Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Friday, May 8, 2009

Selsema Chapter Pertama

Salam alaykum...

Dunia akhir zaman penuh pancaroba muasir ini telah menyaksikan perebakan wabak penyakit yang dahsyat amat. Penyakit tersebut dikenali sebagai Selsema Chapter Pertama. Namun oleh sebab nama penyakit tersebut pelik semacam jer, saya ringkaskan nama wabak penyakit yang canggih tersebut kepada nama yang lebey ringkas - "Selsema Bab1"

Namun oleh sebab perkataan "Bab1", bak kata orang puteh, looks retarded, saya ganti nombor 1 yang retarded tersebut kepada huruf i. Maka jadilah ia Selsema Babi. Untuk pengetahuan anda, di kawasan saya, retarded juga dipanggil sebagai "terkejal".

Namun masyarakat saintifik dunia masih menganggap istilah selsema babi tersebut sebagai terkejal. Mereka menganggap Selsema babi adalah nama yang sangat kampong, apatah lagi sangat n00b. X setaraf dengan taraf mereka sebagai saintis dan researchers. Mereka tidak layak dipanggil kampong mahupun n00b. Hanya satu perkataan yang bergaya lagi cool yang sesuai untuk menggambarkan mereka - nerd.

Bukan qeeknurd. Qeeknurd tu sape ntah. Tanya Cawakmok. Mungkin beliau kenal siapakah qeeknurd.

So masyarakat saintifik dunia tersebut pon memberi nama yang canggih untuk strain virus yang menyebabkan selsema babi nih. Virus H1N1. Memang canggih punya nama. Macam kod2 yang selalu digunakan oleh hacker saja. Mahupun...uhm... chess players!

Rook from H1 to N1!


What the...? Where the heck is da friggin N1 square?? And none of the rooks are on H1 you retarded!


Alhamdulillah. Buat masa ini tiada efek merbahaya yang terjadi kat Mesia ini akibat Selsema Babi H1N1 ni. Ketika negara lain dah kelam kabut n gelabah2 camne nak tangani kes H1N1 yang telah muncul di negara mereka, Mesia masih selamat drpd kes ini. kalo tengok Mexico city tu, seperti yang dilaporkan kat media, peh, series kesian wa cakap. They lose 777 million Mexican Peso over there. adala dlm lbeh kurang...uh... tataw la. Haha ikut anggaran adala dalam 50 JUTA HINGGIT SEHARI. Ekonomi mereka betul2 dalam slowdown yang amat sangat akibat H1N1 nih.

Namun dalam keadaan Mesia masih selamat daripada kes selsema babi yang confirmed (setakat ni cuma ade foreigners yang suspected kene H1N1. Ala mat2 saleh yg suka merayap2 keliling dunia tuh), nampaknya kes Selsema Babi ni tetap hangat diperkatakan dalam arena politik Mesia... hah. Politik2.



Aha. Jangan main2. PM Mesia pon prihatin terhadap masalah selsema babi ni. Hahaha. Kata sekularis barat, agama dan politik tidak bisa dicampur adukkan. maka lahirlah doktrin "separation of church and state". Menurut politikus Mesia, nampaknya uh... Politik dan selsema babi bisa dicampur adukkan. Lalu lahirlah doktrin...???

Alahai kamu ni. Mcm tataw je. Kat Mesia ni sume bende boleh dipolitikkan. takde ape yang tidak boleh dipolitikkan. hatta kalo korang tido x pakai baju dalam rumah pon dipolitikkan. Ala, yg kes Elizabeth Wong tu... Padahal bknnye bende blue pon apa yg dia buat tu. Mcm la korang kalo tido waktu petang ke memalam ke, pakai baju cantek2. Yg laki2 pakai sempurna tutup aurat, yg pompuan pon abes pakaian sume tutup aurat. Dh mmg dia nak tido. Dlm rumah dia sendiri, privact la. Privacy? Privacy ko kate?? Hotakmu privacy! Itu namanya politik! Huahuahua. All it takes is some retard to publish all those shit to internet. And some bagero tempeh guy to attack her as committing indecency.

