Sunday, May 16, 2010

Takat Lebur

Salam alaykum wa rahmatullah wa barakatuh.

 

Syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah subhanahu wa taala kerana dgn izinnya dapat aku membuka lembran baru dalam blog ini. Blog layout dah tukar, tp recent posting plak dah berzaman x bertukar2.

 

Padahal aku sepatutnya istiqamah dalam menulis blog nih. Bkn nye nk menunjuk2 yg aku ade blog n aktif berblogging, xde maknenye nuh. Sebaliknye, blogging adalah satu2nya wadah aku dalam zaman ini untuk menulis. Menulis adalah satu seni. Sangat kontras dgn apa yg dipelajari di dalam kelasku zaman ini yg tepu dgn sabjek2 sains otak kiri. English period ade tp terus terang dikatakan – Hidup Segan Mati Tak Mahu. Mmg ade assessment, masuk markah, malah faktor penentu dpt fly atau tidak, tp period English mmg segan silu n sepi. Maka kelas aku akan menjadi sarat dgn subjek2 satu hemisfera otak saja. Tak belen. Saket kepala.

 

Blogging sepatutnya jadi wadah untuk menajamkan minda dan meluaskan pandangan agar otak aku ni x terperap dalam keadaan yg boring ini. Haha. Tambah2 lg zaman di kolej ni laen mcm sikit. Aku merasakan byk kehilangan berbanding dalam zaman persekolahan. Suasana yg lain dan dugaan yg melanda mmg perlu diharung.

 

Hal ini membawa aku untuk ingat tentang “Takat Lebur”. Haha. Apekebende kah takat lebur ni? Nampak mcm suatu istilah saintifik saja. Tak melambangkanpun aspek kesenian dalam berblogging?

 

Yes, takat lebur mmg istilah saintifik. Dalam zaman sume org belajar dlm Bahsa INggeris nih, org dah tak gune lagi dah istilah takat lebur nih. Org panggil “melting point”. Tp istilah yg kedengaran sangat geek ini mengundang kenangan silam pada zaman SMAPK dulu. Tiba2 rindu masa lalu. At least dpt jadi eskapisme dari realiti zman skrg yg ‘mencekik’.

 

Istilah ini membawa kenangan kpd salah satu sesi sembang2 aku dgn Gon. Perbualan mengambil tempat di…. x ingat. Mse nye pula pada…. kurang ingat. Haha. Tp yg pasti selepas ranking peperiksaan dikeluarkan oleh unit peperiksaan. Peperiksaan bila x pasti. Form 4 or Form 5 pon xpasti. Mungkin Gon masih ingat detailnya. Tp detailnya x penting. Yg penting intipati yg boleh diambil sebagai pengajaran diri. Inilah namanya tazkirah. Peringatan. Peringatan bkn sekadar untuk orang lain, malah untuk diri sendiri.

 

Result peperiksaan telah keluar. Seperti biasa, magnet tarikan adalah mereka yg dapat top 10. Seperti biasa, bila tgk top 10, mmg jauh dari panggang untuk lihat nama aku tersenarai di situ. MMg tak lah. Aku yg pemalas xkn deserve untuk berada di situ.

 

Nama aku sebaliknya berada jauuuh bawah list tu. X ingat no brape.

 

Dalam perbualan dgn Gon, yg menjadi subjek utama kami adalah seorang hamba Allah nih. Eish…. bkn dok ngumpat nooo….. Kami cakap pasal bende baek di sini…. Huhuhu.

 

Yg pasti, hamba Allah ini mendapat top 10 ketika itu. Apa yg menjadi subjek adalah apa rahsia Hamba Allah mendapat result segempak itu.

 

Of course, rata2 dalam list adalah muka2 mereka yg tekun menuntut ilmu dan intensif dalam study saban hari peperiksaan semakin dekat.

 

Hamba Allah ini sebaliknya. Selalu diperkatakan kerana gaya study yg simple. Ala kadar. Jarang memberi tumpuan dalam mengulangkaji. Seringkali dicopkan kaki ‘pancing’ (ehe ehe kaki pancing). Walaupun beliau bukan kaki pancing paling disegani di SMAPK, tp mmg kadang2 aku sendiri lihat dgn mata kepala beliau aki pancing.

