Monday, December 14, 2009

Universiti Malaya

Salam alaykum wa rahmatullah.


24 November 2009 hari ape huh? Aku pon da lupa la. Tua. Tapi tetap muda.


Tarikh tu spesel sket. Sbb pada hari tu aku dan mak bapak aku ada 2 Mission Impossible yg harus dilaksanakan... hehe.


#1 - melawat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM/UMMC)


#2 - melawat Fakulti Perubatan Universiti Malaya (FPUM)


Malam sebelumnya aku ngan bapak aku pg PD fetch mak aku yg kursus kat sne. Nthen subuh 24 hb tu, tros gerak from PD ke PPUM. Mak aku ade appointment di sana.


suasana hotel. 1Malaysia!


Sampai dlm kol... ntahla. Tua. Tapi tetap muda. 8am kot. PPUM pon lom bukak counter lg. Tp patient yg dah setia menunggu kat dalam - toksah dok cite la.


Dari parking lot kami bergegas ke unit ORL. Xpe2, aku taw ade antara korang yg... "HA?! ORL?! Ape tu?!". Xpe2, meh sini saya terangkan. ORL ni bahasa fofesyenal untuk otorhinolaryngology. Bahasa noobnya yg noob mcm acap adalah - ENT. Ear nose and throat.


Kawasan yg menempatkan ORL ni berkongsi kawasan dengan Ophthalmology - ruang menunggunye sama. Dua2 klinik still lom bukak, tp bilangan patientnye yg dah tunggu dari pagi2 buta lagi - MasyaAllah. Ni UMMC nih - UMMC nih bukan gomen nyer, private hospital bawah UM. Cmne la gamaknye kalo kat gomen hospital. Siyes wa tabole bayang.


Sebbaek mak aku amek no giliran awal. Kalo x mmg tunggu sampai ke petang la jawabnya.


Sampai giliran pon mak aku pg la consult ngan doktor tu, yg merupakan profesor kat UM. Habis consultation nk kene pg amek ubat kat farmasi hospital tu pulak. Aku ditugaskan untuk misi ni. Aku pg je tmpt dispense ubat tu... MasyaAllah. Barisan yg nak amek giliran je ngalahkan barisan tiket wayang 2012 pada hari premiere kat Mesia. Tu bukan satu kounter, 2 kounter tu. Barisan mencurah2 ke ladang gandum. Blom masuk org yg dah sedia menunggu dlm.


Tp luckily aku xkena tunggu lame2 nk amek ubat. Sbb kaunter yg dispense ubat tu byk - adela dlm 30 kaunter kalo aku xsilap.


So dah abes sume setel, kitorg pon gi la makan2 kat Secret Recipe. Ala bukan jauh pon. Kat luar kawasan ORL ngan Ophthalmology tu je...huhu. Tp xnk komen la outlet dia kat situ, hehe...


Overall, bila tengok keadaan kat UMMC tu, semakin terbuka mata aku ttg keperluan doctor workforce kat Mesia nih. So semakin berkobar azam aku nk graduate! N trip kat UM tu jgk membuka option aku dlm possibility nk amek ENT or Ophthalmology in the future. Also, another view ttg kerjaya terbuka - bkn stakat kat hospital gomen, hospital swasta, bukak klinik/specialist centre sendiri, in fact boleh juga cari peluang bekerja di hospital2 universiti mcm UMMC or HUKM or tmpt2 len.



 


**************************


Ok. misi pertama dah abes. Alang2 dah di UM, berjalan lah misi kedua. HAHA, mak bapak aku dua2 from UM tu. Ni bukan sebarang misi. Ini misi trip across memory lane...dan trip exposure untuk aku ttg suasana medical school.


Fakulti Perubatan Universiti Malaya


THE Memory Lane


Yup, mak bapak aku sangat teruja kembali ke alma mater. X sabar2 mereka menunjukkan suasana sekitar kat aku. They even reminisced on their past. They told the story how the seniors will line up a very long line on the hallway, greeting the freshmen during their first day. The juniors jalan sambil tunduk muka, takot kene sakat, haha. Indeed the seniors byk yg menyakat. Ada antara mereka akhirnya jadi colleague bapak aku ketika bekerja di rangkaian Klinik Mawar. hehe.


