kamal [jordan]-dentistry

-saiful hafizi [egypt]-medic

-farhan [egypt]-medic

-luqman -engin

-raihana [jordan]-medic

-khir -law

-izzat rasnan -engin

-zack ibrahim -computer science [prep at taylor's college]

-marina

-nabil izzati [jordan]-medic

-izzati razali -medic

-bazilah -medic

-aini [jordan]-medic

-firdaus zaidi [egypt]-medic

-razin - law

-aisyah law

[28]



MARA



-hafidzi -sains aktuari [a-level kyuem]

-hafiz arif -engin

-hafiz zulhisham [south australia matrix at taylor's college]-medic

-faiz hamzan [mid east]-medic

-eyzzah -medic

-aziz ishak -medic [ib kolej mara banting]

-isa -engin

-iqbal -engin [ib kolej mara banting]

-anuar -engin

-mustaffa -engin [foundation monash]

-hadi-engin [prep kat utp]

-wan izzat -medic [previously medicmesir... rezeki dpt scholar! @ zagazig egypt]


[12]



MEDICMESIR



-husnaa -medic

-farid

-saiful imran -pharmacy [mansoura]

-zaimu nazmeer -medic [dh fly da... zagazig egypt]

-syafiq azhar

[5]



JPA : 28

MARA : 12

medicmesir: 5

TOTAL : 45 orang

Percentage: 29.0% [daripada 155 orang]






Sape2 yg nama dia bold tuh. Jgn la kembang idong eh. Bknnye aku nak capapkan nama kamu. Xde keje saya nk buat begitu. Kalo ada gaji bole la, hahahau... Nama2 yg bold tuh aku boh catatan tambahan berdasarkan maklumat lanjut yg aku taw. Aku boh and modify daripada list asal yg published kat frenster group and blog fidzi. Senang cite kira yg bold tu kira sumbangan aku untuk list ni la... So bukan aku nak capapkan nama korang. Aku nak capap tulisan aku. Wahahaau. BTW, kebetulan je nama aku turut diboldkan. Hahaha.

But than, one more thing. Dulu aku ade contact Tala. Dia kata dia plan nk wat medic mesir, for medic la. But nowadays I've lost contact with him. SMS x jawab. Bila tepon plak, ade sore pompuan (yg denga sore dia pon da taw pompuan tu x cantek) kata number not in service... Ah tensen! Kalo ade sesiapa contact die, tolong2lah tanye dia la. Kalo dia wat medicmesir, maka dia dengan otomatisnyer layak berada dalam list nih. Walopun korang suke kutuk2 dia. Wahuhuha. Kalo betul, maka batch kita yg gi obersi meningkat jadi 46... Size matters, yunno?


So, secara analisa nyer, adakah batch kite batch tergumpak skali kat SMAPK? Ramai nau terbang tinggalkan Mesia? Hm, I'll leave that to somebody yg lebey arif untuk komen pasal tu. Sape2 yg dh otai, stay SMAPK sejak form 1 tu, mungkin mereka lebey mengetahui hal2 ni. So, apalaga! Leave ur comment!

Okeh2. Stakat itu saja dulu. Again, my wholehearted congrats to y'all SMAPK 0408! X kira la samada anda tersenarai atau x tersenarai di atas, anda tetap gempak, memandangkan ramai juga yg dapat scholarship but untuk local je. Ok la tu. And even ramai yg dpt UPU ke tempat2 yg bagos2 belaka. Yg dapat matrix tu, berusahalah bersungguh2 okeh. Moga2 nanti korang akan dapat tempat di U yg bagos dgn course yg korang btol2 impikan selama ni. Semoga berjaya menempuh hidup di bawah lembayung redha ilahi... (mcm pnh dgr kan phrase nih? haha)


Sekian...wassalam

PS: Wargh! Aku suroh korang contact cekgu masing2. Wish Happy Teacher's Day. Inform him/her of the achievement of our batch. And thanked the teacher. Tapi aku sndiri xcontact2 Ust Bak lg! Huhu ampon ustat!

PPS: Khairul Hafidzi Subky, again (credits for ur joint effort with Cawakmok to compile the success of our batch. May it become one of the the memory that will bind SMAPK 0408 forever and ever. And wherever they are on Bumi Allah... Amin)
Blogged with the Flock Browser

Wednesday, May 13, 2009

Nasyid Belia Kebangsaan 2009 - Suatu Preview

Salam alaykum tuan2 dan puan2.

