Salam alaykum wa rahmatullah.
Wah nmpk gye ramai da xpuas ati aku xhapdet. Masing2 cam nk riot sbb xpuas ati aku biokan blog nih bsarang. Walaupon (kalo korg btol2 riot la kan) aku terharu sbb korg sanggup riot demi aku, sedangkan zaman2 penoh pancaroba nih korang boleh riot sbb kes bom gereja ataupon harga gula naik,aku putuskan xnak menimbulkan anarki la. So meh sini aku bwk cite bru. hehe.
Arini 17 Februari. Sari berita terkini. Meh sini aku nk bwak cite aku melancong gi Singapore. 30 disember 2009 - 2 januari 2010 yg lalu.
DAY 1
Bersempena da bosan lepak umah sempena cuti panjang yg ngalahkan budak2 skolah, family aku pon chow la gi Singapore. Bak kata org, untuk mengisi masa lapang la kan. Masa itu emas, xbaek tabur2 tepi jalan. So 30hb pagi kitorang pon chow naek honda gi umah sedara kat Senai. Singgah R&R beli 'anything edible' (bak kata cawak setiap kali nk pau makanan kat aku).
Sampai Senai singgah la kedai pebende ntah, da lupa nama. Best gle makanan dia, hingga menjilat cagu di kaki. Hish xsenonoh cite psl cagu kat kaki, bknnye aku ade cagu pon kat kaki. Hauha. Tp rumate teles aku mmg ade cagu di kaki. Smgt men ragbi zaman mude2 dulu kat Saser. Nyata sekali ramai yg ade cagu di kaki. Bkn cawak sorang saje.
Singgah di umah Maksu aku di Senai, kitorg pon transit ler nek teksi milik jiran sebelah umah maksu aku tu. Teksi beliau tgh digunakan org len, but it doesn matter sbb kitorg naek kete peribadi dia. Excited sbb first tyme nk gi Singapore.
Jalan jem. Sampai di kastam, ternampak ler Jambatan Bengkok yg menjadi sumber inspirasi perbalahan antara Paklah ngan Tun Mahathir. Cerita zaman lampau tuh. Skang nih pembinaan jambatan tu dh diteruskan.
Melepasi kastam Mesia, kami pon lalu la tambak. Nmpk paip yg menyalurkan air dari Mesia ke Singapore. Lps kastam Singapore yg teramat la ramai umat manusia, akhirnya official la kami menjejakkan roda keta kat bumi Pulau Temasik. Mesej from Maxis bertubi2 masuk nset menyambut kdtgn aku kat sne. Network bertukar dari My Maxis jadi Singtel. Kos SMS ke Mesia bertukar dari seposen jadi sehinggit, begitu juga kos calling menjadi RM5.00 semenet.
Pemandu paling taiko kat Singapore pon memandu pada kelajuan 90 km sejam. Wa mmg tabik spring sama meka. Hehehe. Selang beberapa tiang lampu tercegat kamera polis. Kalo ade bran pecut la lbeh 90. Sampai saman tiada maaf bagimu. Bole difahami kenapa pemandu sne sume tensen. Ble masuk je highway Mesia, drg lepas tensen dgn kadar kelajuan minimum 140 km sejam.
Sampai bando kami tersesat sebentar, tp xlame kendian sampai ler kat Hotel Hangout kat Mount Emily, entry masok dkt Sophia Road. Sesampai di sana testing la speed wireless dia.
result speedtest singapore yg dipos di facebook aku, diikuti komen2 bernas terhadap Streamyx. hauha.
Sememangnye kat dalam Singapore, on the road ketika tgh sesat aku sedar yg, kt mne2 ko lepak, mmg bersepah2 wireless kt Singapore nih, walaupon kt tempat yg plg ceruk.
Pada malamnya bersiar2 di Orchard Road. Pg tourist centre mintak nasihat on transportation. Best, tourist centre ade mesin urut kaki. Bersiar2 lg, pg MRT station. Bersiar2 lg, nmpk mcm2 kedai. Ada kedai makan, kedai shopping, kedai itu, kedai ini, kedai toy sex... Sumpah xtipu. Pas2 makan kedai Indon. Sedap wo. Tp mahal.
Balik hotel tido.
DAY 2
Bgn pagi2, pg makan2 kat Tekka Market, berselirat makanan mamak n padang. Makan nasi Rawon yg best. Chow nek teksi pg Singapore Science Centre.
Kat sne tgk pameran Body World yg femes tuh. Tabole amek gamba. Mase aku amek gamba kene ambush ngan org yg jaga pameran tu yg pakai baju bese. Siot tol. Kat Singapore ni polis pon pakai baju preman jer. Sape buat salah nasib la kene tahan.
Tgk cinema IMAX. Kat mesia xpnh tgk kat Times Square, kt Singapore dpt gak tgk. Dokumentari Wildlife. Voice over Jim Carrey.
Juga melihat demonstrasi Tesla Coil yg menarik.
Juga melihat pameran2 lain
simulasi taufan
cop mohor Singapore Science Centre
Pada petangnye insiden yg mentensenkan berlaku. Xde teksi. Kat Singapore kene beratur kalo nk dpt teksi. Kitorang beratur la tp harem sume org x tunggu teksi. Derang BOOKING teksi. Lame kitorg tunggu kat depan line, tp last2 org belakang line yg dpt teksi. Sbb derang booking. Sbb kitorang x booking. So bpk aku pon booking la satu. Akhirnya dpt gak.