The hallway


First kitorang sampai di depan dewan kuliah. Bapak aku bwk masuk dewan kuliah tu, kasi tgk suasana di dewan kuliah universiti, cmne rupenye. Pas2 tgk2 kat papan kenyataan. Tgk2 rupenye ade exam tgh berjalan. hehe


Kembali kuliah



Kuliah 3 - suasananya


Seterusnya berjalan dan terus berjalan. Ada dewan kuliah yg under repair. Dan akhirnya ke library.


library kesayangan


Dan seterusnya berjalan dan berjalan lagi. Naik ke tingkat atas. Dan berjumpa tempat2 yg menarik lagi.


bilik potong2 kerat2 mayat!! otherwise known as dewan diseksi anatomi.


physiology


anatomy


pejabat dekan


plaque perasmian


Ketika dalam perjalanan, mugkin lps dissection hall tu, ade list keputusan exam student. nama xde, hanya no giliran je. Tp ayah aku bole agak spe punye result based on the result. Bcoz result tersebut mmg sangat berwarna warni. A lot of F, E, D... A few A and even A+. Nk kenal sng je... kata ayah "Ha, yg D, E, F ni sume mmg konfem kaki2 ponteng. Yg FED ni sume2 mesti muka Melayu. Yg A A+ dean list sume muke2 Cina." HUhu dalam makne tu...


Kemudiannya kitorang stumble ngan satu professor ni yg pnh mngajar both of my parents. Sori la, name pon da xigt, Indian orgnye. Chitchat skjp ngan profesor tu. My dad describe him as one of the nicest professor in FPUM.


Selepas tu kami pon beransur.


Viva? Lbeh kurang mcm oral exam + interviu. Ko sorang, panel tanye soalan 5 org. Kalo examiner baik2, sng idop ko. Kalo examiner strict, mimpi ngeri ko.


sayup di kejauhan... itulah hostel medic student


yeah. tmpt paling keramat seantero FPUM


Nthen aku dibawa ke koperasi buku medic um. aku usha2 la buku yg ade. Bpk ah, sume buku xde yg boleh jatuh dlm kategori nipis. Likewise, xde buku yg jatuh bawah kategori murah. Huhu. Buku ttg emergency and trauma saja dh tebal dalam sejengkal kurang lebih ngalahkan kamus dewan. Tu blom buku teks subspecialist lg. HUhu. Bpk aku beli a few books on diabetes, hypertension n first aid. Mungkin nak refresh memory an. Lgpon diabetes nih dh jadi lumrah hidupan keturunan kami. Huh. Keturunan aku mmg keturunan kencing manis. Genetics tu. Flesh and blood kate omputih.


On da way balik ke parking lot, ternampak la records department hospital. Segala rekod2 kesihatan patient ade kat situ. Ngalahkan library siot. Rak tinggi2 n penoh sarat ngan dokumen.


Kemudian berakhirlah kedua2 mission impossible kami. Terbuktilah bahawa tiada yg mustahil di dunia ini. Kata Nike - Just Do It.


Denagn berakhirnya misi kami, maka berakhirlah jugak idea aku nk tulos ape lagi. Sebelum aku mengarut2 lbih panjang, kita akhiri majlis kita dengan tasbih kaffarah dan Surah Al-Asr. Amin. Sekian wassalam.


FINIS

Sunday, December 6, 2009

International Student Admission Test: Da Result

Salam alaykum...

ISAT antara exam terpenting untuk mendapat placement di universiti2 Australia dalam course medicine dan dentistry. Ada universiti yg mengutamakan result ISAT ni sebelum memanggil student untuk interview. Ada juga universiti yg hanya mahu result ISAT, xlayan interview langsung.

