***
Petang 30 Ramadhan 2010. Aku bingkas bangun setelah dikejutkan ibuku. Waktunya asar, nyatanya keletihan setelah projek menjaga ungun api masak ketupat dan rendang di laman rumah.
Aku dikejutkan untuk asar dan untuk mengikuti ayah melunaskan zakat fitrah. Setelah 18 tahun ayah hanya mewakilkan aku berzakat fitrah, at least tahun ini tergerak untuk menyaksikan live upacara zakat fitrah. Kata orang, kene la bersiap sedia; umur pun dah besar panjang. Insya Allah, bile dah rezeki study di luar negara nanti, tak kekok pula menjalankan tanggungjawab itu sendiri.
Nyatanya tidak banyak upacara dijalankan. Cuma sekeping wang ayah hulurkan pada amil, dan ayah sebutkan bilangan kepala yang diwakilkan untuk zakat fitrah, serta berapa fidyah yang perlu dibayar untuk tahun itu. Tradisinya, amil yang dijumpai kini banyak sekali ritualnya ketika membayar zakat. Kena jabat tangan, lafaz akad zakat fitrah seolah2 kita ni nak berkahwin pula. Padahal tidak perlu pun semua itu. Sekadar perkara2 tambahan dalam beragama.
Dan ayah bersembang bersama amil, kerana amil adalah orang kampung juga. Dibincangkan isu terbaru yang menggusarkan masyarakat kami.
Dan apa yang aku sedar dari mengikuti ayah ini adalah tanggungjawab. Oke, sekadar menyaksikan ayah membayarkan zakat kepadaku bukan tanggungjawab pun. Bukannya aku yang bayar sendiri.
Tapi aku terimbas kembali 13 tahun dahulu ketika aku berusia mentah setahun jagung. Masih lagi darjah 1. Aku pernah tuntas meluahkan hati pada mama.
"Mama, Hafiz xnak naek darjah dua!"
"Kenapa?"
"Takutlah. Hafiz nanti makin tua,"
Haha. Persoalan di hati bukannya pasal awet muda. Tapi apabila usia makin bertambah, maka kita makin matang. Makin banyak tanggungjawab. Memanglah naek darjah 2 bkn isu besar. Darjah 2 masih hingusan. Tapi tahun2 berikutnya nanti, naik pula darjah 3,4,5. Naek remaja ke sekolah menengah. Belajar di kolej dan universiti. Kerja. Kahwin. Berkeluarga. Tumbuh jadi orang tua.
Aku bagaikan Peter Pan pada saat itu. Tak mahu mengambil tanggungjawab. Ingin terus darjah 1. Namun usia makin beredar. Aku kini harus pikul tanggungjawab. Dosa sendiri pun kenalah pikul, sebab dah baligh. DAh baligh tu, kenalah belajar bertanggungjawab.
Ah, selesai sudah perbincangan. Zakat fitrah pun sudah dibayar. Hafiz, jom kita balik!
***
Petang 30 Ramadhan 2010. Aku teringat hari2 pada masa Ramadhan dan sebelum Ramadhan dalam lingkungan tahun 2010 Masehi. Aku terkenang Ramadhan 2009. Yang mana kerana ikut kata kawan, diri kerugian. Mengukuhkan lagi prinsip tanggungjawab - terhadap prinsip dan objektif dalam hidup sendiri.
Ramadhan 2009. Seorang akhi yang merupakan kepala usrah mengajak kami berqiyam di Masjid Al-Ehsan. Malam itu sudah fasa 10 terakhir Ramadhan.
Prinsip diri goyah. Nk tengok ada member ikut ke tidak. Dan malam itu, malam hari jadi kawan aku.
Kalau nak pergi, timing kene tepat. Kena escape majlis awal untuk transport ke masjid. Tapi majlis x start2. Sebab ada tetamu yang x sampai lagi. Biasanya prinsip buat majlis, kita carry on dulu. Tetamu lambat pun nanti dia sampai juga. Entahlah, organiser nak tunggu semua datang. Ironinya, organiser adalah birthday boy sendiri. Entahlah perkara itu biasa atau tidak, tapi itu kali pertama aku jumpa self-organized birthday party.
Birthday aku katakan sangat awkward. Tapi takpelah, x penting untuk perbincangan.
By the time majlis dah reda (belum full stop lagi) aku ada split second untuk decide - qiyam atau tidak?
Suasana still belum settle down lagi. Aku kalau suasana macam tu, susah nak fikir rasional. Kelemahan diri yang masih cuba aku perbaiki.
Tanya seorang member, pergi tak? Dia berat hati. Malaslah, kata beliau. Member seorang lagi hanya ikut kata member tadi.
Maka tak pergilah qiyam. Sayang, member 1 tu duduk di bilik aku. Zaman itu zaman dia bertandang ke rumah aku.
Dipendekkan cerita, esoknya zahirlah segala jenis tanda yang menunjukkan dengan yakin dan jelas tanpa syak wasangka dalam diri aku ini bahawasanya, malam itu Lailatul Qadar telah menjelma.
Sudahlah tak berqiyam bersama, tak bangun pulak di rumah. Sudahlah aku ini jenis liat bangun.
Melihat tanda2 itu aku menyesal x terkira.