Dengan berbesar hati, saya dengan ininya, mengisytiharkan bahawasanya, pada malam ini, akan berlangsunglah pertandingan Nasyid Belia Peringkat Kebangsaan bagi edisi tahun 2009...

Agak mengujakan. Hal ini kerana pertandingan tersebut diadakan di MITC Ayer Keroh, Melaka. Pergh! Saya berasa amat bertuah kerana pertandingan peringkat kebangsaan dilangsungkan di suatu tempat yang sangaaat la dekat dengan rumah saya. Naik kereta tak sampai 10 minit. Kalau merempit tak sampai 5 minit. Peluang keemas-emasan, hauhaha.

Saya tidaklah arif sangat tentang pertandingan ini. Namun maklumat awal mengatakan team2 yang hebat akan bertandang dan bertanding di negeri Hang Jebat ini.

Team negeri Perak, bagi kategori lelaki, akan diwakili oleh Soutul Faizin dari Sekolah Izzudin Shah. Ya tuan2 dan puan2. Johan Antidadah Kebangsaan 2007...


Johan Antidadah Kebangsaan 2007. Lagu Pertama


Derang jgk mewakili Perak untuk Tahun 2007.

Team Selangor bagi kategori lelaki, akan diwakili oleh team dari SMK Gombak Setia. Agak vogue di sini kerana mereka dilatih oleh... ha? Sape tu? Macam pernah dengar je nama mereka sebelum ini?? Ya, mereka dilatih oleh kumpulan InHeart!!

Kanak2 InHeart dalam kostum yg sungguh comel.

Sample nasyid Gombak Setia.


Heran cmne lagu ni berjalan jauh dari Melaka ke Gombak. Rupenye InHeart yg import!!



Melaka, bagi kategori perempuan akan diwakili oleh Wardatuddiniah dari SMKA Sharifah Rodziah. Kategori lelaki pula akan menyaksikan gabungan tenaga vokalis IPT dan percussionists Soutul Azim drpd SMKA Sultan Muhammad.

Xpasti dgn team2 laen. Tataw la sape wakil Kedah. Why Kedah? Vogue sgt ke Kedah tu? Hahaha. Jgn memaen. Johan pertandingan ni bagi edisi 2007 adalah... Al-Faradis dari SMKA Kedah.





Okelah. Cukup2 la tu preview. Insyaallah malam ni saye akan turun padang. Buat field report. Nantikan...

Wassalam.

Friday, May 8, 2009

Selsema Chapter Pertama

Salam alaykum...

Dunia akhir zaman penuh pancaroba muasir ini telah menyaksikan perebakan wabak penyakit yang dahsyat amat. Penyakit tersebut dikenali sebagai Selsema Chapter Pertama. Namun oleh sebab nama penyakit tersebut pelik semacam jer, saya ringkaskan nama wabak penyakit yang canggih tersebut kepada nama yang lebey ringkas - "Selsema Bab1"

Namun oleh sebab perkataan "Bab1", bak kata orang puteh, looks retarded, saya ganti nombor 1 yang retarded tersebut kepada huruf i. Maka jadilah ia Selsema Babi. Untuk pengetahuan anda, di kawasan saya, retarded juga dipanggil sebagai "terkejal".

Namun masyarakat saintifik dunia masih menganggap istilah selsema babi tersebut sebagai terkejal. Mereka menganggap Selsema babi adalah nama yang sangat kampong, apatah lagi sangat n00b. X setaraf dengan taraf mereka sebagai saintis dan researchers. Mereka tidak layak dipanggil kampong mahupun n00b. Hanya satu perkataan yang bergaya lagi cool yang sesuai untuk menggambarkan mereka - nerd.

Bukan qeeknurd. Qeeknurd tu sape ntah. Tanya Cawakmok. Mungkin beliau kenal siapakah qeeknurd.

So masyarakat saintifik dunia tersebut pon memberi nama yang canggih untuk strain virus yang menyebabkan selsema babi nih. Virus H1N1. Memang canggih punya nama. Macam kod2 yang selalu digunakan oleh hacker saja. Mahupun...uhm... chess players!

Rook from H1 to N1!


What the...? Where the heck is da friggin N1 square?? And none of the rooks are on H1 you retarded!


