Monday, October 7, 2013

Tahun Ketiga

Salam alaykum wa rahmatullah wa barakatuh

Lebih kurng 23 hari dari sekarang, genaplah setahun aku biarkan laman ini bersawang haha.

Betapa pada masa itu aku sangat takut berhadapan dengan exam tahun kedua yang mencabar, juga taku kepada cabaran hidup yang datang bertalu-talu.

Well, apa yang berlaku dalam masa setahun ini, Alhamdulillah, semuanya atas limpah karunia Allah. Haza min fadhli rabbi!

Aku struggle

-atau separuh struggle? macam subjektif saja?-

dalam menghadapi ujian akhir tahun kedua dan Verticle Integrated Assessment (VIA) yang mencengkam. Namun aku kecundang pusingan pertama. Ouch. Maka apa lagi, haruslah aku duduk supplementary paper.

Duduk suplementary paper tidak lah bermakna aku gagal dengan jayanya. Cuma markah aku berada dalam julat 'di hujung tanduk' dan pihak universiti merasakan tidak salah untuk membuka peluang kedua mencuba. Alhamdulillah supplementary paper aku pass dengan jayanya.

Namun pengorbanan harus dilakukan; Akibat perhubungan dengan ex-housemate aku - yang semuanya foreigner - menjadi semakin tegang atas suatu kisah yang tertentu, maka terpaksalah aku bermalam selama seminggu untuk menduduki paper tersebut di hotel. Sakit woo bayar sewa harian dengan harga yang pricy. Masalah betullah ex-housemate aku tu. Tak aman aku dalam musim exam nih. Huhu.

*******

Alhamdulillah. Pass tahun kedua dan mara ke tahun ketiga, telah tiba masa aku mengucapkan selamat tinggal kepada bumi Subang Jaya-Petaling Jaya yang telah aku huni semenjak pertengahan 2009. Tiga tahun setengah woo. Banyak kenangan manis pahit bersama rakan2 Taylors dan Monash di sini. Agak terkilan jugak kerana bagi hemat aku, tiga tahun setengah ni tidak aku gunakan dengan optima untuk mengembara menyelusuri kota raya KL puas-puas sebelum aku akhirnya bakal dilempar jauh-jauh nun di selatan tanah air.

Kini aku di Johor Bahru. Ahh. Betul-betul di pusat bandaraya, di persekitaran Hospital Sultanah Aminah, hospital yang menjadi pusat bagi tahun-tahun klinikal aku.

Lain sungguh suasananya dengan di Subang Jaya-Petaling Jaya dulu. Huhu. Environmentnya. Masyarakatnya. Kehidupannya. Pembelajarannya. Spiritualismanya.

Mungkin aktiviti di hospital aku ceritakan di lain hari? Panjang ceritanya. Sekarang pun aku sudah tiada mood untuk bercerita panjang lebar akan hal itu.

Lain-lain cerita tentang JB pun, mungkin di lain hari.

Tapi aku tempted untuk meluahkan perasaan ini huhu:

Sayang sekali aku tak berkenan sangat dengan grup aku di sini. Ahh. Apa la yang dibuat oleh para admin ketika mereka menetapkan ahli kumpulan ye? Hmm. Belum dikira lagi bahawa aku akan bersama dengan mereka lebih kurang dua tahun. Tidak lama lagi setahun akan berlalu, maka masih ada satu tahun lagi untuk aku menghadapi mereka. Moga aku tabah.

*******

Aku perasan banyak juga perubahan dalam diri ini. Sayangnya aku tak reti nak susun kata kemas-kemas untuk elaborate apa yang aku cuba maksudkan ini.

Takpelah kita kasi slot lain untuk isi perkara ini ok. Haha.

Oklah. Aku harus bersiap-siap. Harus bersedia untuk Peperiksaan Hadiah John Desmond esok. Siapa menang boleh menang seribu Australian Dollar. Wuhu!

Salam alaykum wa rahmatullah.

Tuesday, October 30, 2012

Harapan

Salam alaykum wa rahmatullah.

Aku masih teringat saat aku membuka akaun blog di Blogger ini. Ia berlaku sejurus selepas SPM. Yang pasti ia bukan inisiatif sendiri, sebaliknya lebih kepada hasil "peer pressure" apabila rakan2 SMAPK sekalian masing-masing mahu membuka blog sendiri. Alhamdulillah, peer pressure yang ini adalah peer pressure yang positif! Bukannya seperti peer pressure untuk sama-sama membunuh diri dengan rokok, narkotik, mahupun merempit. Cumanya motivasi untuk terus berkaya itu tidak dapat sustain untuk jangka masa lama. "Kurang istiqamah," bak kata Ustaz Azhar Idurs (maaf aku pakai bantai je quote orang-orang feymes haha). Maka inilah saat-saat rajin aku masih terus berkarya di sini.

Apa motivasi aku kali ini? Peperiksaan. Examination.

Sekarang aku dalam musim peperiksaan akhir tahun. Petang tadi selesai examination klinikal yang berlangsung selama dua hari, Alhamdulillah. Namun perjalanan masih panjang - 5 November ada peperiksaan akhir tahun manakala 7 November pula ada peperiksaan yang menguji pengetahuan yang berjaya dikumpul sepanjang dua tahun.

Dulu aku pernah bicara tentang 'takat lebur' dalam nukilan aku sebelum ini. Dan kali ini isu takat lebur itu benar-benar merisaukan aku.

UPSR kencang. PMR kacang. Tiba-tiba aku mula struggle dan terkapai-kapai untuk SPM (Alhamdulillah rezeki keputusan yang baik bagiku). Masuk foundation, aku tewas dalam perlumbaan untuk primary target - mendapatkan tempat di Med School seberang laut, namun Alhamdulillah result masih cukup bagus untuk Med School di tanah airku sendiri.

Sekarang setelah berada di Med School di tanah air sendiri, takat lebur aku makin jauh jaraknya daripada suhu yang melanda. Theory paper memang menyakitkan kepala. Ketika orang lain semua gembira dengan result masing-masing aku hanya mampu menggelengkan kepala. Suasana study di universiti memang lain dari sekolah dan foundation, dan aku masih tidak mahir dalam bidang itu.

Aku menaruh harapan pada paper terakhir ini. Aku mahu melangkahkan kaki ke tahun berikutnya. Doakan aku agar aku tidak tersadung dek aral melintang di tengah jalan.

Ya Allah bantulah aku.

Monday, July 23, 2012

Percubaan berAndroid

Salam alaykum wa rahmatullah.

Alhamdulillah, ibu saya pemurah orangnya. Aku diberi peluang meminjam gajet Android ini untuk dibawa ke sana ke mari sepanjang bulan Ramadhan ini. Mudwh, ada QuranAndroid application diinstalkan, tak perlu membawa Quran hardcopy yang agak tebal itu ke sana ke mari. Boleh dipasang bookmark sekali.

Sementara itu baru tahu ada apps khas untuk blogspot. Dan inilah percubaan pertama.

Hari ini hari permulaan semester kedua tahun kedua. Tidak banyak perkara luar biasa berlaku. Cuma agak terkejut beberapa colleague bertanyakan khabar tentang kemalangan yang berlaku, walaupun sebelum ini mereka tidaklah begitu rapat dengan aku. Oh ya, kumpulan semester lepas masih dikekalkan.

Di rumah, sku berkenalan dengan dua orang housemate baru, dua orang warga Bangladesh menuntut ACCA di Sunway University.Dan juga roomate baruku, seorang warga Indonesia dari Jakarta, berdarah Ambon

Moga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang bermakna. Amin.

Sekian wassalam.