Friday, May 8, 2009

Selsema Chapter Pertama

Salam alaykum...

Dunia akhir zaman penuh pancaroba muasir ini telah menyaksikan perebakan wabak penyakit yang dahsyat amat. Penyakit tersebut dikenali sebagai Selsema Chapter Pertama. Namun oleh sebab nama penyakit tersebut pelik semacam jer, saya ringkaskan nama wabak penyakit yang canggih tersebut kepada nama yang lebey ringkas - "Selsema Bab1"

Namun oleh sebab perkataan "Bab1", bak kata orang puteh, looks retarded, saya ganti nombor 1 yang retarded tersebut kepada huruf i. Maka jadilah ia Selsema Babi. Untuk pengetahuan anda, di kawasan saya, retarded juga dipanggil sebagai "terkejal".

Namun masyarakat saintifik dunia masih menganggap istilah selsema babi tersebut sebagai terkejal. Mereka menganggap Selsema babi adalah nama yang sangat kampong, apatah lagi sangat n00b. X setaraf dengan taraf mereka sebagai saintis dan researchers. Mereka tidak layak dipanggil kampong mahupun n00b. Hanya satu perkataan yang bergaya lagi cool yang sesuai untuk menggambarkan mereka - nerd.

Bukan qeeknurd. Qeeknurd tu sape ntah. Tanya Cawakmok. Mungkin beliau kenal siapakah qeeknurd.

So masyarakat saintifik dunia tersebut pon memberi nama yang canggih untuk strain virus yang menyebabkan selsema babi nih. Virus H1N1. Memang canggih punya nama. Macam kod2 yang selalu digunakan oleh hacker saja. Mahupun...uhm... chess players!

Rook from H1 to N1!


What the...? Where the heck is da friggin N1 square?? And none of the rooks are on H1 you retarded!


Alhamdulillah. Buat masa ini tiada efek merbahaya yang terjadi kat Mesia ini akibat Selsema Babi H1N1 ni. Ketika negara lain dah kelam kabut n gelabah2 camne nak tangani kes H1N1 yang telah muncul di negara mereka, Mesia masih selamat drpd kes ini. kalo tengok Mexico city tu, seperti yang dilaporkan kat media, peh, series kesian wa cakap. They lose 777 million Mexican Peso over there. adala dlm lbeh kurang...uh... tataw la. Haha ikut anggaran adala dalam 50 JUTA HINGGIT SEHARI. Ekonomi mereka betul2 dalam slowdown yang amat sangat akibat H1N1 nih.

Namun dalam keadaan Mesia masih selamat daripada kes selsema babi yang confirmed (setakat ni cuma ade foreigners yang suspected kene H1N1. Ala mat2 saleh yg suka merayap2 keliling dunia tuh), nampaknya kes Selsema Babi ni tetap hangat diperkatakan dalam arena politik Mesia... hah. Politik2.



Aha. Jangan main2. PM Mesia pon prihatin terhadap masalah selsema babi ni. Hahaha. Kata sekularis barat, agama dan politik tidak bisa dicampur adukkan. maka lahirlah doktrin "separation of church and state". Menurut politikus Mesia, nampaknya uh... Politik dan selsema babi bisa dicampur adukkan. Lalu lahirlah doktrin...???

Alahai kamu ni. Mcm tataw je. Kat Mesia ni sume bende boleh dipolitikkan. takde ape yang tidak boleh dipolitikkan. hatta kalo korang tido x pakai baju dalam rumah pon dipolitikkan. Ala, yg kes Elizabeth Wong tu... Padahal bknnye bende blue pon apa yg dia buat tu. Mcm la korang kalo tido waktu petang ke memalam ke, pakai baju cantek2. Yg laki2 pakai sempurna tutup aurat, yg pompuan pon abes pakaian sume tutup aurat. Dh mmg dia nak tido. Dlm rumah dia sendiri, privact la. Privacy? Privacy ko kate?? Hotakmu privacy! Itu namanya politik! Huahuahua. All it takes is some retard to publish all those shit to internet. And some bagero tempeh guy to attack her as committing indecency.