Ingat lagi Islam Hadhari? Haha. Islam Hadhari Terengganu Bestari. ya, itu yang kita mahukan! Now, gantikan perkataan Islam jadi Minda. Gantikan Terengganu jadi Bestari. Jadila Minda Hadhari Insan Bestari. Tadaa! Maka terbentuklah tema bagi Festival Nasyid Sekolah KPM bagi tahun 2008... Kesian nasyid. Nasyid sebagai medan dakwah dijadikan gelanggang berpolitik. Apatah lagi yang bertanding dlm nasyid tu budak2 sekolah belaka.

Hah, dala2. Maleh nak cakap panjang2. Cukup la stakat itu. Go and have fun somewhere else :)

Sekian. Wassalam alaykum...

PS: Heran gak. Nape gune istilah Selsema babi, bukan selsema khinzir?? Bukan dulu kene sensor ke perkataan babi. Kecik2 dulu pon kalo korang cakap babi mesti parents korang censor korang ngan cili padi kan? Penangan PPSMI ke?? hahah

PPS: Khairul Hafidzi Subky (beliau ketua PPS yg berkaliber, berkredibiliti, berakauntabiliti. Disegani sekalian warga SMAPK)

Wednesday, April 22, 2009

Testing!~~

Salam alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Sidang pembaca yg dihormati sekian.

Sekarang dh pukul 1.30 pg. Bagi mana2 manusia normal yg ade keje nk dibuat, mereka akan manfaatkan masa ini sebaek2nya dgn aktiviti plg berfaedah dlm masa cenggini. Apekebendekah itu??

Apalaga. Tido la. Lalala~~

Namun manusia lepasan SpM cam kita ni xsah kalo tido waktu cenggini kan. Apatah lg bg penanam anggur sekalian. Haha, namun malam ni aku boring... Hauargh. Boring menjurus kpd ngantok. Tp nape ak x lelap2 lg ni...?! Sob2 sdey dol x leh nak ngantok. Huaa~~!

So nk ilangkan boring, wa bwat la posting ni! Wahuhua kene ngan aku. Posting paling xde pekdah dlm dunia. Posting plg n00b dlm dunia! Walau papepon, acap lbh n00b drpd posting ini. Acap nub acap nub.

Tp jgn la kejam sgt bai. Haha. Entry kalini xdela sampah sgt. Ni sebenarnye ak tgh testing nih. Ha, testing ape tu? Jengjengjeng.

Posting ini dibuat menggunakan telefon bimbit saya menggunakan kemudahan wireless.

Haha. Nape? Xcaye. Haha. Iye. Btolla. Tulesan ak nampak cam tules pakai keyboard kan? Sume long form je kan? Besenye kalo tules pape pki nset msti shortform je kejenye kan. Tp aku benci tulesan xformal mcm dlm sms tu sbnarnye. Kalo sms je ak guna tulesan camtu. Selain drpd sms, tules baek2. Idop skema~ Idop skema baru la idop bahase rojak. Ha, men hentam. Ntah papela falsafah aku sebut td tu.

Lgpun, xbaek tules shortform ni. Nanti both antiPPSMI ngan proPPSMI xpuas ati ngan aku. Silap haribulan ade ak kene balun ngan both sides smpi lebam2. Cam anwar ibrahim kene balun ngan rahim nor. Xpun cam KJheroku kene balon ngan cekgu plkn aku najib razak.

Ha?! Bile masa KJ kene balon ngan najib??! Ha, skali lagi aku men hentam.

Dalatu. Ponek jarijemari nk menaip gune keypad nset ni weyh. Haha. Wa caw dulu na.

Wassalam. Takbir!

PS: Balun. Bkn balloon taw. Nnti pro ngan anti ngan uncle PPSMI ngan KJ skali turun nk rembat ko kang.

PPS: Pengawas pusat sumber (wa men hentam~! Ni sape nyer style nih??!)

