Thursday, April 14, 2011

Minggu 7

Salam alaykum wa rahmatullah

Kali terakhir menulis rasakan bagai seabad yang lalu. Rupanya baru dua bulan yang berlalu.


Dulu dengan sakannya aku ceritakan aku bakal jadi warga Monash cawangan Malaysia. Sekarang, Alhamdulillah, sudah masuk Minggu 7 bagi semester pertama, aku dengan rasminya jadi pelajar perubatan di sana. Itu tidak termasuk seminggu berorientasi - 2 hari di kampus, 3 hari di Genting Highlands.

Malahan, minggu depan cuti. Cuti pertengahan semester. Cuti panjang pertama sejak berada di Monash.

Mungkin di kesempatan lain aku akan coretkan serba sedikit panjang lebarnya asam garam pahit maung masam manis kehidupan di sini. Di sini cuma ingin ceritakan bahawa, aku rasa bertuah dapat masuk ke sini. Apabila anda dapati anda minoriti di sesuatu tempat, anda harus sedar bahawa anda telah dikurniakan tuah yag tidak didapati dengan mudah oleh orang-orang lain. Syukurilah tuah yag telah dikurniakan itu.

Buat masa sekarang, belum padat lagi jadual. Semester 1 memang semester lepak, sepertimana lepaknya kami dalam semester pertama SAM. Ya, semester SAM yang lepak yang menjerumuskan ke lembah kerugian, haha. Tak mengapalah, kita kuburkan saja kisah lama ya.

Buat masa sekarang aku hanya mampu simpati dengan jadual senior kami. Terbeliak mata melihatnya. Kadang-kadang rasa mahu tertelan air liur yang tiada di mulut, apabila mengenangkan kami akan terima nasib yang sama tahun hadapan. Bak kata orang putih, "better buck up and brace yourself!"

Apa-apa pun Alhamdulillah. Standard yang aku perhatikan di sini cukup memuaskan hati yang tak berapa nak demanding sangat ini.

Cukup la dulu setakat ini. Nak tulis panjang-panjang pun, lusa kami ada First Aid test. Hands-on experience, bukan test yang boleh main tembak-tembak di kertas MCQ.

Apa-apa pun, doakanlah kejayaan bagiku, dan bagi semua yang berada di sini.

Wassalam alaykum wa rahmatullah.

Jarang pos sesuatu yang tidak berjela-jela. Short and sweet.

0 comments: