Salam alaykum wa rahmatullah.
Krisis yang melanda Mesir sekarang agak membimbangkan. Usaha murni rakyat Mesir untuk melepaskan diri mereka daripada belenggu kediktatoran amatlah dipuji dan disanjung tinggi. Namun dalam pada itu, secara langsung perkembangan politik ini memberi impak kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana secara umumnya, dan khususnya buat keselamatan ex-students SMAPK yang berada di sana. Apatah lagi batch kita ini sememangnya sangatlah ramai yang melanjutkan pelajaran ke sana.
Dari satu sudut, agak membanggakan bahawa Hafiz Bohari dan Izwan Isa (batch Form 5 2004 SMAPK) masuk TV3 dalam wawancara tentang perkembangan di sana. Namun perkembangan itu bukanlah perkembangan yang baik. Kedua-dua mereka menceritakan suasana yang kelam kabut akibat krisis yang berlaku di sana. Pelajar luar negara terasa seolah-olah tersepit dalam suatu krisis yang tidak melibatkan diri mereka.
Apa-apa pun, Alhamdulillah, pelajar-pelajar Malaysia kini sudah beransur-ansur dievakuasikan ke Malaysia. Ada yang sudah selamat pulang ke tanah air, ada yang masih berada di Jeddah. Apa-apa pun, syukur kerana mereka tidak apa-apa.
Kepada mereka yang telah selamat tiba di Malaysia, pastinya anda sudah berlapang dada. Sudah terlepas dari kesusahan, cuti di Malaysia pun panjang. Ada khabar mengatakan Al-Azhar dicutikan selama setahun(!) dan universiti lain ada yang menjangkau sehingga 3 dan 6 bulan. Nasihat kami, manfaatkanlah masa yang sangat lapang yang berada di dalam tangan anda itu. Jangan sia-siakan dengan membiarkan ia berlalu, atau lebih teruk, dilaburkan untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, malahan mungkar. Pernah terbaca suatu pepatah Arab, tak ingat pula wording asalnya di dalam Bahasa Arab, namun terjemahannya secara kasar lebih kurang begini: "Musuh bagi tenaga pemuda adalah waktu lapang".
Bagi yang masih di Jeddah mahupun masih belum dapat keluar dari bumi Mesir, tanamkanlah setinggi-tinggi sabar dalam diri anda. Apa saja kesusahan yang dihadapi, ingatlah bahawa itu suma tidak lain cuma ujian yang diberikan Allah kepada setiap hambanya, dan Allah tidak sekali-kali membebankan kita dengan ujian, melainkan ujian itu sememangnya pada taraf yang mampu kita tolerate.
Sambil-sambil itu, quoted from seorang ulama terkenal Dr Asri Zainul Abidin, jadilah seorang "pemerhati yang tajam" dalam mengambil tahu dan menganalisis krisis yang berlaku di Mesir. Tidak selalu anda berada dalam lapangan, 'live' dalam sebuah peristiwa besar yang bertaraf antarabangsa! Walaupun anda tdak turut serta turun bersama-sama rakyat Mesir (kalau diikutkan, walaupun ada pro dan kontra, ada saja sesetengah ulama yang sebenarnya sangat menuntut para pelajar untuk turun sama protes dengan rakyat Mesir atas dasar ukhuwah Islamiyah tanpa mengenal sempadan negara, jangan terkejut pula!)sekurang-kurangnya itu satu pengalaman yang anda rasai dalam keadaan 'live', sebuah pengalaman berharga dalam hidup anda.
Dalam kesempatan ini, marilah kita bersama-sama menyemai attitude ambil tahu terhadap perkembangan di Mesir ini, atas semangat solidariti kita kepada mereka, apatah lagi mereka ukhuwah seagama dengan kita, dan perjuangan mereka ini sebenarnya saangat memberi impak secara langsung kepada nasib umat Islam di Palestin.
Rajin-rajinlah check Google untuk berita terkini. Manfaatkanlah Facebook dan Twitter untuk update dan menyebarkan berita perkembangan terkini tentang krisis tersebut.
Di kesempatan ini saya ingin introduce Google Realtime, yang mengupdate berita secara live dari internet. Boleh gunakan untuk dapatkan berita terkini tentang Mesir. Taip saja 'egypt' nanti keluarlah resultnya.
Juga kepada SMAPKians yang belajar di Mesir dan dapat akses internet, update2lah selalu perkembangan korang ye.
Akhir kalam, bersama-samalah kita doakan kesejahteraan rakyat Mesir, rakyat Malaysia, dan umat Islam keseluruhannya.
Sekian, wassalam alaykum.
0 comments:
Post a Comment