Saturday, April 4, 2009

The Blogging Season

Semenjak SPM meninggalkan kita jauh ke belakang (ke kita yang tinggalkan SPM jauh ke belakang?), aku tengok satu fenomena luar biasa telah menjelma dalam masyarakat bekas penuntut SMAPK 0408 zaman muasir ini... Haha fenomena apakah itu?

Fenomena keluarga bahagia?! Haha bukan, tu tajuk lagu lame SMAPK. Da lapuk dah. Tiada siapa lagi yang sanggup mendengar lagu tersebut, apatah lagi batch 0408 yg sumenye hanya pandai melayan lagu2 indie band saje zaman muasir ini. Hanya peminat tegar lagu2 oldies saje sanggup mendengarnya kini, haha. Sape la tu.

Fenomena pemanasan global?! Haha, mengarut2 saje la kamu ni. Yup, pemanasan global la salah satu sebab mengapa kempen Earth Hour 60 dijalankan seantero dunia kelmarin (er, bile tarikh dia eh, lupe lak). Malaysia pun sambut baik kempen tu. Aku pun off lampu gak mase kempen tu, tapi lampu jela. TV ngan laptop on lagi, huhu. Tapi aku ragu2 kalo ada budak2 SMAPK yg menyambut baik kempen tersebut. Kalo kat dorm tu, selagi kipas tak on no 5, memang tak sah. Pergh, walaupun malam tu sejuk tahap cipan, kipas tetap on no 5. Kesian aku. Mase mula2 sampai SMAPK mase bulan 2 2007, tu la pertama kali aku experience kipas no 5 pada malam yg sejuk tahap menggelatuk gigi. Pagi esoknye, fuh, cramp terus kaki aku walaupun pakai selimut empuk cap koperasi SMAPK yang berkualiti tinggi tersebut. Yela, sebelum ni mane aku reti dok kat asrama nih. Mase kat Sultan Muhammad dulu dok umah je. Malam2 kipas no 3 kira maximum la tu. Aku kan environmentalis. huhuhua. Tak macam budak SMAPK lain. Kalo musim exam tu, ha, memang tak sah kalo takde dorm yg tutup lampu se'awal' kol 3-4 pagi, haha. So isu fenomena pemanasan global sememangnya takde relevan langsung ngan fenomena SMAPK yang ingin saya bentangkan di sini whatsoever. (Wa panjangla perenggan aku ni. Tak sangke aku terel menulis. lalala)

Dahtu, apakah sebenarnya fenomena yang diperkatakan, yang saya omong2kan ini? Omong2 kosongkah? Oh tidak. Fenomena tersebut adalah...


FENOMENA BLOGGING!


Yup, fenomena blogging. Selama cuti ni aku mane reti blogging. Aku cume online kat YM je. Tu pun selalu invisible. Yela, kalo tak invisible kang, asyik2 kene ambush je ngan orang laen yang invisible. Tak aci la. haha.Tapi last2 akhirnya aku mengavailablekan diri aku dan merajinkan diri untuk berchichatting bersama rakan taulan sekalian, tak kira budak2 SMAPK mahupun kenalan2 lain. Dari situ la aku dapat tau betapa banyaknya budak SMAPK yang dah ade blog sekarang...

Antara blog yang aku dapat trace adalah tersenarai di bawah seperti yang berikut...


  1. Blog Khairul Hafidzi Subky
  2. Blog Keruk Sumari
  3. Blog Faiz Kyle XY
  4. Blog Hasnol Jack
  5. Blog Epu Nizam
  6. Blog aku (hahaha)

Haha, yang atas ni hanya list blog yang aku taw setakat ini saja. Rasa2nya banyak lagi tu. Munie Zahari pun ade blog gak, tapi kat frenster aje. Tatau la URL dia. Ada yang baru daftar akaun blogger tapi tak buat blog lagi. Cawakmok da janji blog dia in process. Haha, kepada mereka sume ni - cepat la sket wat blog tu, aku dah tak saba nak bace ni! Huhu.

Dala, setakat ni je la aku tules. Kalo ade sape2 yang tau blog2 graduan SMAPK 0408 yg len, pandai2 la rajinkan diri lapor kat komen aku kat bawah ni, haha.

Ok
Wassalam