Baru pulang dari program Pro-Fikrah yg bermula pagi 3 July dan berakhir pagi 4 July. Program untuk pelajar2 Teles nih diadakan di sebuah masjid bernama Al-Ubudiyah yang terletak di Seksyen 19 Shah Alam. Hostel bdk2 Intec kat Seksyen 18. Aku msg Cawak ckp aku ade kat Seksyen 18 dan dia menjawab bahawa dia pulak berada di Miri, Sarawak. Siuut. Aku xpercaya. Mesti dia kelentong aku.
Program dimulakan dgn bergerak beramai2 dari Casa Subang ke stesen KTM berdekatan dan menaiki KTM tersebut ke stesen KTM Shah Alam. Yg bernasib baik (mcm aku ;) ) dpt direct trip by hitching a ride with Dr Adnan himself. Walaupun xtau habuk dimanakah Seksyen 19 dan tidak mempunyai kotak magic bernama GPS, kami tetap juga sampai dgn ikhtiar tersendiri…
Sah lerah di sana, setup2 barang, sembahyang dan sebagainya, dimulakan program dgn ceramah pertama. Definasi dakwah.
Diikuti dgn solat zohor dan presentation ttg Case Studies permasalahan dakwah di senario tempat kami.
Dah puas bersyura? Bentanglah!
Seterusnya berjamaah Asar dan…. bola!!!
Sori xde gamba. Member aku ade amek gamba, kalo nk tgk mintak dia.
Kemudian setel2 dan maghrib.
Majlis diteruskan lagi malam itu. Diakhiri dg sesi renungan (yg menyimpang jauh dari topik yg patut dibincangkan dlm kumpulan, hahaha.
Esoknya lps Subuh, penghabisan kuliah Subuh. Makan2. Dan “majlis penutupan” yang merupakan pengumuman Tanzim baru di Teles.
Tahniah sahabatku Syahmi Kaberi atas perlantikan sebagai Amir Tanzim kita. Aku yakin pimpinanmu berjalan lancar dan berwibawa.
Disusuli cadangan taqwim Tanzim, majlis akhirnya berakhir. Berkemas dan bersedia untuk pulang. Didapati ramai yang berhajat melawat senior Akh Yuhin yg dalam kepayahan sekarang ini. Rasa terkilan x ikut, tp memandangkan diri dah dalam kereta perjalanan pulang ke Casa, tiada apa boleh dibuat. At least I’ve done something for him.
Naek KTM, turun di Summit, berjalan pulang ke Casa. Oh ya, di atas bas bersama senior Medic di Monash. Juga Zahid pemilik DSLR dan Rafik classmate kesayangan
Gambar klasmet kesayangan
Sekian, wassalam alaykum wa rahmatullah.