Wednesday, November 10, 2010

SAM is over

Salam alaykum wa rahmatullah.

Taylors yang akan aku rindui

Alhamdulillah, setelah lama membanting empat kerat tulang ini di ladang Taylor's, setelah lama pejam celik pejam celik menunggu masa untuk berlalu pergi, habis jugak program Pre-U aku ini. Sekejap aje. Satu setengah tahun berlalu macam itu saja.

Hari ini berakhirnya final exam aku dengan kertas Chemistry, kertas yang paling kencang. Serius kencang. Sebab paper last ni biasanya memang paper yang angker. Pada pecutan terakhir nak habiskan finals ni la tiba2 aku rasa semput, rasa malaslah sangat2 nak study. Macam SPM dulu, punyalah liat nak study PSI; mana taknya, gap paper 4 hari mana la tak rasa malas nk regain momentum study tu. Tapi bezanya Chemistry nih subjek yang killer - either you can do it or you can't. Setelah paksa2 nak study, buat past years paper pada saat terakhir (iaitu 3 jam sebelum finals sebenar hahahaha) n berpsycho dgn classmates lain sampai saturated kepala otak ni, Alhamdulillah smooth jgk nak menulis pada kertas periksa. Tapi macam zaman SPM dulu jugak, ada soklan yg tinggal. Mujurlah tak banyak yang tertinggal.

Overall, dengan rasa teragak2, aku menyimpulkan yang aku agak berpuas hati dengan finals aku. Aku rasa teragak2 ni sebab... kalau kau berpuas hati dengan finals kau, maknenye you work really hard for it. Tapi aku MALAS LAAAA MALASMALASMALAS. Aku banyak botched up aku punya internal assignments. Bile tyme belek2 untuk finals tu, selalu je aku tgk balik papers aku yg gred terok2 tu n aku wonder, "pehal la aku xbuat papers ni leklok". Especially papers maths dgn physhics, papers yang banyak terkorban dengan kemalasan aku. So kalau aku rasa berpuas hati tu macam... haish. Haha. Tapi Alhamdulillah, finals ni aku rasa puas atas faktor "feel good effect". Bile dpt jawab semua soalan tanpa banyak teragak2 masa nak menjawab tu, dan tertinggal soalan sikit2 aje, berbanding masa trials yang mana banyak sangat soklan yang aku tinggalkan lompong, so aku rasa puas hati sebab finals aku tak botched up seperti internal assessments aku yang lain. Resultsnya, tinggal kita usahakan dalam doa kita, dan kita serahkan bulat2 pada Allah.

Kertas2 periksa yang akan aku rindui (esp Maths bahahaha)

Namun bila dilihat dari sudut retrospektif, objektif asal yang aku set sebelum masuk SAM gagal. Kali pertama aku dapat surat tawaran ke Taylors, bila sama2 aku research pasal SAM dengan parents, aku realise SAM ni bukan bende main2. Fifty-fifty marks kau terbahagi pada final exams dengan assignments and class tests kau. Maknenye kene konsisten dalam study, sebab tests akan berjalan secara konsisten setiap masa dan markah akan diambil. Jadual akademik memang dijangka akan sangat2 padat. So dalam pada inilah aku set objektif untuk turut bersama dalam spirit SAM ni - untuk jadi seorang yang konsisten. Tapi hm... aku rasa aku ikut semangat tu pada awal2 semester satu saja kot. Semester2 lepas tu jadi sama aje macam dulu.


Nanti dah masuk degree kena reset balik lah objektif tu. And by that time, objektif tu tak boleh gagal. Otherwise bahananya memang akan terasa. Bukan apa, konsistensi ni bukan setakat untuk study saja. Disiplin diri dalam konsistensi itulah yang sebenarnya sangat2 ditreasured di alam pekerjaan nanti. Soft skills pun satu lagi benda yang sangat2 penting, n of course disiplin belajar akan seiring sejalan pupuk soft skills tu melalui study habits yag tersusun sekali dengan life di luar sana.