Ingat lagi Islam Hadhari? Haha. Islam Hadhari Terengganu Bestari. ya, itu yang kita mahukan! Now, gantikan perkataan Islam jadi Minda. Gantikan Terengganu jadi Bestari. Jadila Minda Hadhari Insan Bestari. Tadaa! Maka terbentuklah tema bagi Festival Nasyid Sekolah KPM bagi tahun 2008... Kesian nasyid. Nasyid sebagai medan dakwah dijadikan gelanggang berpolitik. Apatah lagi yang bertanding dlm nasyid tu budak2 sekolah belaka.

Hah, dala2. Maleh nak cakap panjang2. Cukup la stakat itu. Go and have fun somewhere else :)

Sekian. Wassalam alaykum...

PS: Heran gak. Nape gune istilah Selsema babi, bukan selsema khinzir?? Bukan dulu kene sensor ke perkataan babi. Kecik2 dulu pon kalo korang cakap babi mesti parents korang censor korang ngan cili padi kan? Penangan PPSMI ke?? hahah

PPS: Khairul Hafidzi Subky (beliau ketua PPS yg berkaliber, berkredibiliti, berakauntabiliti. Disegani sekalian warga SMAPK)

Thursday, May 7, 2009

USIM!~

Salam alaykum warahmatullah...
Sidang hadirin yang dihormati sekalian.

Yeyeh! Aku dapat USIM! Medic kat USIM! Walaupun sebenarnye aku mintak Medic UIA, tapi apakan daya. Dapat Medic kat USIM. Haha, ada beza ker? Dua2 medic gak kan? Dua2 ada title universiti Islam kan?? Haha. Yg kat UIA tu Asasi Perubatan. Yang kat USIM nih Tamhidi Perubatan. Pergh, canggeh syot nama! Tamhidi tu. Padahal xde beza pon asasi ngan tamhidi tu.


MASA SAYE KECHIL DAHULU...

Dari dulu lagi aku mengidam nak sambung blaja kat UIA. Maybe sejak aku darjah... 4 ke 5. Hha, bole lupe plak dah. Namun aku maseh muda.

Masa darjah 4 dulu, aku telah mengalami suatu tragedi sedih. Haha sedeh la sgt. Pada suatu hari ma grandma tiba2 tertanya2 pasal sekolah petang. sekolah agama sesi petang. Pagi sekolah kat SK. Petang Sekolah kat SRA JAIM. Ntah cemane grandma aku tersebut tiba2 terpikir pasal sekolah agama waktu petang nih. Dapat ilham dari mimpi kot.

Aku = pemalas. Bese la budak2 zaman skang kan. Alah korang! Ngate aku malas. Korang pon malas gak kan kecik2 dulu. Tau2 nak men gem je. Men kejar2. Men komputer la gameboy la. Digimon la hape la. Haha. So aku mmg tanak la sekolah agama petang nih. Aku rijek awal2. Cukup2 la skolah pagi yg homework banyak macam ya rabbi tersebut.

Nthen, suatu hari. Awal tahun 2001... Tiga orang budak nak gi skolah petang lalu kat sebelah umah aku. Ma grandma yg kemaruk nk postingkan aku ke sekolah petang ni pon tahan la derang. Interbiu. Mcm interbiewer MARA lagaknya. Dan dengan lagak seorang pemain digimon yang sangat pro, mereka menjawab, "Darjah 4 dah masuk dah makcik!"

Maka dengan spontannya ma granma masok umah, soh aku salin baju cantik2. Bwk beg sandang. Of course... bwk pelopak (pencil box da...) skali. And off we go to SRA JAIM Ujong Pasir yang jaraknya amatlah dekat ngan umah granmaku tercinta.