Menurut senior, kemasukan universiti di Australia sangat mengutamakan result IELTS dan ISAT, kemudian result TER SAM mendapat timbang tara prioriti yg paling hujung. Walaupun begitu, ini tidak bermakna TER boleh diperlekehkan begitu saja. TER 95% ke atas wajib dicapai untuk menjamin kedudukan yg kukuh dalam placement ke universiti.


***




Tuan2 dan puan2, dengan ____nya saya memaklumkan inilah result ISAT saya. Saya bubuh tempat kosong di situ sbb tataw nk bubuh 'sukacita' or 'dukacita'.

Markah Overall Reasoning %ILE diambil kira. Peratusan di sini bermaksud percentile, bukan percentage.

Andaikan dalam satu peperiksaan ada 100 soalan. Saya menjawab 67 soalan dengan betul, dan salah jawab 33 soalan selebihnya. Maka saya dapat markah 67%. Ini dinamakan percentage.

Andaikan pula ada 100 orang yg mengambil peperiksaan yg sama dengan saya. Berdasarkan result keseluruhan, kami dirankingkan, sepertimana ranking dalam kelas dan tingkatan mase zaman sekolah menengah dulu. Berdasarkan ranking tersebut, saya mendapat ranking ke-33 drpd 100 orang. Ini bermakna saya telah mengalahkan 67 org yg mendapat ranking di bawah saya. Oleh itu saya mendapat markah 67%. Inilah yang dikatakan percentile.

Sistem percentile ISAT ini mengambil kira ranking berdasarkan sume yg mengambil peperiksaan ISAT seluruh dunia pada sesi yg sama dgn kita. Sistem ini jugalah yg digunakan dalam program SAM. So bayangkanlah TER 95% yg perlu dicapai budak2 medic... kene dapat top 5% in the world. Kalau ada 10 000 calon SAM tahun tu, bdk2 medic kene jadi top 500 students dalam dunia.

Luckily dalam admission international students kat uni2 Australia ni, ada quota placements untuk setiap negara tertentu. Ada sesetengah uni kasi beberapa belas tempat untuk student Mesia. Mungkin ada juga quota kurang 10 pelajar. Dan untuk quota Malaysia juga, dh tersedia quota untuk college tertentu - Taylor's, Intec, etc sume ade quota masing2 gak. So luckily dalam ISAT, kami x perlu compete dengan satu dunia. Cuma perlu compete ngan result ISAT pelajar2 Malaysia yg len. But then again, sbb mmg dah ade quota untuk college2 itu sendiri, so skop persaingan mnjadi semakin kecil dalam college sndiri, batch sendiri.

Hanya ada satu kelas budak Medic MARA dalam batch aku. So senangkan cite, aku kene la compete result ISAT aku ngan classmates aku sndiri...

Risau2. Naek cuti kene survey markah ISAT masing2. Kalo too low kene la repeat. Kalo dh tinggi pon, serba salah gak nak repeat ke x. Ye arr, mereka2 yg dpt markah rendah pon mesti la semangat nk repeat. In case markah derang setelah repeat perform lg ke atas, xkn aku nk dok diam je kn.

Tp faktor yuran turut menjadi isu. Nk repeat ISAT, RM 900 kene ade tersedia dalam kocek.

Kalo tanye senior, derang kata markah aku bole dalam lingkungan terjamin. Markah paling tinggi dalam batch derang adalah 79%. N beberapa ketul saja yg dapat over 70. Ada sorang member pd senior ni dapat 69% n still dia bole dapat tawaran. (Kpd budak2 SMAPK sekalian - yg dapat markah 69% tu adalah anak cekgu norlia...)

Batch atas derang plak (batch SPM 2006) ada sorang student genius nih dpt 92%. Mmg lumayan gile reward yg dia dpt. Dia dpt sume tawaran ke uni2 kat Aussie, in fact kebanyakan drpdnya dia xpayah pg interview langsung. Tros dpt conditional offer.

But both batch seniors ni mmg hebat competition. Batch derang roughly ade 40-50 budak medic dalam SAM. They have to fight to perform well and got their ticket to Aus universities.