Of course, suasana berebut bas nak balik Casa yang akan aku rindui

Dahle. Takde mood nak tulis panjang2. Nk celebrate sket malam merdeka from SAM malam ni! Hahahaha.


Terima kasih aku ucapkan buat family, rakan taulan SAM, seniors ex-SAM, dan rakan2 taulan dari zaman SMAP dan lain2 zaman dalam hidup aku yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung untuk meniupkan semangat study aku menjelang saja finals. Jasa kalian akan aku kenang sentiasa.



Sekian, wassalam.

Saturday, October 9, 2010

Sebulan

Salam alaykum wa rahmatullah.

Sebulan. Boleh jadi 30 hari, ditokok tambah sehari, atau ditake for granted sehari. Masih lagi sebulan ia menjadi.

Signifikannya sebulan adalah, genap sebulan dan sehari yang lalu aku telah melunaskan pos terakhirku. Kini masa telah berlalu. Apakah aku masih mengikuti rentak lama, mengomel2 tentang kelemahan diri yang selalu aku canangkan di saluran ini setiap masa sejak hampir setahun yang lalu? Atau adakah aku telah berubah menjadi manusia yang lebih baik dari semalam dan mengimpikan hari esok yang lebih gemilang daripada hari ini dan semalam?

Aku cenderung untuk memilih yang terdahulu daripada itu. Bukan pesimis, tapi persis2 realiti menyedarkan aku dari tersengguk lena, seperti yang selalu kulakukan dalam kelas semenjak menjejakkan kedua2 telapak kakiku ini ke alam sekolah menengah atas.

Kadang2 aku rasa merosot. Aku hampir terlupa aruhan gelora emosi yang pernah kulalui ketika semester pertama, tapi aku gembira dengan sejarah mampu melepasi IELTS dan ISAT dengan baik menurut standard yang diperlukan. Tapi persediaan mental dan fizikal terhadap cabaran mendatang, bagaikan mencorakkan siapakah aku dalam waktu itu. Seorang insan yang baru tersedar dari lena mimpi, belajar bertatih menurut rentak di arena PLKN, tp tersembam di tengah jalan, tidak tahu apa harus dilakukan seterusnya. Namun tidak adil 100% diri dipersalahkan, kadang2 dunia itu sendiri naturenya sangat kejam.

Tapi aku hamba yang sangat kurang bersyukur kepadaNya. Aku lepas dua ujian getir semester pertama, seharusnya melangkah lebih yakin untuk dugaan semester kedua. Sekali lagi aku tersungkur. Nyatanya diri ini relaks. TERLALU relaks. Aku selalu membayangkan bagaimana mahu memanggil apa yang dikatakan sebagai WILLPOWER. Tidak guna berhasrat berusaha bersungguh2 tanpa WILLPOWER. Kerana tanpanya, takkan datang apa itu usaha. Aku tersembam, hampa semester kedua. Tapi behaviourisme manusia sangat menarik diperhatikan, walaupun aku kurang oportunistik untuk mengeksploitasinya, hanya memerhati dari jauh.

Semester ketiga peluang menebus segalanya, tapi WILLPOWER itu masih lagi suatu misteri buat aku. Aku masih lagi tehuyung hayang. Kini aku benar2 dalam persimpangan jalan.

Suatu lagi signifikan Sebulan menjengah - kini kurang dari sebulan aku akan bertarung dengan finals.

Apa lagi, pecutanlah!

Jangan biarkan sejarah berulang! Jangan biarkan kalam2 George Santayana menghantui hidup kau di masa akan datang, di mana kau akan hanya menyalahkan dirimu dalam lipatan sejarah!

Namun aku masih mengumpul kekuatan. Dalam pecutan masa ini, kadang2 harapan dalam hati tenggelam timbul antara pesimis dan optimis. Konsep oportunis yang aku dambakan selama ini tidak wujud, macamlah aku sendiri menggunapakai konsep oportunis itu selama ini.

Wahai masa yang tinggal kurang dari sebulan ini, belas ehsanlah terhadapku! Jangan lingkupkan aku dalam runtuhan, timbunan kerugian.