 

So yg menjadi persoalan adalah, bagaimana beliau boleh perform sebegitu.

 

“Heran do, cmne dia bole sehebat begitu?” luah Gon penuh tanda tanya (Ceh, ini dialog rekaan semata2. Mana mungkin dialog Gon seskema ini. Aku reka dialog sbb kata2 sbnr Gon pon aku dh x ingat. Haha)

 

Lalu aku meluahkan suatu ‘hipotesis’.

 

“You know what Gon, aku rase kan, dia boleh perform sebegitu kerana ‘takat lebur’ beliau tinggi,” aku melontarkan fikrah. Sekali lagi dialog adalah rekaan. Mana mungkin aku poyo menggunakan frasa ‘you know what’.

 

Gon terpegun. “Takat lebur? Awat takat lebur pulak?” Perhatikan Gon orang Nogori Sembilan. Mana mungkin timbul kosa kata ‘awat’ dalam pertuturannya.

 

“Yelah Gon. Mostly yg ada sekitar kita ini sumenye bijak pandai. Kalau tidak mana mungkin dapat menjejakkan kaki di bumi SMAPK ini. Sume UPSR gempak2. Kalo tanye derang dulu, ‘Ko study x masa UPSR?’ pasti ada saja yang mengatakan, ‘UPSR? Huh. Taik hidung saja. Study gitu2 saja’ lantas mendapat 5A dalam UPSR lalu mendapat tiket ke SBP yg bernama SMAPK.”

 

“Tapi apabila attitude sebegitu diteruskan di SMAPK, dia flop PMR. Dia takkan berjaya dalam PMR unless dia ubah attitude jd seorang yg hardworking dlm study. Maka di situ kita lihat takat leburnya adalah UPSR.”

 

“Tp ada juga yg masih mampu mengekalkan attitude ini sampai ke PMR. Study gitu2 sja, banyak main2 pun masih mampu skor 8A / 9A. Maka di sini takat lebur individu tersebut tinggi sikit, pada tahap PMR.”

 

Sampai di poin ini aku merasakan suatu perasaan “kekitaan”. Gon xtaula. Kerana personally aku wat pengakuan, takat lebur aku mmg pada zaman PMR. Zaman UPSR aku bukanlah seorang yg benar2 lepak, tp memandangkan zaman2 sekolah rendah mmg zaman inoocent dan zaman mudah menyerap ilmu mcm span, tambah lg dengan silibus tambah tolak darab bahagi pecahan purata yg mudah, aku mmg jarang ulangkaji pelajaran. Banyak exercise

n revise bila UPSR smakin dkt.

 

PMR pon sama. study tunggang langgang makin kurang tersusun bbndg zaman skolah rendah. Zaman kepala serap mcm span dah berlalu. Tp mungkin kerana competition yg kurang aku still bole konsisten top student. Cuma skali saja aku dapat rankingh ke8 dalam form. Sekali dpt no3 kalo x silap. Tiap2 masa top student.

 

Gon pon selalu cerita beliau slalu dapat top ranking jgk semasa zaman bersekolah di Tampin.

 

Tp kitprg berdua bila masuk zaman SPM di SMAPK, x mampu mengekalkan prestasi. Kalo macam aku, hampeh la nak nampak nama pada top10. Pencapaian paling ‘memberangsangkan’ aku adalah apabila dapat no 1, 2 dan 3 dalam form sekaligus dalam satu masa :))

 

Lalu aku terkejut dari lamunan. Namun tidak mampu untuk bingkas bangkit dari tempat peraduanku.

 

Berbeza pula dgn hamba Allah ini.

 

“Tp ko tgk hamba Allah ni Gon. Skunk nk masok SPM pon dia masih mampu berlapang dada. Nyata sekali takat lebur dia mmg mencapai tahap SPM. Malah mungkin lebih dari itu…” aku meningkah.

 

“Betol jugak eh,’ balas Gon.

 

***

 

Dialog sebenarnya pendek saja. Sengaja aku elaborate supaya korg boleh lihat poinnya. (Exxagerate gak sket2 biar tambah sugar n spice dlm bercerita, hauha).

