Tuesday, February 4, 2014

Tiga Kisah Sedih Zaman SMAPK

Salam alaykum wa rahmatullah

Salah satu legasi yang masih terkesan dalam diri aku sejak zaman2 SMAPK dulu adalah nasyid. Setelah beberapa milenia mengorak langkah mengucapkan 'selamat tinggal' kepada SMAPK, aku masih lagi ambil tahu tentang All For Ummah walaupun aku aku tidak pernah menjadi ahli mereka, juga walaupun aku tak tahu detail sepenuhnya. Ambil tahu begitu2 saja. Apatah lagi pada zaman social networking makin berserakan dalam segenap fabrik kehidupan ini, mudah sahaja perkara sebegini mahu dilakukan. Di Facebook ada page mereka, dikelolakan oleh senior2 oldtimer yang masih setia memberikan sokongan.

Melalui wadah inilah aku dapat perkembangan terbaru mereka yang agak menyedihkan. Akibat kekurangan sokongan yang padu daripada pihak sekolah, AFU kini mengalami period kesusahan. Senior2 masih setia mahu membantu tetapi sokongan sekolahnya tidak di tahap yang memuaskan.

Isu ini sebenarnya tidak ada kaitan pun dengan apa yang aku nak ceritakan... Hehehehe. Cuma bak kata salah seorang member kaki catur aku di JB, isu ini telah "mencetuskan idea2 yang bernas dalam kepala" untuk fikiran aku merewang fokusnya ke zaman aku masih bersekolah di situ... Pernahkah aku ada pengalaman buruk dengan pihak sekolah? He he he.

Beberapa hari yang lalu, hasil daripada menyelami masa silam tersebut, teringat aku tiga kisah sedih semasa zaman SMAPK yang aku attributekan sebabnya kepada pihak sekolah. Izinkan aku bercerita wahai teman dan taulan...

Tapi haruslah aku bubuh disclaimer awal2 di sini: kisah2 ini bukannya aku timbulkan dengan niat buruk untuk buat flame war atau apa2 yang seumpamanya, mahupun untuk mengungkit2. Niatku hanya sekadar menukilkan pengalaman lama aku. Apatah lagi peristiwa2 ini berlaku pada tahun 2007 dan 2008, bersamaan dengan enam-tujuh tahun yang lampau.

**********
Pertama sekali, kisah aku sebagai satu2nya Form 4 baru putera yang tidak terpilih sebagai calon pengawas.

Buat beberapa ketika, telah berlegar khabar berita bahawa SMAPK akan buat pencalonan pengawas baru dalam masa terdekat. Dan pada suatu pagi yang hening, pecah khabar bahawa senarai calon pengawas telahpun ditampal di papan kenyataan sekolah.

Maka seperti biasa berbondong2lah manusia yang bernama pelajar ini mahu melihat list tersebut yang terletak di... Aku pun sudah tak ingat di mana, betapa banyak memori silam yang dah terpadam kan? Hu hu hu.

Apa yang aku ingat, sebaik sahaja berpeluang menatap senarai nama tersebut, aku tatap satu2 mahu melihat ada tak nama aku. Setelah sekian lama, mencari nyatanya tiada nama aku. Orait tak kisah, memang aku tidak berhasrat pun mahu jadi pengawas. Kalau nama aku ada di situ pun, perancangannya aku mahu usahakan supaya diri aku tak jadi pengawas.

Kali ni aku scan semula senarai tu nak lihat siapa yang turut tersenarai. Dan apabila ditatap betul2 senarai itu...

Nyatanya semua Form 4 baru putera ada tersenarai sebagai calon pengawas kecuali aku! Bila dibelek2 aku jumpa nama2 Form 4 baru putera yang lain: Zaimu Messi ada, Adib Aiman ada, Zulfadhly ada, Saiful Imran 'Gon' ada, Aziz 'Tala' Fauzi ada, Faiz Hizzuan ada, Zulkhairi ada, Iqbal 'Qobey' ada, Kamal Abdullah ada, Bukhari ada... dan beberapa nama lain yang aku dah tak ingat sangat hehe. Yang pasti, nama aku tiada... T____T

Sekali lagi harus dinyatakan, aku tak tamak mahu jadi pengawas, malah aku tak merancang pun mahu jadi pengawas. Tapi apabila hanya aku seorang daripada kelompok pelajar2 baru tingkatan 4 yang tidak tersenarai, memanglah aku ras left out sobsob. Namun aku simpan saja perasaan, walaupun seingat aku dalam sehari dua jugak la aku menanggung kecewa dengan perasaan didiskriminasi.