Setelah masa berlalu, aku lihat satu lagi ironi menjelma. Member 1 aku itu semakin giat dalam gerakan. Ada program qiyam, mesti dia pergi. Aku pula tak pergi. Ada beberapa masa dia pula kritik aku kerana selalu escape program2 yang kene bermalam di tempat lain. Antaranya, qiyam lah.
Haish.
***
Petang 30 Ramadhan 2010. Aku menerima mengimbau Ramadhan aku tahun ini. Sepuluh hari pertama, rasanya masa berlalu perlahan.
Haha, ada kata masa rasa perlahan kerana, aku x sabar menunggu masa makan? Aku lepuk karang baru tahu.
Aku rasakan itu suatu rahmat. Kerana semenjak dua menjak ni, aku rasa masa ni menonong je, laju saja meninggalkan kita di belakang - selari dengan janji nabi bahawa pada akhir zaman, masa ini berlalu dengan pantas sekali.
Tapi hari2 kemudiannya mula rasa laju kembali. Kerana pertengahan Ramadhan suda mula banyak assignmen. Haha. Pecutan terakhir internal assesment.
Tapi Ramadhan kali ini aku rasa bermakna. Dapat peluang banyak untuk mengembara. Aku lepak dengan group student yg banyak inisiatif untuk ke sana ke mari. Berpeluanglah kami untuk memakmurkan surau di apartment. Ada hari menapak seberang SUmmit, ke USJ 2. Ada hari ke masjid mewah di seksyen 9. Ada satu hari, dapat peluang bertarawih di Al-Ehsan berimamkan Imam Muda (kalau x silap la).
Dan bagi aku, bazar bukan 100% melampias hawa nafsu makan. Sapa cakap macam tu aku lepuk sekali lagi. Aku lihat peluang itu sbg eskapisme ke tempat yang tidak rutin dan tidak membosankan. Yup, harga naik, so mmg agak bocor poket kadang2. Sape suruh naekkan harga minyak? hahaha.
Yang penting, itu satu bentuk istirahah yang x mungkin dapat dirasai pada bulan lain. DAn mungkin sekali oversea nanti pun tiada pengalaman sebegitu.
Tapi makin lama makin slow aktiviti.
Tp ALhamdulillah, 10 terakhir aku dapat gagah bangun for some days. Xdela bangun kol 3 pon. Around 5am lbeh or kalau lucky 4.45am camtu. Dapat la buat amal sket.
Moga2 hari yang aku ada terbangun itu, dikurniakan Allah bertepatan dengan Lailatul Qadar. Moga2 dengan itu, berakhirlah ironi yang melanda hidupku sepanjang tahun akibat tak bertanggungjawab terhadap diri sendiri itu.
Amin Ya Rabbal Alamin.
***
Petang 30 Ramadhan 2010. Anekdot di atas membuatkan aku rasa Ramadhan kali ini ada sedikit kelainan dalam diri. Walaupun amal x seberapa dan ada yang tergantung2. Baca quran punyalah semangat nak khatam, tp dapat sampai Surah Sad saja. Dan terasa juga hipokrit apabila ada habit yang masih aku xdpt buang Ramadhan ini. Moga2 dapat tebus Ramadhan akan datang.
Amin Ya Rabbal Alamin.
***
Petang 30 Ramadhan 2010. Dah 7pm dah pon. Sat lg dah nak habis dah Ramadhan. Syaitan pun nk beraya dah sat lagi. Aku tengah cucuh pelita di laman. Pelita aku bukan pelita tradisional pun. Setakat batang buluh tu masih kira tradisional lah. Tapi di atasnya kami bubuh gelas. Kemudian kami bubuh air. Kemudian kami bubuh minyak sembahyang Buddha yang dibeli dkt kedai sembahyang Cina. Kami bubuh sumbu yang juga dibeli di kedia sembahyang Cina. Kami cucuh dan yeay! Jadilah pelita raya.
Inovasi tu. Memerlukan kreativiti. Sesuatu perkara yang kontang dalam jiwa Muslimin kini. Haha. Maka itulah tarbiyah Ramadhan. Walaupun lagi 15 minit Ramadhan nak habis, Ramadhan masih sempat mengajar kita satu perkara yang besar. Kreativiti dan inovasi mampu merubah nasib ummah.
***
Petang 30 Ramadhan 2010. Aku terkenang kecil dahulu. Umur tak ingat. Aku kempunan aiskrim. Aku nak makan aiskrim. Dan akhirnya aku dapat aiskrim.
Aku makan aiskrim dengan penuh semangat sambil berlari2 keliling rumah. Lari punya lari, sampailah aku di bilik datuk aku. Datuk aku tengah lepak di meja bacaan.
Aku offer aiskrim kat datuk aku.
Dan datuk menolak seraya berkata "Atok puasa!"
Aku x faham pun apa yang diperkatakan oleh datuk aku. Tapi bila diimbas kembali, itu suatu kenangan yang manis. Kerana itulah kali pertama aku mengenal apa itu puasa.
***
Wallahu A'lam
Akhir kalam, kuucapkan buat semua yang membaca - Selamat HAri Raya Aidil fitri, Maaf Zahir, Maaf Batin.
Happy Eid Mubarak Guys!
morphy anderssen
bukit katil
selepas isya' 1 syawal 2010