Wahai TUHAN yang Maha Esa, Maha Mengasihani, Maha Mengetahui, Maha Pemberi Rezeki, lagi Maha Belas Ehsan, telah nyata bagiku segala ujian2mu bagi menguji ketaatanmu, namun janganlah kau uji daku dengan sesuatu yang tidak dapat kutanggung pada kekerdilan bahuku ini. Wahai yang Maha Penyayang, janganlah kau uji daku dengan kegagalan di finals lantas merintangkan aral di jalan hadapan masa hadapan yang kuhias penuh optimis. Ya Allah, kurniakanlah daku kejayaan ya Allah. Limpahkanlah rezeki straight A20 dalma finals nanti, kurniakanlah daku TER yang melepasi batas 99.5 ya Allah! Terbangkanlah daku ke bumimu di seberang laut sana. Terbangkanlah ke tanah yang engkau lebih berhak dan lebih berhikmah dalam  menetapkannya. Aku berserah padamu, ya Allah, ya Arham ar-Rahimin.

*****

Thanks sahabat sudi mengangkat panggilanku walau selalu terputus. Aku rindu saat2 motivasimu dahulu ketika menghadapi getir SPM. Di saat2 ini, aku rindukan push kamu untuk menghadapi saat penentu itu, membantuku setiap kali bertemu stumble block di hadapan. Engkau di hatiku.

Sekian, wassalam...

Thursday, September 9, 2010

Anekdot Ramadhan, Anekdot Raya

Salam alaykum wa rahmatullah.

***



Petang 30 Ramadhan 2010. Aku bingkas bangun setelah dikejutkan ibuku. Waktunya asar, nyatanya keletihan setelah projek menjaga ungun api masak ketupat dan rendang di laman rumah.

Aku dikejutkan untuk asar dan untuk mengikuti ayah melunaskan zakat fitrah. Setelah 18 tahun ayah hanya mewakilkan aku berzakat fitrah, at least tahun ini tergerak untuk menyaksikan live upacara zakat fitrah. Kata orang, kene la bersiap sedia; umur pun dah besar panjang. Insya Allah, bile dah rezeki study di luar negara nanti, tak kekok pula menjalankan tanggungjawab itu sendiri.

Nyatanya tidak banyak upacara dijalankan. Cuma sekeping wang ayah hulurkan pada amil, dan ayah sebutkan bilangan kepala yang diwakilkan untuk zakat fitrah, serta berapa fidyah yang perlu dibayar untuk tahun itu. Tradisinya, amil yang dijumpai kini banyak sekali ritualnya ketika membayar zakat. Kena jabat tangan, lafaz akad zakat fitrah seolah2 kita ni nak berkahwin pula. Padahal tidak perlu pun semua itu. Sekadar perkara2 tambahan dalam beragama.

Dan ayah bersembang bersama amil, kerana amil adalah orang kampung juga. Dibincangkan isu terbaru yang menggusarkan masyarakat kami.

Dan apa yang aku sedar dari mengikuti ayah ini adalah tanggungjawab. Oke, sekadar menyaksikan ayah membayarkan zakat kepadaku bukan tanggungjawab pun. Bukannya aku yang bayar sendiri.

Tapi aku terimbas kembali 13 tahun dahulu ketika aku berusia mentah setahun jagung. Masih lagi darjah 1. Aku pernah tuntas meluahkan hati pada mama.

"Mama, Hafiz xnak naek darjah dua!"
"Kenapa?"
"Takutlah. Hafiz nanti makin tua,"

Haha. Persoalan di hati bukannya pasal awet muda. Tapi apabila usia makin bertambah, maka kita makin matang. Makin banyak tanggungjawab. Memanglah naek darjah 2 bkn isu besar. Darjah 2 masih hingusan. Tapi tahun2 berikutnya nanti, naik pula darjah 3,4,5. Naek remaja ke sekolah menengah. Belajar di kolej dan universiti. Kerja. Kahwin. Berkeluarga. Tumbuh jadi orang tua.