Alhamdulillah. Buat masa ini tiada efek merbahaya yang terjadi kat Mesia ini akibat Selsema Babi H1N1 ni. Ketika negara lain dah kelam kabut n gelabah2 camne nak tangani kes H1N1 yang telah muncul di negara mereka, Mesia masih selamat drpd kes ini. kalo tengok Mexico city tu, seperti yang dilaporkan kat media, peh, series kesian wa cakap. They lose 777 million Mexican Peso over there. adala dlm lbeh kurang...uh... tataw la. Haha ikut anggaran adala dalam 50 JUTA HINGGIT SEHARI. Ekonomi mereka betul2 dalam slowdown yang amat sangat akibat H1N1 nih.

Namun dalam keadaan Mesia masih selamat daripada kes selsema babi yang confirmed (setakat ni cuma ade foreigners yang suspected kene H1N1. Ala mat2 saleh yg suka merayap2 keliling dunia tuh), nampaknya kes Selsema Babi ni tetap hangat diperkatakan dalam arena politik Mesia... hah. Politik2.



Aha. Jangan main2. PM Mesia pon prihatin terhadap masalah selsema babi ni. Hahaha. Kata sekularis barat, agama dan politik tidak bisa dicampur adukkan. maka lahirlah doktrin "separation of church and state". Menurut politikus Mesia, nampaknya uh... Politik dan selsema babi bisa dicampur adukkan. Lalu lahirlah doktrin...???

Alahai kamu ni. Mcm tataw je. Kat Mesia ni sume bende boleh dipolitikkan. takde ape yang tidak boleh dipolitikkan. hatta kalo korang tido x pakai baju dalam rumah pon dipolitikkan. Ala, yg kes Elizabeth Wong tu... Padahal bknnye bende blue pon apa yg dia buat tu. Mcm la korang kalo tido waktu petang ke memalam ke, pakai baju cantek2. Yg laki2 pakai sempurna tutup aurat, yg pompuan pon abes pakaian sume tutup aurat. Dh mmg dia nak tido. Dlm rumah dia sendiri, privact la. Privacy? Privacy ko kate?? Hotakmu privacy! Itu namanya politik! Huahuahua. All it takes is some retard to publish all those shit to internet. And some bagero tempeh guy to attack her as committing indecency.

Ingat lagi Islam Hadhari? Haha. Islam Hadhari Terengganu Bestari. ya, itu yang kita mahukan! Now, gantikan perkataan Islam jadi Minda. Gantikan Terengganu jadi Bestari. Jadila Minda Hadhari Insan Bestari. Tadaa! Maka terbentuklah tema bagi Festival Nasyid Sekolah KPM bagi tahun 2008... Kesian nasyid. Nasyid sebagai medan dakwah dijadikan gelanggang berpolitik. Apatah lagi yang bertanding dlm nasyid tu budak2 sekolah belaka.

Hah, dala2. Maleh nak cakap panjang2. Cukup la stakat itu. Go and have fun somewhere else :)

Sekian. Wassalam alaykum...

PS: Heran gak. Nape gune istilah Selsema babi, bukan selsema khinzir?? Bukan dulu kene sensor ke perkataan babi. Kecik2 dulu pon kalo korang cakap babi mesti parents korang censor korang ngan cili padi kan? Penangan PPSMI ke?? hahah

PPS: Khairul Hafidzi Subky (beliau ketua PPS yg berkaliber, berkredibiliti, berakauntabiliti. Disegani sekalian warga SMAPK)

Thursday, May 7, 2009

USIM!~

Salam alaykum warahmatullah...
Sidang hadirin yang dihormati sekalian.

Yeyeh! Aku dapat USIM! Medic kat USIM! Walaupun sebenarnye aku mintak Medic UIA, tapi apakan daya. Dapat Medic kat USIM. Haha, ada beza ker? Dua2 medic gak kan? Dua2 ada title universiti Islam kan?? Haha. Yg kat UIA tu Asasi Perubatan. Yang kat USIM nih Tamhidi Perubatan. Pergh, canggeh syot nama! Tamhidi tu. Padahal xde beza pon asasi ngan tamhidi tu.


MASA SAYE KECHIL DAHULU...

Dari dulu lagi aku mengidam nak sambung blaja kat UIA. Maybe sejak aku darjah... 4 ke 5. Hha, bole lupe plak dah. Namun aku maseh muda.