Batch aku cume ade 20 budak medic MARA. Only one class. Sbb tu aku cakap competition aku adalah classmates aku sndiri. Insyaallah, dengan usaha sungguh2 dan komitmen dlm SAM program ni, probability sume dapat fly dgn jayanya adalah besar sekali. Moga2 competition kami x sesengit batch2 sebelum kami. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.

Wassalam.

Thursday, December 3, 2009

SAM Trip to Jabatan Kimia

Salam alaykum warahmatullah wabarakatuh

Pagi yg hening. Ketenangan yang bening. Semalam, 19 November 2009, SAM Taylor's menganjurkan trip untuk July 09 Intake sempena mengisi masa lapang yg terbuang2 sempena minggu lps final exam ni. Haha, byk cantek punye ayat - masa kami banyak terbuang2. Padahal lps final exam, kami bertambah sebok dgn dua assignment Islamic Studies dan juga dihimpit masa untuk persiapan persembahan e-Portfolio yg _____. Isi sendiri tempat kosong. Pandai2 awak la nak isi camne. Yg penting, saya tak mau kene tangkap ngan ISA.

Kol 7.30 pagi, aku turun dari bas dan menuju tros ke kolej. Tunggu org lambat. Nthen bile sume sampai, naek bas ala2 bas persiaran. Bes woo bas tu. Tangkap leleh aku naek bas tu. Walaupon luarannye nampak cam bas kanak2 nk pg ke sekolah (bas sekolah la, katakan) tp dalamannya sangat masyuk.



bas maahad ini sekadar hiasan, tiada kene mengena samada dgn bas taylor's yg maseh hidup mahupun bas taylor's yg telah mati.

Dalam perjalanan nk ke jabatan kimia tu, aku berpeluang melihat Mentari Court, salah satu residences teles. Muaz zamri tinggal kat sinilah. Berdekatan ngan mentari court tu ade Bangunan Kurnia insurance. Sebelah Kurnia insurance ade...?? Kilang arak! Muhaha. Kalo cakap mesia bukan negara islam, ade je pihak yg akan melenting dan meletup2lah dewan2 persidangan mereka. Tp tersergam di tengah jalan adalah satu bangunan yg mmg bertentangan ngan syiar islam lgsg....hm.

OKe2... ronda punye ronda. Sampailah PJ. Pas2 sampailah destinasi kami...


yeah! headquarters jabatan kimia semalaysia


 juga berdekatan dgn mahkamah petaling jaya... sume dlm gamba student medic.


xdepon nk pakai pas keselamatannya... tp mmg tabole amek gamba kat dalam lab2 yg ada.

Setelah mengambil beberapa ketika untuk lepak2 di laman bersama sahabat2 kelas len (ada 3 kelas science stream yg join gi jabatan kimia nih - 09J1 Medic MARA, 09J2 Bakal2 cekgu n pensyarah terhormat, sponsored by MoE, 09J3 Engin MARA . mmg meriah) kami pon masok la ke.... kafeteria! Xde makan2 pon. Air mineral je. N a lil bit explaination on Jabatan Kimia


medic frens

hahauaha. xpenah2 pakai spek tiba2 bergaya la plak...

badi budak MoE

paan scratch MoE

Atas tu sume gamba2 mase briefing tu. Mungkin agak membosankan. Tp yg bestnye, bg aku adalah apabila dapat melihat...jeng3. Gamba ekslusif mayat Canny Ong. Ekslusif tu, xpnh kuar media massa n internet lg tuh. Puas aku carik kat google image pon xde gamba tu.

Nthen kitorg dipecahkan ikot klas. Start dari situ ktorg da xbole amek gamba lg.

Fes skali gi makmal... forensik kot. Kitorg diberitahu cara nk kesan cd cetak rompak. Cara peluru nk dipadankan dengan pistol. Cara nk padan bende yg nk buat pecah umah, ntah pebende aku xigt nama alat tu.