Aku bagaikan Peter Pan pada saat itu. Tak mahu mengambil tanggungjawab. Ingin terus darjah 1. Namun usia makin beredar. Aku kini harus pikul tanggungjawab. Dosa sendiri pun kenalah pikul, sebab dah baligh. DAh baligh tu, kenalah belajar bertanggungjawab.

Ah, selesai sudah perbincangan. Zakat fitrah pun sudah dibayar. Hafiz, jom kita balik!

***



Petang 30 Ramadhan 2010. Aku teringat hari2 pada masa Ramadhan dan sebelum Ramadhan dalam lingkungan tahun 2010 Masehi. Aku terkenang Ramadhan 2009. Yang mana kerana ikut kata kawan, diri kerugian. Mengukuhkan lagi prinsip tanggungjawab - terhadap prinsip dan objektif dalam hidup sendiri.

Ramadhan 2009. Seorang akhi yang merupakan kepala usrah mengajak kami berqiyam di Masjid Al-Ehsan. Malam itu sudah fasa 10 terakhir Ramadhan.

Prinsip diri goyah. Nk tengok ada member ikut ke tidak. Dan malam itu, malam hari jadi kawan aku.

Kalau nak pergi, timing kene tepat. Kena escape majlis awal untuk transport ke masjid. Tapi majlis x start2. Sebab ada tetamu yang x sampai lagi. Biasanya prinsip buat majlis, kita carry on dulu. Tetamu lambat pun nanti dia sampai juga. Entahlah, organiser nak tunggu semua datang. Ironinya, organiser adalah birthday boy sendiri. Entahlah perkara itu biasa atau tidak, tapi itu kali pertama aku jumpa self-organized birthday party.

Birthday aku katakan sangat awkward. Tapi takpelah, x penting untuk perbincangan.

By the time majlis dah reda (belum full stop lagi) aku ada split second untuk decide - qiyam atau tidak?

Suasana still belum settle down lagi. Aku kalau suasana macam tu, susah nak fikir rasional. Kelemahan diri yang masih cuba aku perbaiki.

Tanya seorang member, pergi tak? Dia berat hati. Malaslah, kata beliau. Member seorang lagi hanya ikut kata member tadi.

Maka tak pergilah qiyam. Sayang, member 1 tu duduk di bilik aku. Zaman itu zaman dia bertandang ke rumah aku.

Dipendekkan cerita, esoknya zahirlah segala jenis tanda yang menunjukkan dengan yakin dan jelas tanpa syak wasangka dalam diri aku ini bahawasanya, malam itu Lailatul Qadar telah menjelma.

Sudahlah tak berqiyam bersama, tak bangun pulak di rumah. Sudahlah aku ini jenis liat bangun.

Melihat tanda2 itu aku menyesal x terkira.

Setelah masa berlalu, aku lihat satu lagi ironi menjelma. Member 1 aku itu semakin giat dalam gerakan. Ada program qiyam, mesti dia pergi. Aku pula tak pergi. Ada beberapa masa dia pula kritik aku kerana selalu escape program2 yang kene bermalam di tempat lain. Antaranya, qiyam lah.

Haish.

***



Petang 30 Ramadhan 2010. Aku menerima mengimbau Ramadhan aku tahun ini. Sepuluh hari pertama, rasanya masa berlalu perlahan.

Haha, ada kata masa rasa perlahan kerana, aku x sabar menunggu masa makan? Aku lepuk karang baru tahu.

Aku rasakan itu suatu rahmat. Kerana semenjak dua menjak ni, aku rasa masa ni menonong je, laju saja meninggalkan kita di belakang - selari dengan janji nabi bahawa pada akhir zaman, masa ini berlalu dengan pantas sekali.

Tapi hari2 kemudiannya mula rasa laju kembali. Kerana pertengahan Ramadhan suda mula banyak assignmen. Haha. Pecutan terakhir internal assesment.