Masa darjah 4 dulu, aku telah mengalami suatu tragedi sedih. Haha sedeh la sgt. Pada suatu hari ma grandma tiba2 tertanya2 pasal sekolah petang. sekolah agama sesi petang. Pagi sekolah kat SK. Petang Sekolah kat SRA JAIM. Ntah cemane grandma aku tersebut tiba2 terpikir pasal sekolah agama waktu petang nih. Dapat ilham dari mimpi kot.

Aku = pemalas. Bese la budak2 zaman skang kan. Alah korang! Ngate aku malas. Korang pon malas gak kan kecik2 dulu. Tau2 nak men gem je. Men kejar2. Men komputer la gameboy la. Digimon la hape la. Haha. So aku mmg tanak la sekolah agama petang nih. Aku rijek awal2. Cukup2 la skolah pagi yg homework banyak macam ya rabbi tersebut.

Nthen, suatu hari. Awal tahun 2001... Tiga orang budak nak gi skolah petang lalu kat sebelah umah aku. Ma grandma yg kemaruk nk postingkan aku ke sekolah petang ni pon tahan la derang. Interbiu. Mcm interbiewer MARA lagaknya. Dan dengan lagak seorang pemain digimon yang sangat pro, mereka menjawab, "Darjah 4 dah masuk dah makcik!"

Maka dengan spontannya ma granma masok umah, soh aku salin baju cantik2. Bwk beg sandang. Of course... bwk pelopak (pencil box da...) skali. And off we go to SRA JAIM Ujong Pasir yang jaraknya amatlah dekat ngan umah granmaku tercinta.

Kat sane without delay aku didaftarkan kt skul tu. Aritu gak start belajar. Walaupun buku teks ngan buku tules satu hape pun takde aku tetap kene mula belaja tyme tu. Dgn memakai baju hape ntah. Yg len sume smart pakai uniform skolah petang. Kecuali...uhm... aku la. Malu gila gaban syot wa cakap sama lu. Dicampur ngan perasaan yang sgt la bengang tiada apa mampu menggambarkannya. Balek umah aku merajuk. Tanak cakap. Pas2 I remember ade hentak/hempas something sbg tanda tunjuk perasaan besar2an. Peh brutal gak aku masa kecik2 dlu ek.

Namun begitu tragedi sdey leleh air mata tersebut menjadi penanda penting dalam sejarah hidop aku. Sejak saat itulah aku terjebak dalam dunia skolah agama... abes UPSR ngan SSRA (sijil sekolah rendah agama) teros ke SMK Agama Sultan Muhammad. Pas2 jadi imigran pg la SM Agama Persekutuan Kajang.

And now... aku dapat tawaran ke Universiti Sains Islam Mesia...


MARA

But of corze, aku KIV dulu la nak tgk MARA nyer result dulu.

Papepon, atas nasihat the honourable Wan Muhd Firdaus, before 15 Mei, kite still kene konpemkan nak terima UPU. As backup plan. But were not obliged to report ourselves 23 Mei nanti. So kalo dapat MARA kita bleh la abandon UPU.

Ah, itu sajela buat masa skang. Take care. Cheer selalu. Selagimana ada masa untuk cheer sebelom masuk alam IPT yang stressful sehingga kehidupan kita rasa cm taik belaka. Ooo... Scary... Selamat menempuh alam IPT.

Wassalam

Saturday, May 2, 2009

Huwa!!!

Kali ini aku ingin menangis sepuas2 ati. Sdeynye. Huuu... Sobsob. Huwaa!! Hu...hu...hu..husin!



ANTIDADAH MELAKA 2009

Nasyid Antidadah peringkat negeri Melaka telah selamat dilangsungkan pada hari semalam, atau dalam erti kata yang lainnya pada 2 Mei 2009. Majlis tersebut telah berlangsung dengan...uh...jayanya? Hehe. Takdenye. Venue pertandingan sama seperti venue pertandingan peringkat daerah. Di shopping complex Melaka Mall. Vogue bukan?

Tapi aku sangka untuk negeri ni event nasyid dapat priority buat dekat pentas utama kat ground floor. Argh! Rupanya nasyid masih dibuat kat kolong bawah tanah Melaka Mall! Argh! Tidak! PA system tyme negeri ni aku tengok serupa je mcm PA system tyme daerah. Tp awat PA mase negeri lagi terok!! Argh! Hu... Ni yang wat aku nak emo ni. Huwa!