Kat sane without delay aku didaftarkan kt skul tu. Aritu gak start belajar. Walaupun buku teks ngan buku tules satu hape pun takde aku tetap kene mula belaja tyme tu. Dgn memakai baju hape ntah. Yg len sume smart pakai uniform skolah petang. Kecuali...uhm... aku la. Malu gila gaban syot wa cakap sama lu. Dicampur ngan perasaan yang sgt la bengang tiada apa mampu menggambarkannya. Balek umah aku merajuk. Tanak cakap. Pas2 I remember ade hentak/hempas something sbg tanda tunjuk perasaan besar2an. Peh brutal gak aku masa kecik2 dlu ek.

Namun begitu tragedi sdey leleh air mata tersebut menjadi penanda penting dalam sejarah hidop aku. Sejak saat itulah aku terjebak dalam dunia skolah agama... abes UPSR ngan SSRA (sijil sekolah rendah agama) teros ke SMK Agama Sultan Muhammad. Pas2 jadi imigran pg la SM Agama Persekutuan Kajang.

And now... aku dapat tawaran ke Universiti Sains Islam Mesia...


MARA

But of corze, aku KIV dulu la nak tgk MARA nyer result dulu.

Papepon, atas nasihat the honourable Wan Muhd Firdaus, before 15 Mei, kite still kene konpemkan nak terima UPU. As backup plan. But were not obliged to report ourselves 23 Mei nanti. So kalo dapat MARA kita bleh la abandon UPU.

Ah, itu sajela buat masa skang. Take care. Cheer selalu. Selagimana ada masa untuk cheer sebelom masuk alam IPT yang stressful sehingga kehidupan kita rasa cm taik belaka. Ooo... Scary... Selamat menempuh alam IPT.

Wassalam

Saturday, May 2, 2009

Huwa!!!

Kali ini aku ingin menangis sepuas2 ati. Sdeynye. Huuu... Sobsob. Huwaa!! Hu...hu...hu..husin!



ANTIDADAH MELAKA 2009

Nasyid Antidadah peringkat negeri Melaka telah selamat dilangsungkan pada hari semalam, atau dalam erti kata yang lainnya pada 2 Mei 2009. Majlis tersebut telah berlangsung dengan...uh...jayanya? Hehe. Takdenye. Venue pertandingan sama seperti venue pertandingan peringkat daerah. Di shopping complex Melaka Mall. Vogue bukan?

Tapi aku sangka untuk negeri ni event nasyid dapat priority buat dekat pentas utama kat ground floor. Argh! Rupanya nasyid masih dibuat kat kolong bawah tanah Melaka Mall! Argh! Tidak! PA system tyme negeri ni aku tengok serupa je mcm PA system tyme daerah. Tp awat PA mase negeri lagi terok!! Argh! Hu... Ni yang wat aku nak emo ni. Huwa!

Ape salahnye kasi nasyid wat kat pentas utama. Pentas kat ground floor tu ade monitor speaker. Nasyid kan mmg penting nk kene jaga bab2 voicing nih, jadi speaker monitor tersebut adalah sangat2 diperlukan untuk mereka membajet harmoni sore derang. Tapi pentas tu dikasikannya plak kat dikir barat la, sajak la, boria sekolah rendah la, hape2 la. Sebbaek event joget lambak takde. Kalo x joget lambak pon dia buat kat pentas tu.

Padahal kalo pikir2 balek, event2 tu tak pentingkan voicing pon. Takde keje ko nk wat dikir barat ngan boria ramai2, masing2 ada wat part first voice, harmoni, third high, third low, bass la, hape la. Haha, lawak siot. Event2 camtu pakai sore tekak pon ape nak kesah, hahahua. Apekan daya. Nasyid mane vogue di mata masyarakat madani tanpa dadah zaman muasir ni. Dikir barat, sajak ngan boria gak derang pandang. And mungkin joget lambak skali kowt.