Tapi Ramadhan kali ini aku rasa bermakna. Dapat peluang banyak untuk mengembara. Aku lepak dengan group student yg banyak inisiatif untuk ke sana ke mari. Berpeluanglah kami untuk memakmurkan surau di apartment. Ada hari menapak seberang SUmmit, ke USJ 2. Ada hari ke masjid mewah di seksyen 9. Ada satu hari, dapat peluang bertarawih di Al-Ehsan berimamkan Imam Muda (kalau x silap la).

Dan bagi aku, bazar bukan 100% melampias hawa nafsu makan. Sapa cakap macam tu aku lepuk sekali lagi. Aku lihat peluang itu sbg eskapisme ke tempat yang tidak rutin dan tidak membosankan. Yup, harga naik, so mmg agak bocor poket kadang2. Sape suruh naekkan harga minyak? hahaha.

Yang penting, itu satu bentuk istirahah yang x mungkin dapat dirasai pada bulan lain. DAn mungkin sekali oversea nanti pun tiada pengalaman sebegitu.

Tapi makin lama makin slow aktiviti.

Tp ALhamdulillah, 10 terakhir aku dapat gagah bangun for some days. Xdela bangun kol 3 pon. Around 5am lbeh or kalau lucky 4.45am camtu. Dapat la buat amal sket.

Moga2 hari yang aku ada terbangun itu, dikurniakan Allah bertepatan dengan Lailatul Qadar. Moga2 dengan itu, berakhirlah ironi yang melanda hidupku sepanjang tahun akibat tak bertanggungjawab terhadap diri sendiri itu.

Amin Ya Rabbal Alamin.

***



Petang 30 Ramadhan 2010. Anekdot di atas membuatkan aku rasa Ramadhan kali ini ada sedikit kelainan dalam diri. Walaupun amal x seberapa dan ada yang tergantung2. Baca quran punyalah semangat nak khatam, tp dapat sampai Surah Sad saja. Dan terasa juga hipokrit apabila ada habit yang masih aku xdpt buang Ramadhan ini. Moga2 dapat tebus Ramadhan akan datang.

Amin Ya Rabbal Alamin.

***



Petang 30 Ramadhan 2010. Dah 7pm dah pon. Sat lg dah nak habis dah Ramadhan. Syaitan pun nk beraya dah sat lagi. Aku tengah cucuh pelita di laman. Pelita aku bukan pelita tradisional pun. Setakat batang buluh tu masih kira tradisional lah. Tapi di atasnya kami bubuh gelas. Kemudian kami bubuh air. Kemudian kami bubuh minyak sembahyang Buddha yang dibeli dkt kedai sembahyang Cina. Kami bubuh sumbu yang juga dibeli di kedia sembahyang Cina. Kami cucuh dan yeay! Jadilah pelita raya.

Inovasi tu. Memerlukan kreativiti. Sesuatu perkara yang kontang dalam jiwa Muslimin kini. Haha. Maka itulah tarbiyah Ramadhan. Walaupun lagi 15 minit Ramadhan nak habis, Ramadhan masih sempat mengajar kita satu perkara yang besar. Kreativiti dan inovasi mampu merubah nasib ummah.

***



Petang 30 Ramadhan 2010. Aku terkenang kecil dahulu. Umur tak ingat. Aku kempunan aiskrim. Aku nak makan aiskrim. Dan akhirnya aku dapat aiskrim.

Aku makan aiskrim dengan penuh semangat sambil berlari2 keliling rumah. Lari punya lari, sampailah aku di bilik datuk aku. Datuk aku tengah lepak di meja bacaan.

Aku offer aiskrim kat datuk aku.

Dan datuk menolak seraya berkata "Atok puasa!"

Aku x faham pun apa yang diperkatakan oleh datuk aku. Tapi bila diimbas kembali, itu suatu kenangan yang manis. Kerana itulah kali pertama aku mengenal apa itu puasa.

***

Wallahu A'lam

Akhir kalam, kuucapkan buat semua yang membaca - Selamat HAri Raya Aidil fitri, Maaf Zahir, Maaf Batin.

Happy Eid Mubarak Guys!


morphy anderssen
bukit katil
selepas isya' 1 syawal 2010