Ape salahnye kasi nasyid wat kat pentas utama. Pentas kat ground floor tu ade monitor speaker. Nasyid kan mmg penting nk kene jaga bab2 voicing nih, jadi speaker monitor tersebut adalah sangat2 diperlukan untuk mereka membajet harmoni sore derang. Tapi pentas tu dikasikannya plak kat dikir barat la, sajak la, boria sekolah rendah la, hape2 la. Sebbaek event joget lambak takde. Kalo x joget lambak pon dia buat kat pentas tu.

Padahal kalo pikir2 balek, event2 tu tak pentingkan voicing pon. Takde keje ko nk wat dikir barat ngan boria ramai2, masing2 ada wat part first voice, harmoni, third high, third low, bass la, hape la. Haha, lawak siot. Event2 camtu pakai sore tekak pon ape nak kesah, hahahua. Apekan daya. Nasyid mane vogue di mata masyarakat madani tanpa dadah zaman muasir ni. Dikir barat, sajak ngan boria gak derang pandang. And mungkin joget lambak skali kowt.

Ahha, dala. Perkara da lepas kan. Nk wat cmne. Janji aku enjoy lepak ngan member2 lame sekalian. Siap dapat jumpe ngan Inheart wo! Vogue wo! Aku jumpe artis wo! Wuyo! Bangge siot! Wuyo! Glabah siot.



KEPUTUSAN. JENGJENGJENG

Johan - SMK Munsyi Abdullah
Naib Johan - SMKA Sultan Muhammad
Ketiga - SMA Assyakirin, Selandar


Yup. Sultan kalah. Sutan telah hilang daulatnye. Wooo. Kesian sultan2 zaman sekarang. Sejak sultan2 ditarik kekebalan mereka oleh mantan PM mesia, hampir tiada apa lagi pada mereka. Sultan Melaka pon kalah nasyid. Huu.

Tapi tentang kekalahan Sultan yang merupakan johan daerah, n kemenangan Munsyi yang merupakan naib johan daerah... hm... No komplen.

Performance Munsyi aku tengok mmg bole tahan gempaknye. Formasi ngan gaya derang smart dol! haha. Dua2 lagu derang jenis rancak belaka. Walaupun PA bermasalah tp vokalis2 derang yang maen peranan yang penting esp. solo dapat mic yang oke. So IMHO nasib juga memainkan serba sedikit peranan buat mereka.

Team sultan kali nih...huh. Tataula nk cakap ape. Kesian tgk derang. Dari bawah pentas aku tengok derang pon sampai berkerut2 dahi aku nih. Ha. Kate derang, derang rasa kurang bersemangat untuk event nih. Aish, cmtu plak jadinya! Takkan x semangat kot. Kalo menang gi kebangsaan wo! Dala last time derang gi kebangsaan untuk antidadah taon 2003. Ancient toh. Mase tu aku kecik lg. Darjah 6. Skang da abes SpM da pon. Siap leh menganggur lg tuh. Haha.

Solo derang tak sehat. Kesian sang solo. sakit tekak katanya. Patot la part2 tinggi muke nampak cm....uh...takde pape. Percussion pon nmpk slack mereka part2 tertentu. Part voicing pon sdeh gile2 aku tengok. Tak sebaek tyme daerah. Nk wat camne. Dua vokalis tyme daerah kene substitute. Dua2 atas sebab kesihatan. Hish. Xpe2. Nanti aku dh jadi doktor kang datang jumpe aku yup.

Yang paling xtahan tyme rumusan. Ha? Rumusan?? Pasti geng2 nasyid sekolah luar melaka yang masuk antidadah tertanya2. Yup, inilah keunikan nasyid antidadah peringkat negeri Melaka. Ketika penghakiman peringkat kebangsaan hanya nak tengok nyanyian, kat melaka ni, lps abes lagu 2nd, derang nak tengok kehandalan korang bersyarah/ berpuisi mengupas tentang apa pengajaran yang korang cuba nak bagitau dalam lagu korang. Haha. Uniknya Melaka. Melawat Melaka bererti melawat satu Mesia. Jomla melancong ke Melaka. Huhu.

Masa part rumusan tu, malang sekali. Mike yang dipegang oleh tukang membuat rumusan tak bunyik langsung. Ah hampas! Aku dapat detect at least dua mike x berfungsi tyme buat rumusan tu. Dan lebih menghangatkan suasana - sekiranya anda buat rumusan, markah anda takkan ditambah walaupon 0.0001% pon. tapi kalo anda tak buat rumusan lihatlah gaji anda dipotong. Eh, silap2! Markah anda dipotong...

