Monday, July 4, 2011

FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-7

Salam alaykum wa rahmatullah wabarakatuh

Bila diimbau sejarah lama, banyak entri blog ini sekian lama dahulu berlegar tentang nasyid sekolah. Banyak juga post tentang nasyid sekolah ini - kalau lihat tag kategori di sisi kanan blog pun, nampak banyak artikel yang berlegar tentang dunia tersebut.

Posting kebanyakannya tercetus sekitar tahun 2009, pada masa itu tidak banyak aktiviti yang dapat dibuat. Cuti panjang pasca-SPM dan menunggu result temuduga scholarship MARA. Sebagai minat yang baru diperoleh (ini la warisan bersekolah dari SMAPK yang masih bersisa dalam diri) itu la benda paling ideal untuk ditulis.

Kebetulan zaman-zaman pasca-SPM ni jugalah zaman aktif berblogging. Itu pun bukan inisiatif sendiri - trend batch aku dari SMAPK ketika itu adalah berblogging. Seorang start blog, lama2 semua pun mengikut. Masing-masing baca blog masing-masing, dan kasi feedback. Jadi dalam zaman social networking macam itulah, aku dapat feedback. Ada yang tidak berminat dengan posting nasyid-nasyid ini. Membosankan, tidak masuk jiwa mereka. Walaupun rule of thumb adalah "blog ana, analah yang punya suka", tp aku akhirnya stop posting-posting sebegitu.

Dan akhirnya aku tidak lagi aktif blogging. Ramai juga member satu batch SMAPK yang tewas berblogging. Ada yang masih rajin dan istiqamah, tapi aku rasa budaya melawat blog antara satu sama lain dah slow down. Tiada kebimbangan muka-muka tertentu ini akan bosan, sedangkan ini hanya anekdot peribadi. Jika masih ada yang sanggup membaca, aku sangat berterima kasih.

Haha, begitu la kisahnya tentang sejarah nasyid sekolah di tempat bertandang aku ini. Maka bersesuaianlah dengan aktiviti yang bakal menjengah minggu ini, pada hari esok...


FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-7

Satu warisan yang bersisa dari zaman di SMAPK dahulu, kini menjengah kembali. Dalam tarikh 5-8 Julai 2011 event ini akan berlangsung di SMKA Maahad Muar.

Apa yang istimewa tentang festival peringkat kebangsaan ini adalah, SMAPK akan turut beraksi sama; buat kali ketujuh berturut-turut mewakili Selangor! Pendek cerita, dari mula di-organize pada tahun 2004 sehingga sekarang, tidak ada pasukan lain yang mewakili negeri Selangor selain SMAPK. Tiga tahun berturut pada 2004, 2005 dan 2006 mereka menjadi johan kebangsaan.

Ada bersebab mereka tiap-tiap tahun ke peringkat kebangsaan. Mereka ada kelebihan sendiri. Lebih tepat, mereka ada 'signature' tersendiri. Pada zaman awal-awal nasyid, ketika sekolah lain belum berkembang, mereka mendahului zaman dalam aspek vokal dan perkusi (aspek paling mahal). Kemudian perlahan-lahan sekolah lain pick up sekali dalam bab vokal, tapi masih terkebelakang dalam bidang perkusi. Apa pun, pasukan dari sekolah aku ni masih maintain dengan signature mereka. Kerana 'signature' inilah, aku akhirnya 'terjerumus' ke dalam kancah nasyid sekolah =). Haha.

Baiklah, berbalik kepada event: 5-8 Julai di SMKA Maahad Muar.



5 JULAI 2011
ketibaan kontinjen seluruh Malaysia

6 JULAI 2011
8.00 pg : raptai (rendah)
10.30 pg : raptai (menengah)
2.30 ptg : pertandingan (rendah) 8 kumpulan
8.30 mlm : pertandingan (rendah) 7 kumpulan

7 JULAI 2011
8.00 pg : pertandingan (menengah) 8 kumpulan
11.00 pg : pertandingan (menengah) 7 kumpulan

8 JULAI 2011
8.00 pg : majlis penutupan rasmi dan penyampaian hadiah



Setelah berhempas-pulas (haha) mencari maklumat, akhirnya dapat maklumat lengkap untuk kategori sekolah menengah. Maaf banyak-banyak, kurang berminat untuk research sekolah rendah punya:


PERLIS - Munawwir (SMKA Arau)
KEDAH - Khairan (SBPI Kubang Pasu)
PULAU PINANG - Layyinul Harir (SMKA Al-Irshad)
PERAK - Sofwatunnur (SMKA Sultan Azlan Shah)
SELANGOR - All For Ummah (SMAP Kajang)
KUALA LUMPUR - Anugerah (SMKA Kuala Lumpur)
NEGERI SEMBILAN - Irsyadus Sufi (SBPI Jempol)
MELAKA - Soutul Azim (SMKA Sultan Muhammad)
JOHOR - Izdan (SMKA Maahad Muar)
PAHANG - Shoutun Nashihah (SMK Bukit Rangin, Kuantan)
TERENGGANU - Soutul Ittifaq (SMKA Nurul Ittifaq)
KELANTAN - Soutunnaim (SMKA Naim Lilbanat)
SARAWAK - Soutal Falah (SMKA Miri)
SABAH - Shohibbul Zaman (SMK Kuhara, Tawau)
LABUAN - Soutul Mujtahidin (SM Teknik Labuan)


Perancanganku InsyaAllah, akan turun ke sana untuk kategori sekolah menengah, dan untuk merakam semua persembahan sekolah menengah. Akan dikongsi di channel youtube kesayanganku. Sesiapa yang berminat, InsyaAllah nantikan!



Bagi yang kurang berminat pun, boleh tonton di youtube, tak rugi pun hehe. Zaman dahulu kala, kadang-kala yang jadi johan kebangsaaan saja yang betul-betul sedap. Kadang-kadang yang dapat nombor sahaja. Tapi semenjak dua tahun lepas, yang tak dapat nombor pun persembahan mereka hebat-hebat juga. Kualiti semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Sekian buat masa ini.