Xbalik hotel, pg Eye of Singapore. X best. Dlm kabin ade muzik, kalo nk dgr penerangan dia kasi walkie talkie yg bulky. Dalam kabin ade peta nk tgk direction. Satu tgn pegang peta, satu pegang walkie talkie yg bulky, tgn mne plak nk pegang kamera? Pegang pakai ibu jari kaki?
Dalam kabin kami pon byk kanak2 bwh umur dan bawah kematangan. Kerja mereka adalah meyebarkan ketidakmatangan dgn membuat bising sesuka hati.
Xpela, pengalaman di negara orang.
cabin yg xbest. tgk tgn aku jenuh pgg barang sane sini.
DAY 3
Kalau di Mesia, tmpt yg paling digemari Fikhri Sumari dalam dunia ini pasti sekali Low Yat Plaza. Kalau beliau tiba2 ada urusan di Singapura dan xdapat lepak di Low Yat, maka Sim Lim Square pasti menjadi pilihan beliau.
Sim Lim Square mmg saling xtumpah seperti Low Yat. Berderet2 kedai IT di dalamnya, tp xsegempak Low Yat. Low Yat lagi besar, lagi meriah, lagi banyak choice, lagi MURAH. hauha.
Merchandise di Low Yat juga lebih dipercayai. Lebih trusted. Sebelum ke Sim Lim, aku on9 Youtube usha pasal Sim Lim. Pada komen kebanyakan video ttg Sim Lim, ade saje pihak yg mengutuk vendor2 Sim Lim sbg cheaters. Kate mereka byk penipu. X semua menipu, ade yg meniaga secara honest, tp minoriti bilangannya. Aku pon tade hal. Saje je nk bersiar2.
Hari ketiga ni 1 Januari 2010. Ulang tahun baru. Hari itu juga hari Jumaat. Maka wajiblah solat Jumaat.
Suatu pengalaman sebenarnya bersembahyang di sana. Dapat melihat karakter masyarakat Melayu Singapura yg menjadi minoriti di tanah air sendiri. Melihat masyarakat Islam berbilang bangsa. Melihat adab mereka ketika di tandas dan tempat wudhu’ (Ya! Beratur menunggu giliran masuk ke kubikel tandas! Berjimat cermat mengambil wudhu’!). Kontra dengan suasana yg koman dilihat dengan Malaysia, yg kulihat taking everything for granted atas nikmat yg sedia ada.
Kemudian temujanji bapaku dengan member2 facebook… Org muda buat lagha ngan facebook, so org tua lah yg berjuang memanfaatkannya! Hauha.
bersama singaporean. parents asal dari melaka
kiri adalah penulis lirik lagu m nasir – seorang wartawan.
background – Masjid Sultan
Seterusnya dibawa oleh Pak Eunos (penulis lirik) ke kawasa sekitar.
dalam muzium Istana Kampung Gelam, sejarah warisan Melayu. Yg atas, ade dokumen yg menggelarkan Muslim sbg Mahomedan – suatu pemahaman yg salah ttg Islam pada masa itu oleh org barat. Yg bawah tu puisi Munshi Abdullah buat Stamford Raffles. Hari tersebut pengunjung dibenarkan masuk free. Di laman, ade band budak2 Melayu buat show
saje je amek. tgk name kedai same cam "lullaby". hehe. and notice the road. very clean… and well built. marking pon putih melepak. sgt cantik. mengagumkan.
Kemudian berjalan ke Mustaffa. Bukan Mustaffa Ali Amran. Tapi gedung yg konsep mcm Mydin tapi jauh lebih gempak drpd Mydin. Dalamnya traffic jam yg amat dahsyat, dipenuhi manusia dan barang2 murah. Product range sgt luas, dr barag keperluan harian hinggalah kpd earphone Sennheiser yg berharga lbh kurang RM500. Padan la Zack Ahmad soh aku dtg sini.
DAY 4
Berjalan ke tempat yg mak aku nk sangat pg shopping. Takashimaya Square. Tak igt ktne. Mungkin area Orchard Road jugak.
jumpe dalam kedai
yg yg ni kat luar Takashimaya
yg ni kat Kinokuniya. Buku ni kene ban kat Mesia.
environmentalist
Selesai saja, kami terus pulang ke hotel, checkout, and chow balik Mesia on taxi from JB. Dpt menyaksikan live kesesakan lalu lintas di tambak. Moto saja berderet2, xbole nk cakap ape.
Sampai di umah Mak Su di Senai.
walau uzur, tok setia menyambut kami di umah maksu.
Rehat dan lepak2 sebentar. Kemudian pulang ke Melaka… Suatu pengalaman yg takkan kulupakan.
*******
Hehe, cmne, menarik xposting aku kali ni? Walaupon sekarang 17 Februari, tp kire aku dh buat posting la kan. So kire dah update noo? Pueh hati la noo? Xde riot2 lg kan. Hehe…
Terima kasih kepada Windows Live Writer yg memungkinkan aku post posting nih. Hehe. Aku bru tukar Windows7, n application nih byk membantu untuk blog. Kalo ikutkan, mmg terbengkalailah posting nih.
Oklah, moga berjumpe lg. Chow. Wasalam.
Posting ini mula ditulis pada 18 Januari dan siap ditulis dan dipublish 17 Februari… Dah2 gi buat assignment masing2. Stalk blog org len xde pekdahnye…