Salam alaykum wa rahmatullah.
Sebulan. Boleh jadi 30 hari, ditokok tambah sehari, atau ditake for granted sehari. Masih lagi sebulan ia menjadi.
Signifikannya sebulan adalah, genap sebulan dan sehari yang lalu aku telah melunaskan pos terakhirku. Kini masa telah berlalu. Apakah aku masih mengikuti rentak lama, mengomel2 tentang kelemahan diri yang selalu aku canangkan di saluran ini setiap masa sejak hampir setahun yang lalu? Atau adakah aku telah berubah menjadi manusia yang lebih baik dari semalam dan mengimpikan hari esok yang lebih gemilang daripada hari ini dan semalam?
Aku cenderung untuk memilih yang terdahulu daripada itu. Bukan pesimis, tapi persis2 realiti menyedarkan aku dari tersengguk lena, seperti yang selalu kulakukan dalam kelas semenjak menjejakkan kedua2 telapak kakiku ini ke alam sekolah menengah atas.
Kadang2 aku rasa merosot. Aku hampir terlupa aruhan gelora emosi yang pernah kulalui ketika semester pertama, tapi aku gembira dengan sejarah mampu melepasi IELTS dan ISAT dengan baik menurut standard yang diperlukan. Tapi persediaan mental dan fizikal terhadap cabaran mendatang, bagaikan mencorakkan siapakah aku dalam waktu itu. Seorang insan yang baru tersedar dari lena mimpi, belajar bertatih menurut rentak di arena PLKN, tp tersembam di tengah jalan, tidak tahu apa harus dilakukan seterusnya. Namun tidak adil 100% diri dipersalahkan, kadang2 dunia itu sendiri naturenya sangat kejam.
Tapi aku hamba yang sangat kurang bersyukur kepadaNya. Aku lepas dua ujian getir semester pertama, seharusnya melangkah lebih yakin untuk dugaan semester kedua. Sekali lagi aku tersungkur. Nyatanya diri ini relaks. TERLALU relaks. Aku selalu membayangkan bagaimana mahu memanggil apa yang dikatakan sebagai WILLPOWER. Tidak guna berhasrat berusaha bersungguh2 tanpa WILLPOWER. Kerana tanpanya, takkan datang apa itu usaha. Aku tersembam, hampa semester kedua. Tapi behaviourisme manusia sangat menarik diperhatikan, walaupun aku kurang oportunistik untuk mengeksploitasinya, hanya memerhati dari jauh.
Semester ketiga peluang menebus segalanya, tapi WILLPOWER itu masih lagi suatu misteri buat aku. Aku masih lagi tehuyung hayang. Kini aku benar2 dalam persimpangan jalan.
Suatu lagi signifikan Sebulan menjengah - kini kurang dari sebulan aku akan bertarung dengan finals.
Apa lagi, pecutanlah!
Jangan biarkan sejarah berulang! Jangan biarkan kalam2 George Santayana menghantui hidup kau di masa akan datang, di mana kau akan hanya menyalahkan dirimu dalam lipatan sejarah!
Namun aku masih mengumpul kekuatan. Dalam pecutan masa ini, kadang2 harapan dalam hati tenggelam timbul antara pesimis dan optimis. Konsep oportunis yang aku dambakan selama ini tidak wujud, macamlah aku sendiri menggunapakai konsep oportunis itu selama ini.
Wahai masa yang tinggal kurang dari sebulan ini, belas ehsanlah terhadapku! Jangan lingkupkan aku dalam runtuhan, timbunan kerugian.
Wahai TUHAN yang Maha Esa, Maha Mengasihani, Maha Mengetahui, Maha Pemberi Rezeki, lagi Maha Belas Ehsan, telah nyata bagiku segala ujian2mu bagi menguji ketaatanmu, namun janganlah kau uji daku dengan sesuatu yang tidak dapat kutanggung pada kekerdilan bahuku ini. Wahai yang Maha Penyayang, janganlah kau uji daku dengan kegagalan di finals lantas merintangkan aral di jalan hadapan masa hadapan yang kuhias penuh optimis. Ya Allah, kurniakanlah daku kejayaan ya Allah. Limpahkanlah rezeki straight A20 dalma finals nanti, kurniakanlah daku TER yang melepasi batas 99.5 ya Allah! Terbangkanlah daku ke bumimu di seberang laut sana. Terbangkanlah ke tanah yang engkau lebih berhak dan lebih berhikmah dalam menetapkannya. Aku berserah padamu, ya Allah, ya Arham ar-Rahimin.
*****
Thanks sahabat sudi mengangkat panggilanku walau selalu terputus. Aku rindu saat2 motivasimu dahulu ketika menghadapi getir SPM. Di saat2 ini, aku rindukan push kamu untuk menghadapi saat penentu itu, membantuku setiap kali bertemu stumble block di hadapan. Engkau di hatiku.
Sekian, wassalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
chill lah.
ak doakan ko berjaya pis.
Post a Comment