Ahha, dala. Perkara da lepas kan. Nk wat cmne. Janji aku enjoy lepak ngan member2 lame sekalian. Siap dapat jumpe ngan Inheart wo! Vogue wo! Aku jumpe artis wo! Wuyo! Bangge siot! Wuyo! Glabah siot.



KEPUTUSAN. JENGJENGJENG

Johan - SMK Munsyi Abdullah
Naib Johan - SMKA Sultan Muhammad
Ketiga - SMA Assyakirin, Selandar


Yup. Sultan kalah. Sutan telah hilang daulatnye. Wooo. Kesian sultan2 zaman sekarang. Sejak sultan2 ditarik kekebalan mereka oleh mantan PM mesia, hampir tiada apa lagi pada mereka. Sultan Melaka pon kalah nasyid. Huu.

Tapi tentang kekalahan Sultan yang merupakan johan daerah, n kemenangan Munsyi yang merupakan naib johan daerah... hm... No komplen.

Performance Munsyi aku tengok mmg bole tahan gempaknye. Formasi ngan gaya derang smart dol! haha. Dua2 lagu derang jenis rancak belaka. Walaupun PA bermasalah tp vokalis2 derang yang maen peranan yang penting esp. solo dapat mic yang oke. So IMHO nasib juga memainkan serba sedikit peranan buat mereka.

Team sultan kali nih...huh. Tataula nk cakap ape. Kesian tgk derang. Dari bawah pentas aku tengok derang pon sampai berkerut2 dahi aku nih. Ha. Kate derang, derang rasa kurang bersemangat untuk event nih. Aish, cmtu plak jadinya! Takkan x semangat kot. Kalo menang gi kebangsaan wo! Dala last time derang gi kebangsaan untuk antidadah taon 2003. Ancient toh. Mase tu aku kecik lg. Darjah 6. Skang da abes SpM da pon. Siap leh menganggur lg tuh. Haha.

Solo derang tak sehat. Kesian sang solo. sakit tekak katanya. Patot la part2 tinggi muke nampak cm....uh...takde pape. Percussion pon nmpk slack mereka part2 tertentu. Part voicing pon sdeh gile2 aku tengok. Tak sebaek tyme daerah. Nk wat camne. Dua vokalis tyme daerah kene substitute. Dua2 atas sebab kesihatan. Hish. Xpe2. Nanti aku dh jadi doktor kang datang jumpe aku yup.

Yang paling xtahan tyme rumusan. Ha? Rumusan?? Pasti geng2 nasyid sekolah luar melaka yang masuk antidadah tertanya2. Yup, inilah keunikan nasyid antidadah peringkat negeri Melaka. Ketika penghakiman peringkat kebangsaan hanya nak tengok nyanyian, kat melaka ni, lps abes lagu 2nd, derang nak tengok kehandalan korang bersyarah/ berpuisi mengupas tentang apa pengajaran yang korang cuba nak bagitau dalam lagu korang. Haha. Uniknya Melaka. Melawat Melaka bererti melawat satu Mesia. Jomla melancong ke Melaka. Huhu.

Masa part rumusan tu, malang sekali. Mike yang dipegang oleh tukang membuat rumusan tak bunyik langsung. Ah hampas! Aku dapat detect at least dua mike x berfungsi tyme buat rumusan tu. Dan lebih menghangatkan suasana - sekiranya anda buat rumusan, markah anda takkan ditambah walaupon 0.0001% pon. tapi kalo anda tak buat rumusan lihatlah gaji anda dipotong. Eh, silap2! Markah anda dipotong...

Sultan buat rumusan kan? So tak kene potong markah kan? Tapi mike x bunyi, so hakim xleh dengar rumusan la kan? So markah tetap dipotong la kan??? Argh! Aku rase cam nak amek gambar PA je tyme tu pas2 upload kat sini. Namun saya x sampai hati nak bertindak sekejam itu. Lagipun nanti PA gak yang dapat publisiti free tanpa saya mendapat apa2 komisen walaupon sesen.