Sekurang2nya setelah tmat pencalonan, hanya beberapa kerat daripada mereka yang sukses menjadi pengawas sedangkan yang lain kekal pelajar biasa macam aku. Sehinggalah sebahagian daripada mereka akhirnya disunting menjadi PPS dan PRS, sedangkan aku kekal pelajar biasa...

**********
Daripada tiga kisah, ini yang paling aku tension sebenarnya: satu2nya pelajar Top 20 dalam batch yang tidak dihantar untuk program Perfect Score SBP.

Zaman SMAPK dulu, aku punya paradigma yang agak berbeza daripada zaman Lower Form mahupun zaman setelah tamat persekolahan. Selain nak capai performance akademik terbaik, aku juga target untuk excel dalam ko-kurikulum (sports aku lemau tp Alhamdulillah aku berpeluang wakil sekolah untuk hafazan MTQ, catur, pertandingan rekacipta & inovasi, kuiz kimia serta beberapa event lain). Juga aku punya cita2 untuk melawat seberapa banyak SBP lain - meluaskan pandangan, lihat bagaimana lifestyle SBP2 lain, kalau bertuah buat networking ngan budak2 SBP lain.

Maka Perfect Score SBP sebenarnya salah satu event yang aku nanti2kan. Program kecemerlangan teknik menjawab soalan SPM edisi 2008 diadakan di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, manakala penempatan pelajar2 lelaki pula di Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya. Ini la namanya, ikut kata orang putih, killing two birds with one stone: event yang mampu meningkatkan kecemerlangan akademik sambil aku dapat meninjau2 dua buah SBP yang dikira glamour (sekolah cemerlang + bangunan sekolah baru + lokasi di kawasan "elit"), dan kalau nasib baik buat networking dgn budak2 pandai drpd dua buah SBP yang glamour ini hehe.

Namun sekali lagi aku kecewa. Sedar2 sekolah sudahpun memilih 20 orang pelajar batch aku untuk program tersebut, dan tahu2 je mereka dah siap packing barang untuk berangkat. Of course aku tidak terlibat. Selama seminggu mereka berprogram di sana, tinggallah aku di kelas dengan bilangan pelajar dalam kelas yang berkurangan. Kebosanan juga mula melanda apabila member2 yang aku kira kamceng dengan aku semuanya join Perfect Score tersebut.

Pabila mereka pulang aku tarik salah seorang, mau diajak bersembang dan tentu sekali untuk meluahkan rasa. Pada peringkat awalnya member aku ni menepis dakwaan aku bahawa aku didiskriminasi sebagai satu2nya pelajar Top 20 dalam batch yang tidak dipilih menyertai Perfect Score. Katanya itu semua dakwaan aku yang tidak berasas dan untuk menyedapkan hati. Tapi setelah kami lepak sembang2 lama sikit, kami berdua menilik satu2 nama semua pelajar yang terpilih untuk berjimba selama seminggu di SAS Putrajaya tersebut dan... ternyata sekali memang betul! Daripada 20 orang pelajar yang pergi, 19 orang merupakan pelajar Top 20 manakala seorang lagi bukan daripada kalangan Top 20 yang kami assume dipilih untuk menggantikan tempat aku.

Nampak tak permainannya tuan2 dan puan2? Sekali lagi aku memendam rasa bengkek di hati selama beberapa hari lamanya... T___T

**********
Kisah ketiga ini sebenarnya tidaklah sedih. Ia merupakan satu revelation yang didedahkan seorang guru pada suatu hari meraikan kegembiraan. Namun apabila sekian lama masa berlalu dan apabila dikenangkan semula perkara ini, mahu tidak mahu terpalit sedikit rasa gurisan berkecil ahti di sanubari. Tidaklah besar kekecewaannya, tetapi ada sedikit sisa2nya, yang mendorong aku untuk tertanya2 apa sebenarnya yang telah berlaku selama dua tahun aku berpijak di bumi itu sehingga pihak sekolah memandang remeh aku dari sudut pandang akademik.

