Ak dah pernah pos bende ni kat Facebook skdr repost di sini untuk audience lain pula. Suatu catatan bersempena insiden serangan ketenteraan Israel ke atas Mavi Mrmara dan kapal2 lain dalam Freedom Flotilla untuk misi Lifeline4Gaza.
_____________________________________________________________________________
Menurut Syeikh Imran Hossein, kekejaman2 Yahudi ( salah satunya adalah serangan ke atas Freedom Flotilla) akan menimbulkan kemarahan antarabangsa. Kita telah lihat komuniti antarabangsa pelbagai negara, fahaman, agama, bangsa dan budaya mengutuk tindakan Israel tersebut.
Kemudian apa?
Serangan Freedom Flotilla ini cuma salah satunya. Akan berlaku lagi pelbagai peristiwa yg dahsyat melibatkan kekejaman Israel. Boleh jadi kekejaman dahsyat itu terjadi pada masyarakat Palestin yang tertindas ataupun pada masyarakat antarabangsa juga. Wallahu a'lam, Allah lebih mengetahui apa yg terjadi in the future.
Hal ini akan menimbulkan lg kemarahan masyarakat antarabangsa. Pada ramalan Syeikh Imran Hossein, dunia Arab yang terdiri mainly daripada jiran2 Israel iaitu Mesir dan Jordan yg akan bangkit dgn kemarahan membuak2 pada Israel. Kemarahan majoriti rakyat Arab thdp Israel memaksa kerajaan2 Arab mengeluarkan kenyataan terbuka untuk menentang Israel.
Israel sbg pemegang PhD dalam bidang 'propaganda', akan menggunakan alasan membela diri untuk menggunakan kekuatan tenteranya bg mengatasi serangan oleh negara2 tersebut. Ingat, kekuatan ketenteraan Israel bukan calang2. Jumlah plant pembinaan senjata nuklear di negara sekecil Israel itu jauh lebih banyak drpd senjata nuklear di negara2 seperti Perancis dan sekutu plg rapatnya Amerika.
Israel akan mempamerkan kekuatan militarinya yg 'spectacular', kata Syeikh Imran. Pada hematnya, tentu sekali kekuatan nuklearnya digunakan, mungkin. Israel akan menang.
Sepertimana kekuatan ketenteraan yg spectacular oleh Amerika pada World War II dan akhirnya beroleh kemenangan, Amerika seterusnya menjadi kuasa besar dunia.
Maka dengan kemenangan itu, Israel diramalkan akan mengambil alih tampuk Amerika sebagai kuasa besar dunia....
Itu ketenteraan. Belum lagi ekonomi.
Wall Street di Amerika sbg pusat kewangan dunia, menjamin kedudukan Amerika sbg kuasa besar dunia, dalam pada mana matawang US Dollar menjadi standard satu dunia.
Seperti yg diketahui (apatah lg oleh ahli2 ekonomi) sistem kewangan berasaskan wang kertas hari ini penuh dgn penipuan. Apatah lg sistem kapitalis yg menggerakkan ekonomi juga tidak akan dapat sustain itself dan akhirnya akan jatuh. Cuba kaji matawang rupiah Indonesia dan Lira Turki. Kedua2 matawang ini jatuh mendadak dan lihatlah apa terjadi pada sosioekonomi negara2 tersebut. Perhatikan tahap inflasi yg berlaku di Zimbabwe dan pa kesannya pada sosioekonomi Zimbabwe. Sungguh dahsyat kalau dikaji kes Zimbabwe yg unik itu.
Dipendekkan cerita, matawang US Dollar AKAN runtuh. Collapse. Matawang standard satu dunia tersebut akan jatuh tersungkur menyebabkan ekonomi dunia sama2 tersungkur. Melalui chain of events yg dirancang oleh Zionis dan mentor mereka (siapa lagi kalau bukan Dajjal!??)...
Israel akan menggantikan Amerika sbg kuasa ketenteraan terulung dunia dan menjadi pusat kewangan dunia.
Israel akan jadi kuasa besar dunia.
....
Al-Masih ad-Dajjal akan muncul ke dunia dan diramalkan akan menjadi pemimpin negara Israel ini tatkala Israel berjaya memegang tampuk kuasa besar dunia.
Israel menjadi kuasa besar dunia? Dajjal memimpin Israel sbg kuasa besar dunia? Oh, tidak hairanlah Rasulullah bersabda bahawa fitnah paling besar akan melanda umat manusia bermula daripada nabi Adam hinggalah hari kiamat nnti adalah Dajjal!! Tidak hairanlah Rasulullah mengajar kita agar meminta perlindungan Allah drpd fitnah Dajjal dlm doa seharian kita.
....
Ya, Israel akan bangkit sbg kuasa besar dunia. Ini bkn omong kosong. Ini adalah SUNNATULLAH sbg chain of events rentetan akhir zaman sebelum berlakunya Hari Pembalasan yang Pasti.
....
Serangan terhadap Freedom Flotilla is only the beginning.
***
Artikel ini tulisan secara ringkasan. Maklumat lanjut, dengarkan ceramah Syeikh Imran Hossein yg lebih detail di Youtube:
Pengenalan:
http://www.youtube.com/watch?v=vgNfKTcbH00
Ceramah ttg Dajjal:
http://www.youtube.com/watch?v=eS-6Sx2bgkI
Saksikan hingga habis (Part 1-10)
Isi lebih kurang sama tapi ada input extra:
http://www.youtube.com/watch?v=9ExagLarIsg
Saksikan hingga habis (part 1-15)
0 comments:
Post a Comment