Dala derang cume sediakan 7 mike aje. Dah tau most skul stendet bwk 10 vokalis apala salahnye tambah lagi 3 mike. Ksian aku tengok Assyakirin. Derang bawak 11 vokalis. Tp cuma 7 dpt mike. and ntah bape mike je yg berfungsi dgn betol. Drpd yg aku tengok, paling banyak pon 5 mike je yang ade bunyik. Miskin btol PA melaka nih. Hu sobsobsob. Mintak la mamanda Ali Rustam sponsor PA. Beliau kan kaya dan berjiwa rakyat.

So naseb mereka tidak la baek sangat nampaknya. Namun, tuan2 dan puan2 sekalian... itulah namanya rezeki tuhan. So xpayah la kita komplen2 kan? Aha, lagipun aku tengok persembahan Munsyi lebih memuaskan. Tolak tepi problem PA pon derang banyak oke lagi. Lagu second derang rancak. Lagu second Sultan jenis ala2 jiwang leleh air mata. Hu sobsob. Lagipun lagu second tu derang bawak key rendah. Lagi la boring jawabnye.

Dan buat pertama kali dalam sejarah nasyid Melaka... Sebuah SMK biasa dpt mewakili Melaka ke kebangsaan. Sebelom ni asyik SMKA je. Ada la dua kali SBP wakil Melaka. SMK? Diz is the fes tyme bebeh. Kalo negeri2 laen mmg banyak SMK da pergi kebangsaan. Untuk festival, SMK Bukit Rangin da banyak tahun wakil Pahang. Taun lepas pon yang menang festival nasyid kebangsaan kat Ganu pon SMK gak. SMK Seri Perak. AFU dpt no3 je. Hu...

Nampak la jugak reform pada pihak penghakiman yang tak berat sebelah memihak sekolah2 agama saja lg. Tahniah saya ucapkan. Tulus dari hati.

Papepon, gudluck buat Nahwan Nida' SMK Munsyi Abdullah. Bawak nama Melaka baek2. Korang boleh pegi jaoh. Mantapkan percussion korang okeh. Sudah sampai masanya percussion kat Melaka perlu direform agar Melaka lebih kompetitif ngan negeri2 laen kat peringkat kebangsaan mahupun dlm pertandingan2 open.

Dan jangan bocorkan lagu korang kat internet! Not juz yet. Itula aset berharga korang. Top secret. Kalo negeri2 lain dapat tgk abesla korang. Uploadkan bila event korang kat kebangsaan dah abes. Sementara tu keep it a secret. Kalo ade org tau pun biar orang2 Melaka je yg taw. Oke?

Okeh itu saje rasenye. Tapi...



ADA YANG TERKUCIL??

Ada khabar kurang enak mengatakan ada pihak yang agak kecewa dengan field report saya masa tyme antidadah melaka tengah?? Well, kalo begitu...

Sekiranya ada yang terasa hati ngan tulisan saya, saya susun jari mohon maaf pada korang. Saya pon manusia gak. Saya pon org Melaka gak. Takdelah saya berniat nak menyakitkan hati sesiapa.

Papepon, anggaplah tulisan2 saya di situ sebagai sesuatu yang konstruktif. Tulisan saya yang berbentuk kritikan adalah umum. Tak ditujukan khas buat sape2. Melainkan satu perenggan tu... Aduhai!

Kalo ade student MOZAC yang bace and terasa dgn komen saya terhadap percussion korang. Saya mintak mahap banyak2. Anggaplah ni sbg satu cabaran untuk reform. In terms of lagu, naekkan zaman kegemilangan korang dulu. Skg, insyaallah, tahap bias kehakiman Melaka da berkurangan. Kalo korang dpt ulang balik kegemilangan dulu, sape taw, korang dapat wakil Melaka untuk festival...?

Dan buat sharodz - tiada niat saya menyindir. Saya mmg btol2 simpati dgn pelaburan korang taun ni yg kureng membuahkan hasil. Cuba lagi tahun2 mendatang. Oke...?

Sekian.