Sultan buat rumusan kan? So tak kene potong markah kan? Tapi mike x bunyi, so hakim xleh dengar rumusan la kan? So markah tetap dipotong la kan??? Argh! Aku rase cam nak amek gambar PA je tyme tu pas2 upload kat sini. Namun saya x sampai hati nak bertindak sekejam itu. Lagipun nanti PA gak yang dapat publisiti free tanpa saya mendapat apa2 komisen walaupon sesen.

Dala derang cume sediakan 7 mike aje. Dah tau most skul stendet bwk 10 vokalis apala salahnye tambah lagi 3 mike. Ksian aku tengok Assyakirin. Derang bawak 11 vokalis. Tp cuma 7 dpt mike. and ntah bape mike je yg berfungsi dgn betol. Drpd yg aku tengok, paling banyak pon 5 mike je yang ade bunyik. Miskin btol PA melaka nih. Hu sobsobsob. Mintak la mamanda Ali Rustam sponsor PA. Beliau kan kaya dan berjiwa rakyat.

So naseb mereka tidak la baek sangat nampaknya. Namun, tuan2 dan puan2 sekalian... itulah namanya rezeki tuhan. So xpayah la kita komplen2 kan? Aha, lagipun aku tengok persembahan Munsyi lebih memuaskan. Tolak tepi problem PA pon derang banyak oke lagi. Lagu second derang rancak. Lagu second Sultan jenis ala2 jiwang leleh air mata. Hu sobsob. Lagipun lagu second tu derang bawak key rendah. Lagi la boring jawabnye.

Dan buat pertama kali dalam sejarah nasyid Melaka... Sebuah SMK biasa dpt mewakili Melaka ke kebangsaan. Sebelom ni asyik SMKA je. Ada la dua kali SBP wakil Melaka. SMK? Diz is the fes tyme bebeh. Kalo negeri2 laen mmg banyak SMK da pergi kebangsaan. Untuk festival, SMK Bukit Rangin da banyak tahun wakil Pahang. Taun lepas pon yang menang festival nasyid kebangsaan kat Ganu pon SMK gak. SMK Seri Perak. AFU dpt no3 je. Hu...

Nampak la jugak reform pada pihak penghakiman yang tak berat sebelah memihak sekolah2 agama saja lg. Tahniah saya ucapkan. Tulus dari hati.

Papepon, gudluck buat Nahwan Nida' SMK Munsyi Abdullah. Bawak nama Melaka baek2. Korang boleh pegi jaoh. Mantapkan percussion korang okeh. Sudah sampai masanya percussion kat Melaka perlu direform agar Melaka lebih kompetitif ngan negeri2 laen kat peringkat kebangsaan mahupun dlm pertandingan2 open.

Dan jangan bocorkan lagu korang kat internet! Not juz yet. Itula aset berharga korang. Top secret. Kalo negeri2 lain dapat tgk abesla korang. Uploadkan bila event korang kat kebangsaan dah abes. Sementara tu keep it a secret. Kalo ade org tau pun biar orang2 Melaka je yg taw. Oke?

Okeh itu saje rasenye. Tapi...



ADA YANG TERKUCIL??

Ada khabar kurang enak mengatakan ada pihak yang agak kecewa dengan field report saya masa tyme antidadah melaka tengah?? Well, kalo begitu...

Sekiranya ada yang terasa hati ngan tulisan saya, saya susun jari mohon maaf pada korang. Saya pon manusia gak. Saya pon org Melaka gak. Takdelah saya berniat nak menyakitkan hati sesiapa.

Papepon, anggaplah tulisan2 saya di situ sebagai sesuatu yang konstruktif. Tulisan saya yang berbentuk kritikan adalah umum. Tak ditujukan khas buat sape2. Melainkan satu perenggan tu... Aduhai!

Kalo ade student MOZAC yang bace and terasa dgn komen saya terhadap percussion korang. Saya mintak mahap banyak2. Anggaplah ni sbg satu cabaran untuk reform. In terms of lagu, naekkan zaman kegemilangan korang dulu. Skg, insyaallah, tahap bias kehakiman Melaka da berkurangan. Kalo korang dpt ulang balik kegemilangan dulu, sape taw, korang dapat wakil Melaka untuk festival...?

Dan buat sharodz - tiada niat saya menyindir. Saya mmg btol2 simpati dgn pelaburan korang taun ni yg kureng membuahkan hasil. Cuba lagi tahun2 mendatang. Oke...?

Sekian.