Pas2 naek makmal....ntah la! aku da byk lupe name makmal da. Siot tol.Dlm makmal tu ktorg tgk sampel dadah n narkotik. Excited la dpt tgk real punye dadah kan. Kat situ ramai pakat cari peluang nk hidu dadah. Hauhha. Best doe. Bau serbuk heroin tu sebijik bau nestum. Haha. Pas2 dpt tgk contoh2 pil kuda, amphetamine, ecstasy, bla3.... Semurah2 harga pil yg disapu ade yg bernilai RM80 sejibik. Yg top notch punye pil ade yg mampu mencapai RM200 sejibik

Pas2 ade makmal toksikologi. Ade contoh bahan2 berbahaya. ubat pelangsing. Ubat tenaga batin. Kondom lignocaine. Sampel organ hati, otah, limpa...Ktorg pon diterangkan la jenis2 dadah n stimulan yg affect organ2 tertentu. Kalo gam yg volatile, residue dia akan byk berkumpul di otak. Dadah yg lipid soluble byk akan tertumpu di hempedu. N dadah2 tertentu akan terkumpul di hati dan paru2.

Nthen pegi ke makmal yg buat polymerase chain reaction n DNA fingerprinting. Teknik yg digunakan advanced, x macam teknik gel electropholesis yg kitorg belaja dlm silibus SAM. Ktorg ketingglana seyh! Haha. Di situ org yg briefing kami bgtau yg setiap hari bertimbun2 kes baru sampai ke tangan mereka. So no wonder la dgn bebanan kes yg byk, byk backlog berlaku dlm proses mahkamah. MAchiney n tenaga mereka smmgnya x mencukupi.

Nthen ade jgk ke satu makmal yg check dokumen, samada palsu atau tidak. Sana derang bole check dakwat untuk pemalsuan dokumen, check IC, lesen memandu, pasport sah ke x. N jgk check duit kertas legit ke x. Skrin LCDyg derang gune untuk dokumen checking tuh... peh. wa tatau la skrin bape inci. 18 kot. Kalo bole cilok bwk balik umah, mmg movie marathon la jawabnye!

Ada satu dua makmal lagi, tp aku lupa la! Tula, xbole bwk kamera da byk lupa.

Nthen selesai la lawatan kami ke designated places tersebut. Turun lepak2 kat bawah.


palaga. pas2 amek gamba la!
09J1 crew

09J1, 09J2 and cekgu bio kesayangan, Miss Ong - BERGABUNG!

So berakhir la trip kami yg mmg best kat Jabatan Kimia... Kalo korg bace posting aku nih n rase xbest pon trip ni, tu sume sbb aku xpandai cite je kot. Series best trip tu! Bcoz zaman2 skolah dulu pon mne pnh aku pg trip ke tempat2 mcm jabatan kimia nih, yg byk peranan dlm forensik. Trip pg zoo adela kot, zaman tadika dulu. Hauha. Mse sekolah rendah plak pegi balai bomba. Wush, yg tu pon bez gak. Dpt naik fire brigade, ronda town Melaka wo!

Sebelum beransur naek bas balek ke Teles, aku ngan member aku ni terjumpe satu senario yg menarik. Heheh. Walaupon takot kelihatan jakon, member aku ttp berkeras nk amek gamba gak. So aku pon amek la gamba. Hauha.


hauha. member aku n seorang makcik petition writer kat depan jabatan kimia. area tu pon dkt ngan mahkamah an.

dah member aku amek gambar, xkan aku dok canguk je kot. aku pon amek gamba la skali. hauha.

Hm stakat tujela trip kami. Pas2 balek la ke taylors. Lalu semula jalan yg sama, lalu semula Mentari Court. Dan kilang arak.

Tp mase nk turun lif kat Jabatan Kimia tuh, ade pattern lantai dia buat pattern Benzene Ring. Smart doe! Aku nk amek gamba, tp takot kene sound la plak kan. Haish susah2. Nk jadi fotografer tabole sekadar artistik. Kene ade bran gak nk cari gamba n angle.

Ok. Sekian untuk itu. Fuh...lega akhirnya semester pertama berakhir! Kita berjumpa lagi di semester kedua....13 Januari 2010 nnti...

Wassalam

PS: Dengan bangganya aku mengumumkan, posting ini siap setelah mula ditulis 3 minggu yg lepas.