Alhamdulillah, hari kegembiraan yang dimaksudkan itu adalah hari mengambil result SPM. Teringat lg masa itu aku baru fresh seminggu keluar PLKN dan terus dihadiahkan dengan pemberian slip result SPM dalam masa seminggu. Dengan penuh debaran menanti result SPM Alhamdulillah aku dikhabarkan dengan khabar gembira mendapat result cemerlang 11 A1. Ya tuan2 straight A1. By the way interesting to note bahawa SPM tahun 2008 adalah tahun terakhir gred A1 A2 B3 B4 diletakkan, tahun 2009 dan ke atas semuanya A+ lah, A biasa lah, A- lah, dan sebagainya.

Dalam kegembiraan mengambil result itu kami keep in touch dengan member2 lain sekali. Seronok, setelah tiga bulan lebih tidak berjumpa. In the end, total sekali semuanya ada enam orang drpd batch kami yang mendapat straight A1.

Track record SPM batch kami ni boleh dikatakan kurenggg sket. Out of the six, tak silap aku lima lelaki, seorang perempuan. Juga daripada enam orang tu, akulah satu2nya Form 4 baru... Ramai student lain yang kurang bernasib baik, yang memang kami satu batch target mendapat straight A1 tetapi tiada rezeki. Tak mengapalah kisah lama, lagipun SPM jer pun... Mereka2 yang tak straight A1 malahan yang tak straight A pun sekarang ni masing2 dah bertebaran di muka bumi, ada yang oversea, berjuang mencapai cita2 mereka dalam bidang2 professional masing2.

The main point behind this story adalah apabila kami berjumpa dengan guru Bio kami yang juga merangkap guru peperiksaan. Dalam banyak yang kami bualkan, beliau telah mendedahkan sesuatu kepada aku: "Tahniah Hafiz atas pencapaian awak! Kami sangat berbangga. Sebenarnya awak satu kejutan buat kami kerana awak bukan salah seorang yang kami target sebagai calaon straight A1."

Haha itu je ceritanya. Seperti yang aku katakan, it's not a big deal. The fact bahawa aku mendapat 11 A1 adalah sesuatu yang sangat2 aku syukuri, bertitik tolak daripada itu macam2 aku dan keluarga usahakan untuk rancang masa depan, mohon scholarship dan lain2.

Cuma macam aku cakap lah, bila dah lama2 masa berlalu, bila terfikir pasal bende ni, kadang2 rasa semak perut jugak lah. Atas dasar apa aku tak terpilih sebagai calon straight A1? Adakah semata2 kerana akademik ataupun ada faktor2 lain? Adakah sangkut paut dengan faktor2 yang menyebabkan aku tak dapat pergi Perfect Score jugak?

**********

Begitulah adanya kisah2 tersebut, yang dalam hati kalau teringat serba sedikit terkesan dan aku attributekan kepada pihak sekolah. Mungkin kalau dibongkar kisah2 ni balik sedalam2nya ada hikmah di sebalik semua kejadian itu. Tapi takpelah, biarkan ia berkubur. Yang pasti setelah sekian lama, aku nukilkan ia di sini sebagai sebuah kenangan suatu zaman yang tidak akan mungkin muncul tiba kembali, iaitu zaman remaja dan zaman persekolahan...

Sekian dahulu. Wassalam alaykum wa rahmatullah. 

3 comments:

Mohammad Farid Ismail said...

xpe piz. ak dulu pun di underestimate jgk. aku bukan prospek 9A pun sbbkan BI aku noob gila. Maybe, manusia lebih menilai melalui perlakuan hero. on the bright side, ko buktikan ko terbaik. kami classmate dah bleh agak kot ko akan straight A. maybe cikgu nak pandang students ramai. analoginya, andai kita diibaratkan helikopter tak mampu melihat semut dia tanah namun manusia yang tinggal di atas bumi insyaAllah nampak. :)

Mohammad Farid Ismail said...

melalui nilai luaran*

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)