Salam alaykum wa rahmatullah.
1. Baru sebentar td mendapat berita kematian rakan kepada rakan. Allahyarham masih muda, masih seorang beliawan. Baru sahaja dapat result SPM awal bulan ini. Berusia 18 tahun.
2. Teringat berita kematian member PLKN dulu. Dari kompeni laen, tp selalu lepak2 bersama rakan kompeni Allahyarham. Meninggal tahun lps, tp baru dpt berita tahun ini. Juga seorang muda remaja.
3. Teringat kisah member2. Ntah berapa banyak antara mereka yang ada pengalaman kematian adik beradik mereka pada usia yang muda. Ada yg kemalangan, ada yang menghidap kanser.
4. Baru beberapa hari lepas menonton wayang di pawagam. Bertemakan seorang kanak2 yg dibunuh pada usia 14 tahun. Bukan cerita terbaik yg pernah kutonton, tp salah satu cerita yang… memberi impak padaku.
5. Sudah beberapa kali aku terpegun dari lena mimpi. Mimpi pelik2 yang diakhiri dengan tragedi. Nama pon mimpi, memanglah pelik. Tapi pengakhirannya mengejutkan.
Sudah lama aku dipupuk, terpupuk agar menghargai usia dan mengingati mati. Bukan aku seorang. Aku yakin setiap yang mendapat pendidikan agama akan dipupuk agar bersikap sedemikian. Namun tanpa pengisian, itu semua x mungkin dapat dimengerti. Dihayati.
Syukur pada tuhan, rentetan di atas aku selalu diperingatkan bahawa usia itu sekadar pinjaman dari-Nya. Terpulang pada kehendak-Nya bila usia kurniaan-Nya hendak diambil kembali.
Bersiap siagalah menghadapi saat itu.
Sunday, March 21, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)