 

Ada org dianugerahkan tuhan takat lebur yg tinggi. Maka itu nikmat tuhan baginya. Jgn pula kita merungut.

 

Maka yang tebaik bagi kita adalah usaha yang gigih. Kerana tuhan maha adil. Apa yg kita dapat adalh proportional dgn apa yang kita usahakan. Pabila dikatakan ‘usaha’, usaha itu boleh menjelma dalam pelbagai bentuk, bkn sekadar rajin study.

 

(Berhentilah sejenak memikirkan apakah “usaha” yang boleh dilakukan)

 

Yg penting, apa yg kita usahakan adalah proportional dgn apa yg kita terima.

 

Cikgu Maths aku di Taylors pon pernah berpesan, “Lebih baik menjadi seorang intelek yg gigih menimba ilmu setiap masa dan konsisten ilmu yang diperoleh, berbanding menjadi genius yang berbahaya. Kerana kegeniusan dan kebodohan dipisahkan oleh satu garis sempadan yang saaaangat halus”.

 

***

 

Adapun sebenarnya posting ini kutulis bersempena hari esok. Esok bermulalah Exam final semester aku dalam program South Australia Matriculation di Taylors College.

 

ac12013d4812ec50_-3f628c03_1283691281f_-4331 (application-pdf Object)-1

 

Aku kene perform Exam ini. Keputusan aku teruk2 belaka setakat ini. Exam midsem memuaskan (aku bercakap on a level of requirement untuk meneruskan perjuangan dalam bidang Medic. Kalo bidang laen mngkin mereka akan tgk result aku n cakap “Lepak ah brooooo!!!!!”). Tapi masa naek cuti midsem aku seriusly xtaw ape jadi dgn mindset aku. Test aku byk yg jatuh. UNtuk bekup kene buat terbaik for d finals.

 

Yg akan bermula esok.

 

Aku katakan bahawa aku sebelum ini telah terjaga dari mimpi tapi masih kaku tidak mampu bingkas bangkit. Aku kini mmg perlu sgt2 untuk bangkit. Kerana takat lebur aku telah laaaaaama berlalu.

 

Alhamdulillah rezekiku murah untuk SPM. Apatah lagi bagaikan kebetulan batch aku batch terakhir gune grading A1 dan A2 yg mampu fluctuate. Kalaulah aku amek SPM pada tahun bermulanya A+, A dan A-, di mana pula letaknya aku?

 

Itu SPM ma.

 

Program aku ade in total 20 gradings A boleh range drpd 17-20. Kalau dulu bicara A1, kini kena bicara A20. A20, in short, adalah ko kene score 95% ke atas dalah setiap kertas yg diassess. Bkn 80% ke atas masa zaman2 gred A1 SPM.

 

Aku optimis. Dulu aku mohon MARA ke Timur Tengah untuk shortcut terus masuk fakulti perubatan. Namun kehendak tuhan aku dihantar ke SAM ini untuk ke Australia. Namun menempuh SAM perlu anjakan paradigma. Bukan mudah mahu skor pada tahap terbaik 5% of world population. Aku perlu rubah sikap malas aku. Bicara ttg sifat malas boleh dibawa ke perdebatan yg boleh meleret2 lagi sebenarnya – malas kerana salahku atau salah genetik aku? – tp itu tidak penting. Yg penting adalah berubah.

 

Dari dulu aku berazam SAM bknlah platform untuk aku lps fly saja. SAM harus aku jadikan platform berubah sikap. Xmahu hampakan hasrat hati kecilku ini.

 

Tidak mahu bercakap panjang lagi. Dah overtime drpd yg aku tetapkan nk tulis posting nih. Perlu baca Physics.

 

Doakan yg terbaik bagi aku, Khir, Ecah dan Razin untuk final semester exam nih.

 

15700_387107419500_709164500_3737197_1103792_n Bkn nk poyo. Sekadar tunjuk latest pic. Huhu. Shot by member punye Olympus E-510.

 

Wassalam. Semoga berjaya dalam hadaf masing2.

 

(PS: Dgr cerita Hamba Allah masih mampu mengekalkan takat leburnya walaupun dah masuk U skang. Wa respek sama lu bro!! Bangge dpt member mcm lu.)